Nuffnang Adds

Thursday, October 28, 2010

Kalau Dah Minat.....~

Salam Semua,

Dulu masa mula-mula aku jejakkan kaki kat office aku ni.., aku sebenarnya 0.1% je tau pasal AutoCAD…Hampeh je.., padehal position yang aku apply Draughtswoman…

Ini lah hasilnye setelah 2 ½ tahun pengalaman aku sebagai Draughtswoman.  Lain yang boss aku suh wat lain yang aku wat..ehehehe….errmmm...korang tengok jelah gamba kat bawah ni…~

Design Guna AutoCAD

Monday, October 25, 2010

Kepah Berlada

Salam Semua,

Ni resipi terakhir aku untuk hari ni sebab aku nak focus wat keje aku jap lagi. Ni menu aku semalam (ahad). Kengkawan aku kebanyakannya pergi Motorshow kat Juru…Yang aku pulak pukul 8 pagi da keluar rumah g beli ikan dekat Penaga, kira-kira 30minit dari rumah kami la….Tempat ikan naik…fuh…memang ikan-ikan kat sini fresh…Kebetulan terjumpa kepah kat sini…Hubby memang suka kepah ni. Apelagi.., kami pun beli la…Bukan senang nak dapat yang fresh macam ni…  =)

Resipi ni aku suka-suka cuba je…Dan yang membuatkan aku senyum sampai ke telinga tu bila hubby kata… “sedap!” sambil menghirup kuahnya…ehehe….   =D

 

Kailan Ikan Masin

Salam Semua,

Haha…, aku tau ramai yang suka makan kailan ikan masin ni kalau pergi makan kat kedai tomyam kan…Nah, aku nak share resipi…senang je…5 minit da siap….

 
Bahan-bahan :-
  • Sayur kailan
  • Ikan masin dipotong dadu (aku guna ikan talang)
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang kecil sebiji
  • Cili padi 2 biji diketuk
Cara-cara :-
  • Tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga kekuningan.
  • Masukkan ikan masin. Goreng sehingga keemasan.
  • Masukkan cili dan kailan.
  • Masukkan air suku cawan dan garam sedikit.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba.


 (◕‿◕✿) 
X.O.X.O.


Gulai Siput Sedut

Salam Semua,

Hari ni aku nak share resipi Gulai Siput Sedut….Nyum3…Tak nak celoteh panjang...ehehe...


Bahan-bahan :-
  • Siput sedut ½ kg
  • Nenas ½ biji
  • Santan I kotak (aku malas nak perah..hehe)
  • Cili padi 10 biji
  • Bawang kecil 2 biji
  • Kunyit hidup 1 inch
  • Serai sebatang
  • Daun kunyit sehelai


Cara-cara :-
  • Kisar cili padi, kunyit dan bawang kecil.
  • Masukkan dalam periuk bersama-sama santan, daun kunyit dan serai yang dititik.
  • Bila da menggelegak masukkan nenas, siput sedut dan garam secukup rasa.
  • Biarkan selama 5 minit dengan api yang sederhana.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. 

 (◕‿◕✿) 
X.O.X.O.

Saturday, October 23, 2010

Sup Ekor Lembu


Salam Semua,

Hari ni aku nak share resipi sup ekor…Sebenarnya sup ekor ni bukan aku yang masak ye.., ni hubby yang masak. Tapi sepanjang die masak tu, aku tengok jela die kat dapur…nak curi resipi..ehehe…






Wednesday, October 20, 2010

Wanita & Airmata


 
Salam semua,


Wanita ni memang pelik...Kena marah menangis, dapat hadiah menangis, tengok drama kat TV sambil makan kuaci pun boleh menangis..haha...Macam-macam kan? Tapi ada sesetengah kaum lelaki yang tak faham mengapa situasi ni boleh terjadi...Sebenarnya.., aku sendiri pun mengalami situasi macam ni...Ntah la.., aku pun tak tau kenapa airmata aku ni laju je yang jatuh...kolam takungan da penuh kot...hihi...

Wanita dan airmata memang tidak boleh dipisahkan...Siapa kata wanita yang menangis adalah wanita yang lemah.  Tak semestinya....Wanita memang dianugerahkan dengan pelbagai sifat dan sikap yang unik..yang kadang-kala tidak mampu diterima akal..Ada 1001 alasan mengapa wanita menangis...tapi aku cume nak rungkaikan beberapa sahajalah...Tak termampu aku nak senaraikan kesemuanya....(ehehe)..

Saturday, October 16, 2010

Aku, Lirik Lagu & Kenangan


Salam semua...

Ni semua lirik-lirik lagu yang aku suke....
Setiap lirik lagu yang aku post kat sini semua ada kenangan pada aku... 


1. Dangerously In Love - Beyonce Knowles
  • Mula-mula aku dengar lagu ni, aku just tertarik dengar irama nya...bila aku hayati bait-bait lyric nya, aku xsedar yang airmata aku da menitis....Betapa aku meletakkan diri aku dalam lagu tu..Dan betapa tingginya harapan aku untuk menjadi isteri pada insan yang aku sayang (masa ni tak kawin lagi)...Da bertahun aku dengar lagu ni....tak pernah jemu..dan aku xpernah tukar ringtone yang aku assigned untuk hubby.....
"Later on in my destiny
I see myself having your child
I see myself being your wife
And I see my whole future in your eyes
Thought of all my love for you
sometimes make me wanna cry
Realize all my blessings
I'm grateful
To have you by my side"



  • Kalau dengar je lagu ni aku asyik teringat kat Abie je...Abie dengar lagu ni ulang-ulang kali sepanjang perjalanan dari Selangor - Perlis - Selangor...Betapa abie suka lagu ni. Abie kata, boleh dengar suara vokalis dia yang sangat mendayu-dayu....seolah-olah takut kehilangan orang yang disayang...ehem2...Adakah lagu ni Abie tujukan pada Umie??
"Namun ku masih keliru
Bila engkau mencurahkan kata
Kita harus berpisah
Apa benar atau kau bersenda
 
Kasih katakanlah
Bicara mu itu hanya gurauan
Hanya engkau sahaja
Idaman ku payah ku temu "


3. Everlasting Love - Gerard Joling
  • Of cause la lagu ni banyak kenangan bagi aku...Ni la lagu tema untuk slide show picture kahwin aku dulu...Terharu nye bila sesekali tengok balik gamba-gamba tu....Rasa macam baru semalam je kami berkahwin.....Kekadang dalam kereta, hubby saja je kuatkan volume time lagu ni...Ahaks...Imbau kenangan la dia tu..  =)
 "It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time"
 
~Selalu berdoa supaya rumahtangga kami berkekalan...~ 


4. Hanyut - Faizal Tahir
  • Liriknya..., sangat menyentuh hati...Aku dedicate lagu ni pada insan yang aku gelar SUAMI....

"Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja"


5. One In A Million - Bosson
  • Teringat lagi masa zaman kat UiTM Shah Alam dulu2..Aku dengar lagu ni ulang-ulang kali tanpa jemu...Nak tido pn aku sumbat gak earphone tu dalam teliga aku...Punya la aku suka lagu ni time tu...And of cause, lagu ni masih aku tujukan pada hubby aku yang masa tu masih berstatus boyfriend je...hihi...~

"I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one, the one for me "
 
~On My Wedding Day~

Guess What? Hubby tengah nyanyi lagu Oh Fatimah...ehehe~
Cukuplah setakat ni je lagu yang aku nak post dalam entry aku kali ni. Bukan tak da lagi lagu lain, tapi......., kang aku sumbat semua kang naik muak pulak korang baca...Yela, hampir semua lirik lagu yang aku suka berkaitan dengan hubby..ehehe...jangan nak termuntah ye....

 (◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Friday, October 15, 2010

Makna Disebalik Nama




"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)


Salam Semua,

Aku bagi intro dulu la..Umie (mak aku ye) merupakan seorang guru Bahasa Arab.. Kalau mengaji, kadang-kadang aku nampak airmata umie jatuh. Umie memang faham makna ayat-ayat suci Al-Quran yang di bacanya walaupun Kitab yang dibacanya Al-Quran, bukan terjemahannya...Errmmm...cukupla sekadar intro, kang aku puji umie melambung-lambung kang, korang kata aku bangga diri pulak (tapi memang aku bangga pun..hehehe).

Semua adik beradik aku (kecuali aku) umie yang berikan nama. Dan semuanya bermula dengan huruf 'S'. Nama aku je yang abie (ayah aku le) kasi.
  1. Shahrul Akram- Bulan Yang Mulia
  2. Shahriyatul Izzati - Bulan Kemuliaanku
  3. Shakira Wahda - Satu Kesyukuran
  4. Siti Fatimah - ??
  5. Syahid Abdul Basit - Hamba Allah yang Melimpah Nikmat Yang Mati Syahid
5 orang kesemua adik beradik aku ni..ehehe..


Thursday, October 14, 2010

Pap Smear Test

Salam Semua,
Saja nak berkongsi info. Semalam aku pergi klinik...Kisahnya sebab aku demam.., berjangkit dari hubby...Tapi demam aku tak lah panas sangat kalau nak dibandingkan dengan suhu kepanasan badan hubby masa dia demam 3 hari lepas. Tapi saja je lah aku g klinik, nak ambil ubat batuk sebab batuk hubby tu tak baik lagi...Kebetulan ubat migraine aku pun da abis...Saja nak buat stok. Manalah tau, kalau-kalau migraine aku menyerang lagi ke..Sediakan payung sebelum hujan....Kita kenalah bersedia.., yelah...penyakit sekarang ni macam-macam...Puncanya kecil je, tapi akibatnya....MasyaAllah..., boleh bawa maut...~

Tuesday, October 12, 2010

Berbakti Pada Tanah~

Salam semua,

Walaupun tanah depan rumah yang kami sewa tu sekangkang kera je.., tapi Alhamdulillah, berkat air tangan hubby menyemai benih dan baja membuahkan hasil...Ikutkan, aku memang tak ada seni langsung nak bercucuk tanam...Dari dulu lagi, aku ni minat je tanam cili, kunyit, pegaga & apa-apa saja yang mudah untuk ditanam...Tapi belum sempat nak rasa hasilnya, pokok yang aku tanam tu mati...Orang kata tangan panas...hihi....

Monday, October 11, 2010

Bendi Goreng


Salam semua,
Petang ni aku nak share resipi bendi goreng....
Bendi ni hubby yang tanam...Ni buah pertama dari 3 pokok yang berlainan....Lagi 3 pokok belum mengeluarkan hasil....



Bahan-bahan :-
  • Sayur Bendi (3 biji-ini je yang ade) - di potong serong
  • Ikan bilis sejemput je
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang kecil sebiji
  • Cili padi sebiji - di potong kecil2
  • Serbuk cili 1 sudu teh


Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih dan bawang kecil sehingga wangi.
  • Maukkan ikan bilis dan goreng sehingga sedikit garing...
  • Masukkan cili padi dan cili serbuk.
  • Masukkan bendi dan garam secukup rasa.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.
**Bendi jangan digoreng terlalu lama - biarkan sedikit rangup bila dikunyah.


Selamat mencuba....    (◕‿◕✿) 


X.O.X.O.

Saturday, October 9, 2010

Cover Malu!!!!

Tip Cover Malu...ahaksss!!


1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..


2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...


3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...


4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan... .


5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?"walaupun tiada org di blakang anda... .


6. Kalo terjatuh di depan bus stop: terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat busstop tu... haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... ..


7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... ye tak?...

 
(◕‿◕✿)


Gedubuuukkkzzzz.....adooiii....






Source : Email from a friend

X.O.X.O.

Friday, October 8, 2010

Usaha Lagi!!!


Salam Semua....,

Selalu aku dengar ada saja yang tegur pasal muka aku ni...Sebenarnya, aku pun sedih jugak muka aku macam ni...JERAWAT.....tak pernah hilang dari muka aku sejak PMS aku yang pertama...Nak tau sejak bila? Sejak usia aku 12 tahun....Sekarang usia aku da 25 tahun..Bermakna da 13 tahun aku menanggung masalah jerawat ni....Aku kenal hubby pun masa muka aku tengah banyak jerawat....

Sensitif sebenarnya bila orang tegur pasal muka aku ni. Bukan aku xcuba, da bermacam ubat yang aku cuba. Skin Specialist, Kosmetik, Tradisional....hrmm...macam-macam da aku cuba. Sekarang aku tengah cuba buang toksin dari badan aku...mana la tau, InsyaAllah, kali ni menjadi....

Thursday, October 7, 2010

~Ketandusan Idea~

Bosan. Sejuk. Mengantuk.

Jam kat desktop aku menunjukkan ada lagi 10 minit sebelum menamat waktu bekerja aku hari ni..(Padehal masuk lambat 15 minit pagi tadi.)

Tak de idea nak tulis ape.., aku bace blog orang sana sini...nak comment, pun tak de idea. kang salah tulis kang empunya blog ngamuk pula kat aku...huih..., tak nak la aku cari pasal... Baik aku mengadap je PC ni sambil jari jemari aku menaip apa-apa yang aku suka....Nak pegang pen untuk update daily report pun aku malas. Baik aku tekan-tekan keyboard ni...ehehe

Yeah... 5 minint da berlalu...tinggal lagi 5 minit...Ngam-ngam masa untuk close semua program kat PC, shut down PC....kemas2 meja...

Ok lah...Aku nak angkat kaki da ni...Esok kalau aku ada masa, aku post la entry apa-apa ye...ehehe...
Daaa...

(◕‿◕✿)





X.O.X.O.



Monday, October 4, 2010

Lala Masak Sos Tiram

Salam semua,
Daun bawang tak de...hihi~

Ni pun lauk 'pebret' hubby jugak...Selalunya, kalau pergi kedai seafood mesti dia akan tanya macam ni...:

"lala ada tak kak?"

Kalau ada, mesti dia akan order lala masak sos tiram ni. So, saja nak share...ni la resipi 'pebret' hubby...

Bahan-bahan :-
  • Lala sepinggan (tak tau la berapa gram sebab beli yang da siap longgok)
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang kecil 2 biji
  • Cili padi 2 biji
  • Sos tiram 3 sudu makan
  • Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara :-
  • Tumis bawang putih, halia dan bawang kecil sehingga kekuningan.
  • Masukkan sos tiram dan cili.
  • Masukkan lala dan kacau sehingga rata.
  • Masukkan 1 cawan air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam.
  • Bila da mendidih matikan api.Tabur daun bawang.
  • Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)



X.O.X.O.