Nuffnang Adds

Wednesday, December 29, 2010

Narnia 3 - The Voyage of the Dawn Treader


Salam semua..

2minggu lepas hubby ajak aku g tengok wayang….errrmm.., sebenarnye aku x minat sangat tengok movie. Dulu2 mase belajar kerap g tengok movie, tapi bile da kerja.., macam tak berape minat sangat tengok movie…Sebulan nak kire sekali pun susah la. Aku lagi suke beli DVD pastu tengok kat rumah…dengan sound system set yang hubby ade tu same je kalau tengok kat wayang…lagi selese.., boleh tgk sambil baring2 kat sofa tu..hik3…

Da 2 bulan rasenya aku tak tengok wayang..Ni la movie pilihan ktorang hari tu…
Narnia 3 - The Voyage of the Dawn TreaderCerita Narnia kali ni tak la sesyok macam Narnia 1 & 2….Tak banyak fighting. Bile aku toleh pandang hubby, nah ko..die tengah menguap..kui3. Tapi ok la..tak la bosan sangat pon. Aku bagi 3 bintang je out of 5.



**gamba xleh nak upload...geram betol....dari semalam da try...haish....


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

2010 Tinggal Kenangan


Salam semua,

Sedar tak sedar tahun 2010 bakal meninggal kite. 
Tinggal 2 hari je lagi untuk kite settle kan mane2 yang masih tak settle lagi…, 
Kalo tak sempat xpe, jangan kalut..tahun depan kan ade lagi..

Sepanjang tahun ni, banyak  bende2 manarik yang dah aku kecapi…
Yang paling ketare of course la status 'ISTERI' yang aku ade sekarang ni. hihi…

Semoga tahun 2011 mendatangkan 1000 rahmat buat aku, hubby, family dan semua orang disekeliling aku…
InsyaAllah…


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Monday, December 27, 2010

50 Langkah Menjadi Isteri Mithali



Salam semua…

Lunch time tadi aku keluar g temankan officemate aku g kedai buku…Die nak cari buku Nama-nama yang indah untuk baby die…Sambil die belek2 buku yang die cari tu, aku terdetik pulak nak membelek satu buku ni…- Isteri Mithali…Errrmm.., dapat la aku bace sikit2…sampai office, aku pun mencari la kat internet dan aku himpunkan ape yang aku bace dengan ape y aku jumpe kat internet ni lalu aku kongsikan la bersame pembace blog aku ni….

Akhir-akhir ni aku asyik marah2 je kat hubby….Ntah la…, kalo hubby salah cakap sikit je, mulelah aku tarik muke…Kesian kat hubby…Akan aku cube perbaiki sikap aku tu…Para isteri, jom kite amalkan tips2 kat bawah ni untuk keharmonian rumahtangga ….

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.


Sakit Jiwa!!!!!

 
Salam semua,

Sepanjang hari ni keje aku mengedit blog je.....
Tapi xnampak ape2 yang berubah pun kan?
Ape tak nye..., mule2 aku tukar design template blog aku ni..
Pas tu rase macam tak puas hati je..
Aku tukar lain lagi….
Rase macam xcantek jugak…tukar lagi..
Bile da tukar, pening kepale plak nak bace….byk sgt kaler..- tukar lagi.
Sekali bile da edit kaler n tukar ape2 yang patut.., post aku pulak ade double…
Serabut.. aku tukar lagi…
Bile da tukar, kne edit lagi…huh….
Selesai pon….
...
...
...

Aik…., same je….macam tak de ape2 yang berubah pon…
Sebab aku da malas nak tukar2 template da…
Sakit otak aku nk matching kaler….
Nah…, kembali la pada rupa bentuk asal….


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Langkawi - Part 2


Lagenda Gunung Raya & Gunung Mat Cincang

Salam semua,

Masih teringat2 lagi kenangan masa kat langkawi beberapa hari lepas….Sebenarmya ini bukan kali pertama aku ke Pulau Lagenda tu.., tapi ini merupakan kali pertama aku pergi bersama hubby tercinte..hehehe…tu yang excited lebih tu..yela.., sebelum ni pergi kene jimat-jimat je belanje…, tapi bile pergi kali ni aku bebas menunjuk ape yang berkenan kat mate…semuanye dari poket hubby aku..ni yang aku sayang hubby sesangat ni..hik3..opppss….terover pulak…

Boss hubby ada upah sorang tourist guard sepanjang percutian kat sane tu….Yela.., at least ade la cerita2 pasal sejarah sket….And at least ktorg pun tau la tempat2 yang menarik kat sane tu….xdelah menonong je g tempat tak de hala tuju….

Entry kali ni aku nak share la sikit ilmu tentang sejarah yang aku dapat sepanjang kat sane tu….ceh…., dulu2 cikgu suruh belajar sejarah malas…hehehe…

Mula2 aku nak share tentang mitos asal usul nama2 tempat dalam Langkawi….
Pada suatu masa dahulu, terdapat dua gergasi yang handal di Langkawi, iaitu pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Cincang. Mereka sama tangkas dan sama handal. Masing-masing pahlawan ini mempunyai seorang anak yang sudah remaja. Anak Mat Cincang perempuan manakala anak Mat Raya lelaki. Mat Cincang dan Mat Raya telah bersetuju untuk mengahwinkan anak meraka tanpa mengetahui bahawa anak lelaki Mat Raya telah berkenan pada perempuan lain. Sewaktu persandingan kedua mempelai itu bermasam muka kerana terpaksa mengikut kehendak keluarga. Tetamu yang datang cuba mencungkil rahsia disebalik kemurungan kedua-dua mempelai itu..maka kisah cinta tiga segi pun terbongkar..Mat Cincang pun mengamuk tanpa menghiraukan tetamu yang hadir…Habis bertaburan semua hidangan..tertumpahnya kuah ke suatu kawasan, makan kawasan itu dinamakan KUAH…meresapnya air ke suatu kawasan lalu dinamakan kawasan itu KISAP. Tercampaknya kuali lalu pecah di suatu kawasan, maka dinamakan kawasan itu BELANGA PECAH. Pengantin perempuan yang kecewa apabila mengatahui hal sebenarnya telah mencampakkan cincin ke suatu kawasan yang kini dinamakan TANJUNG CINCIN. Akhirnya kedua-dua pahlawan itu lari untuk bertapa di dua buah gua yang berasingan. Mereka mati di sana. Gunung pertapaan Mat Raya disebut GUNUNG RAYA. Manakala gunung pertapaan Mat Cincang disebut GUNUNG MAT CINCANG.

Sekian untuk hari ni…hehehe..Tak tau la cerita ni betul2 wujud ke x…Mungkin orang-orang Lagkawi lebih arif soal lagenda pulau yang penuh bersejarah ni….~



View from the top of Gunung Mat Cincang

nah....tgk sdr....hehehe...

Posing b2..hehehe


Tinggi...Gayat~


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Friday, December 24, 2010

Azam Baru!!

Salam semua,

Da lama rasenya tak update resipi....
Bukan tak de resipi baru nak share..., cume da sebulan aku tak sentuh dapur...
hehehe....Bukan pemalas ok.., cume aku da tak makan malam da sekarang.
Abis keje dah pukul 6. Aku makan siap2 kat kedai sebelum balik tu..hubby pulak aku suruh die makan kat kedai mane2..hehehe....
Azam baru...-nak diet., makan sebelum pukul 8 malam..
Aku belum timbang lagi, tapi rase2 nye da turun sekilo dua kot...kui3....

Orang lain mungkin tak perasan kekurang berat badan aku ni...
Tapi aku sangat syioooook bile hubby kate......

"Macam da kurus sikit la abg tengok.."

Huhuhu....tu tandenye aku da kembali ke bentuk asal..hik3...

Teruskan usehe...
 
(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.
 
 
 

Thursday, December 23, 2010

Langkawi 2010 - Part 1


Salam semua,

Hari ni baru masuk kerja setelah 3hari bercuti….Cuti-cuti Malaysia je….Kali ni destinasi pilihan- Langkawi….

Percutian kali ni sponsored by Boss Hubby…hihi..Dari tambang pergi dan balik, tambang ferry dan segala macam tambang pengangkutan (kecuali cable car), hotel & makan ditaja sepenuhnye oleh boss hubby...Syok nyeeeee…..Bawak duit untuk entrance mne2 tempat yang dilawat dan yang paling penting duit untuk shopping….hehehe…Syok habis la…, lagi syok sebab aku xkeluar duit sesen pun….ni lah dinamakan ‘REZEKI’ orang kawen….huhu..tapi term rezeki ni untuk para isteri sahaja ok….untuk para suami…, ini dinamakan ‘NASIB BADAN’…hik3…..

Okelah.., entry kali ni aku nak cerita tentang Agenda sepanjang kami berada di Pulau Bersejarah ni….

Isnin….
8.30 a.m : Awal2 pagi lagi da keluar rumah.., xsempat nak sarapan…terus g sekolah tempat berkumpul…
10.00 a.m : Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan ke Kuala Perlis…
12.00 a.m : Da sampai Kuala Perlis…Aiyooo.., ferry pukul 2p.m ok…so, ade mase untuk lunch….perut memang da lapar gile time ni…
2.00 p.m : Beratur nak nek ferry..huh.., memang ramai orang walaupun hari Isnin sebab cuti sekolah…
3.30 p.m :  Menjejakkan kaki ke Pulau Bersejarah ni…ferry gerak pukul 2.30, tu yang lambat sampai tu.
4.30 p.m :  Da sampai tempat penginapan…agihan bilik dan taklimat sikit….dapat je kunci bilik terus ‘booooom’….terase penat pulak…
6.30 p.m :  Mandi dan get ready untuk dinner…
8.00 p.m :  Makan sampai lebam…hihihi….
9.30 p.m :  Memulakan edisi pertama bershopping…yeah…
11.00 p.m:  Masuk2 bilik je xsedar ntah pukul bpe tertido….rase2nye sebelum tido tv masih terpasang….

Selasa….
8.30 a.m :  Pagi2 sarapan dulu sebelom memulakan perjalanan...
9.20 a.m :  Destinasi pertama – Gedung Kain Batik...masa ni kami tak membeli lagi…
9.50 a.m :  Destinasi kedua – Kilang minyak gamat keluaran Nusantara…Banyak jugak y ktorg borong….boleh bukak kilang ubat…huhuhu
11.00 a.m:  Destinasi ketiga – Kota Mahsuri..banyak sejarah kat sini…
12.30 noon: Destinasi keempat – Cable Car…tengok pemandangan dari tanah tinggi….~
2.40 p.m :  Destinasi kelima – Pantai Pasir Hitam…10min je singgah..sekadar amek gamba pasir pantai tu je…
2.50 p.m :  Destinasi keenam – Idaman Suri –Pekan Kuah…shopping time ok….
3.30 p.m :  Destinasi ketujuh dan terakhir – Haji Ismail Group – sambung shopping lagi..yeahhhhh…..
5.00 p.m :  Pulang la…..huh.., sampai2 bilik je tuka baju n terus ke pantai…mandi sampai maghrib…..hehehe….
8.30 p.m :  BBQ n cabutan bertuah…ktorg dapat hamper…..jgn jeles ye…  ;p
10.00p.m : Malam masih muda…, sambung shopping lagi…hehehe…
11.30 p.m : Balik bilik tido…hehehe…


Rabu…..
Sepanjang hari sampai pukul 12.00 free n easy…So, ktorg menghabiskan mase g jenjalan ronda2 kedai…memandangkan hotel ktorg tu dekat sesangat ngn Underwater World.., so ktorg berjalan kaki jelah ke sane tu…

12.30 p.m :  Bertolak ke jetty….ferry pukul 2.30 pm..so, ade mase lagi nak sambung shopping kat sini..hehehe…
4.00 p.m :   Da Selamat tiba kat jetty Kuala Perlis….Da tak de ape nak dishoppingkan kat sini..sob..sob….
7.00 p.m :   Selamat tiba di bumi Penang…huh..berakhirlah perjalanan Cuti2 Malaysia aku untuk tahun 2010 ni….sob..sob..sob….



(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Kisah Sadis Percintaan Uda Dan Dara

Salam semua,


Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.

Ini dara, awek yang sedang mekar 


 
Ini pula Uda, pakwe kepada dara


Mereka sedang kemaruk bercinta


Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – . .jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam 



Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira.



Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..



Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.


Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajoi 



Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh diri



Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga… 

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...



   
Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…


Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.



(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.


Source : Email from a friend

Monday, December 13, 2010

Ayat Lepas Kahwin... ;p


Salam semua,

Amboi..., dlu bukan main romantik ye...pas kawen..,. makin lame makin pudar pulak...ni la contoh2 ayat y biase kite dengar lepas kawen..hehehe...  

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? 

MoreThan 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


Ehsan Google....

(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.