Nuffnang Adds

Tuesday, June 28, 2011

Basket Liner

Salam semua,

Dalam checklist persiapan untuk menyambut orang ketiga ni adelah aku selitkan untuk mencari bakul baju baby. Tapi kebanyakan kedai yang aku g, semua nye jual mahal2. Padehal, bakul kain biase je. Aku tak nak la keluar duit sampai cecah RM50 untuk benda yang simple macam ni. Banyak lagi duit nak pakai lepas ni. Aku kan kedekkut.. Huhu.. Bukan berkira sebenarnya, tapi aku rase aku boleh jimat, buat ape membazir kan?

So, balik rumah, aku terus je mencari bakul kain yang aku beli mase bujang dulu. Ade je dalam stor kat belakang tu, tak guna pun, beli je lebih. Ape lagi, aku pun mulakan lah sesi mengukur dan memotong kain yang semamangnye da tersedia ada kat rumah aku tu.

Tadaaaa....Inilah hasilnya. Aku ambil mase 2 jam untuk menyiapkan basket liner ni. Huh, tekun betul aku kan..Segalanya untuk Along. Simple je basket liner ni. Tak terdaya aku nak buat yang beropol2 bagai. Cume cover untuk tutup bakul tu aku tak buat lagi. ingat nak buat dengan kain net je. Boleh nampak dalam dan yang paling penting boleh lindungi baju2 Along dari terkena habuk (macam la banyak habuk sangat..heheh).







Nota kaki :- Nak rehat dari menjahit jap... menjahit sampai pening, terus kene bebel dengan Hubby.

(◕‿◕✿)


 
X.O.X.O.

Monday, June 27, 2011

Felt Baby Booties

Salam semua,

Hari ni mood tak berapa baik nak berceloteh. Cume nak update yang aku da siapkan felt baby booties yang semestinye comel2 je untuk Along. Nah. silekan tengok gamba ye....



2 pasang da siap. Tapi yang ni belum di hias lagi...









Dalam pembikinan...


Nota kaki :- Aku cume ambil masa tak sampai setengah jam untuk menyiapkan sepasang booties ni... Cute kan? Korang pon bole cube jugak...


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Friday, June 24, 2011

Cover Bekas Ubatan Along

Salam Jumaat Semua,

Hari ni mood aku agak baik walaupun da banyak kali aku ke toilet pagi ni. Ntah la, lately asyik ade rase nak 'terkucil' je... Dan ramai yang tegur perut aku macam 'jatuh'. Aiyo.., selalunya 7 @ 8 bulan baru perut jatuh. Tak pela, bukan dalam kawalan aku. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang berlaku kat 'dalam' tu.

Semalam lepas habis kerja aku tergerak hati nak singgah Kamdar, cari kain padehal waktu tu cash dalam tangan tak sampai RM 20. Ada hati pulak nak menyinggah. Hehe. Tak pela, demi Along. Berhabis biar tinggal 20 sen pun aku sanggup. Sampai Kamdar je, aku memulakan operasi memilih material kain dan warna yang sesuai untuk baby. Hati ni asyik tergerak nak amek kaler soft pink & soft purple je. Aik, baby girl ke? hihi. Tak pela, kaler ape2 pun xkisah bagi aku. Total harga kain yang aku beli RM 11.80. Duitku masih berbaki..Hehe..

Setibanya di rumah, terasa berat sangat badan ni. Ingat nak rehat2 jap sebelum maghrib. Tapi Along ni asyik tendang2 je. Rasa tak selesa sangat2. Terpaksalah aku bangun dan termenung sekejap. 'Ape nak buat ye?' Aku belek2 kain yang aku beli tadi tu. Hrmm.., sayang pulak nak gunting. Pas2 aku selongkar balik baju2 lama yang aku ade dulu. Terjumpalah sehelai dua yang aku da tak muat. Ingat nak buat cover bakul untuk dijadikan bekas minyak telon dan bedak untuk Along nanti.

Aku habiskan 1 1/2 jam menghadap jahitan aku tu. Mencurah2 je idea untuk menjahit tu. Along baik sangat masa aku tengah tekun menyiapkan cover bekas ubat untuk dia - seolah-olah memahami apa yang aku sedang lakukan. Tendangan yang sedari tadi rancak dah kembali tenang.

'Terima kasih Along sebab tak ganggu Ibu. Baik anak Ibu ni..'

Tak sedar jam da menunjukkan 9.15 p.m. Akhirnya siap jugak cover bekas ubat untuk Along ni. Taraaaa.....












Nota kaki :-  Pas ni nak buat cover untuk bakul baju Along pulak. Banyak projek jahitan akan menyusul selepas ni... InsyaAllah.  =)


(◕‿◕✿)



X.O.X.O.

Monday, June 20, 2011

Quilt Untuk Along

Salam Semua,

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, aku da pun menyiapkan quilt untuk Along beberape minggu yang lalu. Tapi tak sempat nak update dalam blog. Simple je quilt yang aku buat ni. Cubaan pertama tak semestinya terus berjaya kan, takat boleh tahan je..Huhu..Aku kasi 90 markah untuk diri sendiri atas effort aku nak menyiapkan quilt ni (kehkehkeh).

Nah, ni la hasilnye bila da siap. Cantik x? Kalo korang kate tak cantik pon tak pe, aku tak kecik hati pon. Cukuplah aku sorang2 syok sendiri dengan hasil kerja tangan aku ni...  =)



 
Gamba kabur.., biasalah camera HP je...



Nota kaki :-  Aku search kat internet je tutorial nak buat quilt ni..Korang pon cubelah... Memang satu kepuasaan dapat buat sendiri untuk yang tersayang.


(◕‿◕✿)




X.O.X.O.



Saturday, June 18, 2011

Kari Daging

Salam semua,

Memang da agak lama aku tak update resipi kan.. Tak de resipi terbaru yang aku masak. Selalu masak benda yang sama je. Hrmmm, kadang2 timbul jugak rasa bosan dengan airtangan sendiri.

Hari ni aku nak kongsikan Resipi Kari Daging. FYI, ni kali pertama aku masak kari daging. Selalu asyik buat kari ikan je. Cubaan pertama aku ni dikira sukses la. Nak tau sebab ape? Sebabnya mula-mula Hubby kata tak nak makan banyak. Siap mintak aku keluarkan nasi tu separuh dari pinggan die. Tapi aku kata, makan dulu, tak habis kang tinggal, biar aku habiskan. Alih2 tengah makan tu dia tanya, 'ada nasi lagi tak?' hahaha.... Lebar je aku senyum. =)

Nah, aku kongsikan resipinya kat sini..

Bahan-bahan :-
  • Daging lembu (untuk 2 orang makan)
  • Halia 1 inci, dihiris.
  • Bawang merah sebiji, dihiris.
  • Bawang putih 3 ulas, dihiris.
  • Rempah kari daging Baba's -1 packet kecil.
  • Daun kari.
  • Kentang sebiji, dipotong dadu.
  • Santan
Cara-cara :-
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
  • Bila da kekuningan, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daging dan ketang, juga secawan air. Jangan terlalu cair.
  • Tutupkan periuk dan biarkan selama 10 minint dengan api yang sederhana. Sesekali kacau.
  • Masakkan sehingga daging dan kentang empuk. Masukkan setengah cawan pati santan.
  • Kalo terlalu pekat, tambahkan sedikit air lagi.
  • Masukkan garam secukup rasa. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.



Nota kaki :- Aku memang tak suka guna rempah ratus yang macam2 tu. Kalo korang suka bolehla letak bunga lawang & bungan cengkih sedikit masa menumis tu..


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.


Thursday, June 16, 2011

Along Kesayangan Ibu

Salam semua,

Ade satu kisah aku nak kongsikan bersama pembaca blog aku ni...Kisah dari pengalaman aku yang baru 5 bulan mengandung ni. Aku tak tau kenapa sejak mengandung aku kerap sangat menitiskan air mata. Aku yang sensitif sangat atau pembawakan budak. Setiap pengalaman yang aku lalui, pasti diiringi dengan titisan air mata. Tak kisah la, air mata gembira atau sebaliknya.

9 June 2011 - 7.15 am : First 'terajang' yang aku rasekan di bahagian dalam perut aku ni. Terkejut aku, hampir menjerit time tu. Kalo sekadar sepakan2 manja, da selalu aku rase da."Amboi..., Along da pandai terajang Ibu ye. Tak pe la sayang, banyakkan lah latihan sepakan ye. Untung2 bila keluar nanti boleh temankan Babah main bola (kalo lelaki la..)." Sepatutnya 7 june tu aku ada appointment dengan Dr. Nur Fardlina untuk scan di Klinik Kesihatan Kubang Semang. Tapi memandangkan tarikh tu aku masih berada di Kuang, terpaksalah aku tunda tarikh lain. Nurse kat situ plak kata jadual doktor penuh sepanjang 2 minggu tu. Nak tak nak, aku pon buat ultrasound sendiri di klinik swasta. Lagi better kot, sebab boleh pergi malam. Tak ganggu waktu kerja aku. Hubby pon boleh masuk tengok perkembangan Along. Malam tu jugak aku ajak Hubby pergi klinik panel kat Alma. Tak yah keluar sesen pon. Aku kan nak berjimat. Aku tengok, sepanjang doktor scan perut aku tu, Hubby asyik tersenyum je. Bahagianya aku time tu. Rugi tak snap muka dia time tu. =)

11 June 2011 - 9.50 pm : Aku tak tau kenapa perut aku rase tegang semacam, kejang. Duduk tak selesa, baring pon tak kena. Tak tau kat mana silapnya. Banyak ke aku makan sampai macam tu jadi nya? Rasa2 nya aku makan macam biasa je. Sempat jugak Hubby tolong sapukan minyak zaitun kat perut aku sambil dia berfacebook. Dalam pukul 10.15 pm aku da mintak izin nak tidur dulu walaupun mata aku tak mengantuk lagi waktu tu. Cuma aku rasa aku perlu berehat. 2 jam lepas tu aku terjaga, perutku rase tak selesa. tak tau nak buat macam mana. Aku duduk, merenung Hubby yang masih lagi mengadap facebook. Tak sedar bila masa mata aku tertutup. Aku tersedar bila Hubby cuba membetulkan kedudukan aku.

12 June 2011 - 2.00 am : Aku sekali lagi terjaga dari lena. Gelisah. Sempat jugak aku goncang badan Hubby, bgtau yang perut aku sakit. "Nak pergi klinik?" Soalan spontan yang keluar dari mulut dia. Terharu pulak rasa. Walaupun mengantuk, dia masih menawarkan diri nak bawa aku pergi klinik. Tapi aku pulak yang tak nak. Jangankan nak bangun pergi klinik, kalo suruh aku jalan pergi toilet pon belum tentu aku mampu. Aku cuba sambung tidur balik, walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa. Tiba-tiba aku rase macam ade sesuatu kat tekak aku. Cepat2 aku duduk, belum pon sempat aku nak berdiri, selambak muntah da keluar dari mulut aku. Lagi dan lagi. Tersentak Hubby dari tidur. Cuak. "Ya Allah.." Itu yang keluar dari mulut dia sambil menepuk-nepuk belakang aku. Kesian agaknya tengok keadaan aku. Berlari Hubby ke dapur mencari besen besar. Kesian plak kat dia. Terganggu tidur dia sebab aku. Hampir semua yang aku makan malam tu keluar balik. Aku tgk jam, hampir 6 pagi. Hubby tolong aku bersihkan tempat tidur kami yang terkena muntah. Nak tak nak, terpaksalah sambung tidur kat ruang tamu je, beralaskan toto. Pagi tu Hubby pergi kerja macam biasa. Tinggal la aku keseorangan kat rumah. Nasib baik hari Ahad. Sempat jugak Hubby keluar belikan aku Horlick ice kegemaran aku tu. Sepanjang hari sampai ke malam aku melepakkan diri atas toto depan TV tu. Nak bergerak ke toilet pon terase lemah sangat. Aku tak dapat rasakan pergerakan Along time tu. Da pukul 10 malam baru Along bergerak. Tu pun rasa lemah je. Mungkin dia pun tak sihat macam aku jugak. Dalam hati aku berdoa supaya tiada yang buruk berlaku pada Along. Serik da aku nak makan murtabak yang aku beli kat pasar malam tu. Cukup la sekali aku siksa badan dan Along.

13 June 2011 - Sepanjang hari Along dok diam-diam je. Aku risau. Tak sihat ke dia? Hanya Allah je yang tau perasaan aku waktu tu. Cuak. Janganlah jadi apa2 pada Along. Aku sanggup gantikan dengan nyawa aku asalkan Along selamat. Pukul 4 ptg barulah aku dapat rasakan Along bergerak. Lega sikit perasaan gelisah aku tadi tu. Malam tu Along sangat aktif. Sampaikan tak tau berapa kali aku terjaga dari tidur. "Along buli Ibu ye.. tak pe la sayang.. Ibu tak marah. Asalkan Along sihat dan cergas da cukup buat Ibu senang hati.." Akibatnye besoknya aku da macam ayam berak kapur je kat office. Sekejap2 aku tidur kat meja. Cover balik tidur aku yang terganggu tu..



Nota kaki :-  Pengalaman mengandung setiap orang tak sama....  =) .


(◕‿◕✿)



X.O.X.O.

Wednesday, June 15, 2011

22 Weeks

Salam Semua,

Pagi tadi seperti yang dijadualkan dalam 'buku pink' aku ni, aku kena pergi buat Pregnancy Check-up. Pagi, macam biasa aku keluar rumah macam nak pergi kerja, sebab Klinik Desa yang aku pergi ni bersebelahan je dengan kawasan perumahan aku. So, singgah jela kan. Aku dapat angka giliran No 10. Hrmm.., tak bagus....selalunye aku tergolong dalam 5 terawal. Tak pela, da memang aku keluar lambat pagi tadi sebab aku jemur selimut hubby yang aku dah terkena muntah aku tempoh hari. Jemur dalam rumah kang, takut berbau pulak. Da la selimut pebret die.. 3 hari da die tidur tanpa selimut pebret tu.. Rase bersalah pulak.

Pagi ni aku macam lemah semacam je. Mungkin sebab aku tak sarapan lagi kot. Along pun terasa gelisah semacam je dalam perut aku ni. Lapar agaknye. Bila tiba giliran nama aku dipanggil, aku terus je ikut nurse tu g test urin n darah. Tiba-tiba lantang je suara seorang nurse tu marah kat aku sebab HB aku turun mendadak ke paras 9. Eh, manelah aku tau macam mana HB tu turun. da macam-macam vitamin aku makan. Kerang, bayam & hati pon kerap aku makan. Sakit betul hati aku bile mengenangkan suare lantang nurse tadi tu. Abis satu klinik tu dengar die marahkan aku. Hrrmm.. xpatut betul!

Kemudian, aku duduk balik, tunggu turn untuk check perut pulak. Kali ni nurse (nurse lain pulak) nak periksa degupan jantung Along. Sekali bila alat tu diletakkan pada perut aku, rase terkejut pon ade. Mak aii, lajunye degupan jantung Along. Kenapa ni? Normal ke? Nurse tu kate degupan die 166. Nak di per kan dengan ape pon aku tak tahu. Mungkin per minit kot. Nurse tu kate, degupan jantung kurang baik, die suruh aku balik makan dulu. Disebabkan dekat, aku pon keluar la membeli nasi lemak lauk kerang dan balik kejap makan kat rumah.

Hampir setengah jam kat rumah, aku pon pergi la balik ke klinik tadi. Terus je masuk bilik, tak yah tunggu giliran ke ape. Kali ni nurse check degupan jantung Along da turun 148. Tapi masih dikira laju.Ntah la, diluar kawalan aku. Lepas nurse bagi nasihat sikit2 kat aku, aku pon terus je keluar. Tamat da sesi check-up aku untuk hari ni. Selasa minggu depan aku kena ke Klinik Kesihatan, rujuk doktor.


Nota kaki :-  Terasa mengantuk lately... 

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.