Nuffnang Adds

Sunday, June 30, 2013

Giveaway Jom Menang Set Bekas Ikea

Sticky Entry
{scroll bawah untuk entry terbaru}




Salam semua,

Semangat pulak rasenye aku nak join setiap GA yang bloger Fizah. Best kan.., klo menang lagi best..
Giveaway kali ni plak hadiahnye adelah set bekas makanan dari Ikea ni...Best kan?

Mesti bagi korang bekas ni biase je...Tapi bagi aku bekas ni sangat2 membantu bile nk organize makanan dlm freezer. Nampak seragam je. Cantik dan kemas di mate aku...

Alkisahnye, aku memang dalam proses mengemas freezer. Ari tu da beli set Freezer Mate keluaran Tupperware, tapi satu set je tak cukup. Nak beli banyak set, mau rabak poket laki aku. hehe..

Kemas dan teratur kan? Jom la join.....Syarat dia memang senang...Bole refer SINI.

Sebenarnya aku merupakan :-
                 - Follower blog SusunAturSioca yang ke-22
                 - Follower blog SiocaKecil yang ke-98
                 - Follower blog KedaiSioca yang ke-7




(◕‿◕✿)



X.O.X.O.
 

Saturday, June 29, 2013

Lapik Laci : Drawer Liner

Salam semua,


Hari ni aku nak share cara mudah dan jimat macam mane nak buat lapik laci sendiri.
Sebenarnya, aku pon follow tutorial dari SINI aje. Senang da mudah.

Mula-mula, korang cari dulu pattern yang korang berkenan. Edit gune paint. Then print A3 size.
Ni antara corak-corak yang aku da edit.



Aku gune sehelai je setiap satu drawer, jadi tak penuh la drawer tu..[Malas aku da mejelma].


Ok. Da siap..  =)



Di sebabkan aku print lebih, jadi aku buat untuk balut kotak terbuang ni.


Nota kaki :- Sume bende aku nak balut lepas ni. Yeay...



(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Friday, June 28, 2013

Playroom Haziq : Part 2

Salam semua,

Nak sambung cerita pasal playroom Haziq. Ala, macam la banyak sangat yang ko nak cerita kan. Tak de la banyak sangat pon yang aku nak cerita. Cume nak tunjuk perabot-perabot kecil dalam bilik Haziq je.


Ingat lagi tak rak buku yang aku ade cerita kat SINI hari tu? Niat asal aku nak buat macam To Loved And Be Loved ni. Tapi budget aku ciput je, jadi aku recycle jela ape yang ade dalam rumah tu. Ukur baju badan sendiri kan..Cume aku beri nafas baru pada barang2 lame aku. Bantal ABAH-IBU tu aku jahit sendiri je, yang tengah tu tempah kat x-officemate aku. Tak tau la sekarang die amek tempahan lagi ke tak. Haziq memang suke bantal tu. Suke kat gamba budak botak rambut ala-ala Upin tu kot. ngehehe..


Ni view dari pintu bilik. Bile pintu terbukak je terus nampak ni. Kosong je lantai tu. Nak beli puzzle eva tu tak terbeli2 lagi. Jadi bentang jela playmat Haziq yang aku jahitkan tu.

Zoom in sikit...Fail kan bab nyusun ni. Macam tak kene je ngan mate aku.

Atas wardrobe tu nampak kosong sangat kan? Lampu dan jam tu aku ade cerita kat SINI. Frame gamba Haziq on the way. Baru cat, tak sempat nk print gamba lagi. Nanti da ade frame aku update lain ye.

Ni pulak gamba 2 hari lepas. Tikar evamatik Upin-Ipin tu Hubby yang beli. Bile bentang je si Haziq terus gelak sambil cuit2 muke Upin-Ipin tu. Hrmm...kalo aku memang tak de la aku nak beli Upin-Ipin ni hah...Kot la nak belikan ABC ke, 123 ke..haish.

Gamba yang aku upload kat Instagram.

Aku belum puas hati lagi dengan playroom Haziq ni. Carca marba - banyak sangat warna. Plus susun atur barang-barang pon masih tak kena. Tapi tak pela. Nanti nak rombak balik, tunggu bile da free sikit. Playmat yang aku jahit tu ingat nak tampal ke dinding je, bagi berseri sikit dinding aku yang kosong tu.


Nota kaki :- Haziq bukan nak main sangat dalam bilik die ni kalo tak berteman.


(◕‿◕✿) 
 
 
 

X.O.X.O.
 
 

Thursday, June 27, 2013

Playroom Haziq : Part 1

Salam semua,

Da lame sebenanye bilik Haziq ni siap, tapi tak sempat nk update..Tak sempat nak amek gamba [yeke?]. Broadband aku pulak slow macam siput sedut je da, nak upload satu pics pon berjam.Tapi aku gagahkan jugak la menunggu walaupon sempat aku bancuh kopi 2 kali. Ape bole buat..dari aku biarkan blog aku bersawang..huh.

Asalnya bilik Haziq ni adalah bilik jahit aku. Aku ade cerita kat SINI. Satu bilik untuk kitorang laki-bini-anak tidur, satu bilik jahit [yang sememangnye confirm penuh ngan gobok kain, meja menjahit, patung da segala bagai keperluan menjahit], dan satu bilik lagi aku korbankan untuk dijadikan stor. Aku [yang dulu] memang fail bab susun atur and deco rumah..sampailah aku berjumpe dengan blog2 mereka yang disebelah kanan ni..Thanks bebanyak uolls..[airmate tetibe plak meleleh-touching lebih la aku ni]

Korang nampak tak ape problem aku? Aku cume ade satu bilik je yang berfugsi. Bile sedare-mare atau kawan-kawan datang, aku bagi dorang solat dalam bilik jahit aku yang sempit tu. Kesian ek. Pastu aku pon berangan-angan la nk transform bilik jahit tu jadi bilik Haziq, dan bilik untuk aku menjahit aku pindahkan ke bilik belakang. Misi berjaya. Aku ade cerita kat SINI. Later on aku cerita detail tentang bilik jahit aku ye..

Huh, panjang intro aku. Ni kalo buat karangan confirm cikgu tulis lari tajuk. haha. Ok, berbalik pada tajuk asal, aku nk cite pasal playroom Haziq.

 
Memula aku kosongkan bilik ni dulu.

Pastu prepare untuk cat. 

 Aku gune cat yang murah je. Jadilah.

 
Baru siap satu dinding. Warna kurang jelas [hp murah kan]. Warna sebenar ala-ala tiffany blue.

 Rase2 bosan, roll kan aje roller tu kat tapak tangan-pastu tepek macam ni. Hehe...Yang ni selingan je.. Sebelum aku birukan semua dinding.

Pastu aku cat pulak feature wall. Ni pon aku gune cat yang murah jugak. Budget pon ciput je. Aku match kan dengan warna hijau turquoise. Fuh, berdebar jugak bile nak tanggalkan masking tape tu.

Bile da tanggal..comot hokei walaupon aku da lekatkan masking tape tu betul2. Hubby cakap mungkin sebab permukaan dinding yang kasar tu. Cube korang tengok betul2, nampak dinding tu berbiji-biji kan? Sebab tu cat tu boleh lalu di celah-celah permukaan yang berbiji tu. Memang dinding ni kesat gile. Aku memang la bukan contractor, tapi bende2 ni pon aku tau la serba sikit. Selalunye untuk plaster dinding orang gune pasir halus. Mesti Indon/bangla yang buat rumah aku ni dulu main hentam je gune pasir kasar. Haish! Apekan daya-nasi da jadi bubur, bubur tu pon da basi..Jenuh nak touch up balik.

Niat hati aku nak buat feature wall macam salah satu pilihan kat atas NI. Baru buat satu line pon da rase sakit hati, terus terbantut niat aku.

Ni la rupe feature wall untuk playroom Haziq. Ni je yang aku mampu nak buat, yang tak memerlukan tenage yang banyak. Semua ni - kecuali angkat barang mase nak kosongkan bilik ni, aku buat sorang2. Balik keje, masak siap2, pastu baru aku start ngecat sikit-sikit. Penat jangan cakap la, seminggu tangan aku lenguh.


Nota kaki :- Langsir bilik Haziq ni tak jahit pon lagi.


(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
 



Friday, June 21, 2013

Simple Magazine File Makeover

Salam semua,

Bosan dengan magazine file korang yang ada sekarang? Meh aku nk share ape yang aku da buat pada magazine file aku yang plain tu..

Rini aku tak berape ade mood sangat nak cite panjang2. Busy, banyak keje ni. [sempat pulak ko nk update blog bagai kan..lempang laju2 tau la] ..Layan gamba jela eh..



Magazine file ni aku beli kat Ikea sebab murah. RM4.90 dapat 5.


  Bahan2 yang perlu, magazine file, double-sided tape, gunting, sellotape, label dan gam.

Untuk tutorial penuh, korang boleh refer blog I Heart Organizing ni. Aku pon follow tutorial ni jugak.
Terpulang pada korang nak tampal semua atau pon tampal bahagian yang nk tunjuk je...
Aku tampal kedua-dua belah bahagian yang nak tunjuk je...Bile da bosan dengan bahagian yang panjang, boleh tukar bahagian pendek pulak...

 Bahagian pendek - selalunya bahagian ni la orang tunjuk kan..

 Bahagian panjang...

Ok, last sekali jangan lupe tepek lebel ye.... Of cos la magazine file ni untuk keguaan kat rumah aku..Gile ko siap ade sewing pattern bagai kat office. huhu. Kedua-dua bahagian aku tepek ngan label. Senang, nanti da bosan boleh tukar...

Ha...yang simple plain ni baru untuk kegunaan office. Pilih kasih x aku? Untuk uma bukan main gune wrapping paper bagai. Untuk office gune recycle paper je... Kejam!

 Before and after

 Before and after


Nota kaki :- Harap2 sempat nak join GA Kak Fizah.


(◕‿◕✿) 
X.O.X.O


Monday, June 17, 2013

Peti Ais Kecilku

Salam semua,

Kisah disebalik peti ais satu pintu ku.

Patutnya entry ni aku nak post awal, tapi lame sangat aku amek masa untuk organize peti ais aku tu. Heh, memang pemalas aku ni..Buat keje pon bertangguh.

Semangat bile aku tengok peti ais orang lain kemas tersusun je. Peti ais aku? Hmm...Kalo sayur tu aku beli dr kedai dalam plastik, dengan plastik2 tu la aku sumbat je masuk peti ais. Haish. Dah tu, bab ngemas n cuci peti ais memang jarang sekali la aku buat - xpernah kot! Memang selalunya hubby yang buat. Mungkin sebab hubby da rajin nak buat, sebab tu kot aku jadi bertambah pemalas. Cubit laju2. Biase sangat tu!


Mula2 sediakan bekas. Harus sedondon. Aku beli freezermate ni. 7 biji. Harga RM60 siap post.


Confirm la tak cukup kan? Nak beli lagi set ni, mau kopak! Jadi aku kirim kat kawan belikan kat Ikea. Haha, aku memang suke bab kirim mengirim ni. Hehe. Kat rumah aku memang da ade set ni - so tambah lagi, bia sedondon.


Masih lagi tak cukup, aku beli yang lain plak. Kat jusco. 7 biji RM7.90. Aku terlupe nak amek gamba sebab da terlalu excited nak organized. Hehe.

Proses yang setrusnya, sediakan label dan laminate.


Next step, cuci peti ais..Ni memang keje Hubby dari dulu. Sian peti ais aku, da la kecik, lampu terbakar plak tu. Sob..sob..sob.. Tapi tak pela, masih berfungsi dengan elok lagi.


Semua bende aku masuk dalam bekas. Buah-buahan plak aku masukkan dalm bakul. Kebetulan jugak, aku beli bakut tu da lame, ingat nak letak mainan Haziq, tapi tak jadi. Semua bekas tu aku tak bole nak tepek label. Gune sellotape tak kuat, tercabut balik. =(

Serbuk rempah semua aku simpan dalam bekas jugak. Tapi letak kat pintu. Mungkin kat pintu ni tak berapa sejuk sangat, jadi bile aku tepek label, die tak tercabut.

 
View pintu peti ais aku.




Full view. Ok, da puas hati. Lepas ni bole focus untuk next project pulak.


Mesti korang tertanya-tanya kan mane aku letak telur? Aku da sediakan rak khas untuk telur. Tapi rak ni, jarang sekali penuh. Setakat 3 orang makan, 10 biji seminggu pon belum tentu habis. Ngeh3.




Nota kaki :-  Ruang yang ade ngam2 untuk keperluan harian je. Ni kalo nk beli kek ke ape, kene habiskan. Tak bole simpan dalam peti sejuk - da tak muat.


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Saturday, June 15, 2013

Lamp Shade Makeover

Salam semua,

Masa zaman aku belajar dulu, Umie pernah belikan aku lampu tidur. Saje letak kat meja study tepi katil tu. Padehal kalo kat rumah tak pernah nak berlampu tidur bagai - bazir 'karen' umie kate.

Punye la aku sayang lampu ni, pindah UiTM Penang pon aku angkut. Pindah uma sewa yang ntah da berapa kali tu pon aku angkut. Padehal, jarang sekali aku nk nyalakan lampu ni. Condition shade die pon da tak elok. Harga tak la mahal mana pon. Tapi SAYANG tu mengatasi segalanye. Otak ni mule la ligat mencari idea nak makeover - yes! Patut tukar lamp shade tu.

Layan gambar ye uols...

 Ni la rupe asal lampu tidur aku.

Dari depan nampak ok lagi - bile pusing belakang...Nah ko, da koyak rabak.

Jom kite mulakan sesi makeover. Mula-mula aku ingat nak guna balkrum je [kain keras yang orang buat kolar baju melayu tu]. Sebab tu je yang banyak kat uma aku. Pastu cat. Pastu tambah sikit ribbon. Simple kan? Macam ni....




Menarik kan?

Tapi lain yang aku survey, lain plak yang aku buat....Aku terjumpa placemat ni kat Tesco. Harga RM1.50 kot tak silap. Malas nak fikir panjang, terus rembat. Lagipon corak katun ni sesuai la nak letak kat bilik Haziq.



Aku cume perlukan placemat , sellotape dan single puncher. 

Balut wire dan bahagian yang patut, then spray je. Kebetulan spray yang ade kat rumah pon kaler biru.

Da siap.

Da alang-alang mengecat...aku spray sekali ngan jam dinding ni - hadiah saguhati family day tahun 2010. Saje jam tu aku tak sangkut ke dinding, nak kasi die geng ngan lampu. Huhu. Plate stand tu plak aku beli kat D.I.Y je.


Ni la hasilnya. Lampu lame yang diberi nafas baru.



Nota kaki :- Tidur tak payah on lampu. Cahaya dari lampu jalan direct je masuk bilik aku. Jimat3. hehe..  =)


(◕‿◕✿) 
 
 

X.O.X.O.