Nuffnang Adds

Wednesday, September 29, 2010

Udang 3 Rasa

Salam semua,

Aku belajar resipi ni dari My Mr. Chef...Hubby la...aku memang suka sangat masakan ni, sebab simple dan cepat nk sediakan...yang penting....SEDAP..ehehehe...Aku pernah masakkan untuk Abie.., bukan main berselera sangat..Abie memang suka masakan pedas2 masam ni...

Bahan-bahan :-
Inilah hasilnya.....~
  • Udang sepuluh ekor (2 orang makan)
  • Halia 1 inci
  • Bawang kecil sebiji
  • Bawang besar sebiji - dipotong bulat
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sos Tiram 1 sudu makan
  • Sos Cili 1 sudu makan
  • Sos Tomato 3 sudu makan
  • Daun limau purut sehelai -dicarik-carik
  • Serai sebatang - dipotong serong
  • Kacang panjang
  • Cili padi 3 biji

Cara-cara :-
  • Tumiskan bawang kecil, halia dan bawang putih sampai kekuningan.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
  • Masukkan daun limau purut dan serai.
  • Masukkan setengah cawan air dan biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan udang dan biarkan kuah sampai sedikit pekat.
  • Akhir sekali masukkan cili padi, bawang besar dan kacang panjang.
  • Lagi sedap kalo kacang dan bawang tak layu. Bila gigit terasa rangup.
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang..


Senang je kan? Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Ayam Masak Asam

Salam semua,

Ayam masak asam? Erm..macam pelik je nama masakan ni. Ntah la.., resipi ni aku belajar dari kakak aku, so kne la ikut nama yang dia da letak tu. Resipi ni rasa-rasanya terkenal disebelah utara kot....Saja nak share..

Aku suka yang berminyak macam ni..klo xsuka, boleh kurangkan
Bahan-bahan :-
  • Ayam sebelah
  • Halia 3cm
  • Bawang kecil 2biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili padi 3 biji
  • Asam jawa lebih kurang sebesar 1 inci
  • Kicap manis
  • Daun bawang sebagai hiasan.
  • Bawang besar sebiji- dipotong bulat untuk hiasan.

Cara-cara :-
  • Gorengkan ayam sehingga isi masak. Angkat dan simpan ke tepi.
  • Tumiskan halia, bawang kecil dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan air asam jawa, sedikit kicap dan garam secukup rasa.
  • Rasa kena sebati, jangan terlalu masam dan jangan terlalu masin.
  • Masukkan ayam dan biar seketika.
  • Taburkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang dan juga cili padi.
  • Gaul dan matikan api. Sedia untuk dihidang.



Senang dan simple je kan? Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)


X.O.X.O.



Masak Lemak Ikan Tongkol / Kayu

Salam semua,

Resipi hari ni : Masak Lemak Ikan Tongkol atau sebelah utara panggil ikan ni ikan kayu..
Hubby suka sangat ikan tongkol ni..Nilah lauk pertama yang aku masakkan untuk hubby di awal-awal perkenalan dulu...  Opppsss...tetiba pulak terimbau kembali kenangan lama...  =)

Bahan-bahan :-
  • Ikan tongkol seekor (saiz kecil sebab kami cuma berdua)
  • Santan (aku guna santan kotak je..senang..ehehe)
  • Serai 1 batang - dititik
  • Daun kunyit
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili padi 10 biji
  • Bawang kecil 2 biji
  • Tomato sebiji
  • Asam Keping 2 keping
Cara-cara :-
  • Kisar cili padi, bawang dan kunyit hidup.
  • Masakkan bahan kisar dalam periuk..Bila da menggelegak, masukkan santan.Santan masuk lambat bertujuan untuk mematikan rasa pedas cili padi.
  • Kacau santan, jangan sampai berketul.
  • Masukkan daun kunyit dan serai.
  • Bila kuah da menggelegak, masukkan ikan, tomato dan asam keping.
  • Akhir sekali, garam secukup rasa...Bila mata ikan da bertukar jadi putih, boleh la matikan api dan hidang.


Selamat mencuba.    (◕‿◕✿)

Tuesday, September 21, 2010

Petua Masakan

Salam Semua,

Saja nak share pelbagai petua-petua di dapur....   (◕‿◕✿)


X.O.X.O.

    Petua Telur


    • Memilih Telur

    Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya padat.


     
    • Mengelakkan Telur Rebus Pecah
    1. Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.
    2. Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke dalam periuk.


    •   Menghilangkan Hanyir Telur Goreng 
     
    1.      Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
    2.      Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.


     
    •  Telur Tahan Lama
    1. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
    2. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.



    (◕‿◕✿)


    X.O.X.O.

    Petua Nasi

    • Memutih Nasi

    Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.


    • Memasak Nasi yang Mentah

    Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.


    • Mengelakkan Nasi Hangit
     
    Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.


    •  Mengelakkan Bau Hangit Nasi
    1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
    2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
    3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

    •  Nasi Lambat Basi
    1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
    2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

    •  Nasi Lembik
     
    Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.


    • Menyukat Air Untuk Beras
     
    Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahnya sukatannya sama dengan sukatan beras.


    (◕‿◕✿)


    X.O.X.O. 





    Merasa Makanan di Bulan Puasa

    1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
    2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis


    (◕‿◕✿)



    X.O.X.O. 





    Masakan Termasin


    Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
    1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
    2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
    3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


    (◕‿◕✿)



    X.O.X.O.

    Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

    • Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.


    (◕‿◕✿)


    X.O.X.O.

    Jemput-jemput Sentiasa Lembut

    • Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk


    (◕‿◕✿)



    X.O.X.O.

    Mencuci Kerang Dengan Mudah


    • Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih. 

     
    (◕‿◕✿)



     X.O.X.O

    Petua Sayur - Sayuran


    •  Mengekalkan Kesegaran Sayur
    Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.



    •  Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
    Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.


    •  Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
    Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

     
    •  Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
    Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.



    •  Kacang Bendi Tetap Segar
    Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

     
    •  Menyegarkan Sayuran Berdaun
    1. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
    2. Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.

    •  Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis

    Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jeruk Sawi Buatan Sendiri
    1. Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
    2. Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
    3. Keesokkan harinya, tuangkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.
      Segarkan Tugeh
    Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.


    •  Memilih Sayur - Sayuran
    1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
    2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
    3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
    4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
    5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
    6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.


    (◕‿◕✿)





    X.O.X.O