Nuffnang Adds

Friday, November 26, 2010

Bukan Tak Nak!!



Salam semua,

Patutnye entry ni keluar 2hari lepas….tapi ke’busy’an yang melanda, memang aku xsempat nak update blog aku ni…

Alkisahnye.., baru2 ni ada 3 orang tanya soalan yang sama kat aku… “da ade ‘isi’ ke?”
Hrmmm….camne nak jawab ye? Nak jawab supaye orag tak tersinggung dengan jawapan aku…, n orang xsalah faham ngan statement aku….

Aku bukan tak nak mengandung…, tapi keadaan belum mengizinkan aku untuk mengandung sekarang…hrrmmm…rase2 tak perlulah semua cerita aku nak share dengan semua orang kan…? hal suami isteri aku…, bia la aku n hubby yang decide ye…Bukan TAK NAK…., tapi mungkin belum masanya lagi….

Baru2 ni aku terserempak dengan budak satu company aku tapi office lain la….die tanya aku soalan yang same…then aku pun jawab dengan hanya tersenyum jela…., malas aku nak jawab panjang lebar….mungkin die tak puas hati dengan reaksi aku kot…skali ni ayat yang keluar dari mulut die…..

“ko rancang2 la…, esok2 kalau ko nak Allah tak kasi baru kau tahu!”….

Ya Allah.., rase nak jatuh je airmate aku time tu…die tak tau ke ape yang keluar dari mulut kita ni DOA? Tapi aku masih mampu tersenyum n jawab balik…  “relax2 la dlu..” (aku sebenanye tak nak jawab KENAPA…biar la hanya orang2 terdekat je yang tau..)
Then die masih tak puas hati dengan statement aku….ini pulak yang die balas… 

“ Aku cukup tak faham la.., orang yang dah kahwin tapi tak mau anak…”

Lagi la aku rasa macam nak menangis time tu…Aku BUKAN TAK MAU!!!!!!.......huh…
Ya Allah…, tabahkanlah hati hamba-MU ni…..
 


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.



Sayang Isteri Tinggal2 kan…



Salam semua…,

Da lama tak update blog.. Rini rasa macam tak de mood je nak buat kerja, bos pulak g meeting….so, aku pun amek la kesempatan ni untuk update blog….

Musim sekolah da bermula….ARRRGGGGHHHH…..dulu sebelum kahwin aku suka bila cuti sekolah sebab tunang aku tu cuti.., boleh la dating..hehe.. tapi bila da kahwin ni aku tak suke la bila time cuti sekolah….sebab setiap kali cuti hubby tinggalkan aku berhari-hari sebab balik kampung (bukan jauh pun kampung die.. cuma 45minit je dari rumah kami tu)…yela, dok kat rumah kami tu pun sepanjang hari.., memang xde ape yang die boleh buat….aku sendiri pun, kalau cuti susah nak lekat rumah….kesian pulak kat die.., dok sorang2…tido, tgk tv.., tido balik…Rase2 lapa g keluar cari makanan..yelah bini kerja, xde sape nak masak kat uma..nak masak sendiri malas-

Kekadang aku rasa geram jugak sebab asyik kena tinggal je….tapi sebenanye aku suke jugak…sebab………………..

“sayang isteri tinggal2 kan…..”

so maknanye hubby sayang aku la kot…huhuhu…(jgn nak termuntah dgn statement I ni ye….)


(◕‿◕✿)



  X.O.X.O.

Monday, November 15, 2010

Family 1st


Salam semua,

Hari ni aku tak de mood nak bercerita panjang lebar…aku cume nak gtau yang.....

“AKU SANGAT SAYANGKAN FAMILY AKU”


(◕‿◕✿) 

X.O.X.O.


Saturday, November 13, 2010

Keratan email lama....


Salam semua…,

Petang2 Sabtu macam ni aku masih di office…Huarrggghh…Xsyok…Da lebih 2 tahun.., tapi aku masih mampu bertahan.

Dengan kebosanan yang teramat sangat (walaupun berFB sepanjang hari..masih bosan lagi….), aku pun menyelak2 balik email2 lama..Sebenarnye aku nak wat filing..Email aku da terlalu banyak…lagi2 email2 yang di forward…masa tengah2 free dek keje yang tak banyak gegare stop work order ni la aku gunakan untuk untuk men’tidy-up’ filing aku…bia ringan sikit capacity CPU office aku ni…. Tetibe aku terjumpa email lama yang aku terima dari seorang insan yang bergelar sahabat….
Aku pernah mengadu padanya…, “kekadang aku rasa hidup ni tak adil…”
Dan ini yang die reply kat aku…..

 
Tiem…..
jgn kata idup x pernah adill..
tuhan jadikan semua bende bersebab..
macamana seseorang tu menilai je berbeza..
kita selalu tanya..
kenapa hanya kita..?
sebab Allah dah tulis dlm Al-Quran..
Allah tidak akan menguji seseorang itu..
melainkan dengan kemampuannya..
kenapa semua ni berlaku
jangan cari mana punca atau silapnya..
kalau benda ni...lagi mengusutkan..
muhasabah..
mungkin Allah nk bg petunjuk@ kesedaran..
atau mungkin...
Allah nk uji kekuatan sesuatu perhubungan..
juga menjadikan diri seseorang lebih kuat di hari mendatang..
perjalanan kita masih panjang.
jangan kalah kerana satu masalah..
Buka mata...
Allah beri ko petunjuk...
Kuatkan hati..tiem...


So, amacam…terharu tak dengan nasihat dari sahabat aku ni…..Betul2 touching tau…boleh la aku jadikan ayat ni sebagai pendorong aku di kala ditimpa musibah…
Dan sememangnye sahabat aku ni pandai menyusun kata2….

P/S : Tiem tu name glamour aku bila bersama kengkawan....ahakz..~


(◕‿◕✿) 

X.O.X.O.

Just Married


 Salam semua…,


Da lama rasenya aku tak update blog ni….Bukan tak de topic nak dicoretkan.., cume kesempatan nak menaip tu tak da…, Almaklumla.., selalunya aku update blog time bekerja….Kalau tak update tu bermakna aku memang tengah banyak keja la….

Berbalik pada topic entry aku kali ni…malam Rabu baru ni aku tengok cerita Just Married tayangan TV2 pukul 10 malam…Sebenarnya aku da tonton cerita ni banyak kali.., sebelum kahwin dulu la….Setiap kali tengok mesti aku ketawa…yela.., macam kelakar je cerita tu..Tapi bila da kahwin, ni la baru sekali aku tengok cerita tu balik…

Pada sesiapa yang belum pernah menonton filem arahan Shawn Levy tu.., meh aku kasi summary sikit tentang filem yang ditanyangkan pada awal tahun 2003 ni…(da sangat lama movie ni...tapi baru sekarang movie menyentuh perasaan aku yang baru bergelar isteri ni)

Kisahnya macam ni…, ada sepasang kekasih, Tom Leezak lakonan Ashton Kutcher dan Sarah McNerney lakonan Brittany Murphy yang membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada usia remaja…kire perkahwinan atas dasar cinta la…Lepas berkahwin tu.., macam2 perkara terjadi sepanjang honeymoon pasangan ni….kesian kat dorang….Tapi mungkin masing2 pun xmatang lagi kot…ehehehe…Muncul pulak ex boyfriend si isteri ni memburukkan lagi mood honeymoon dorang ni….Tapi lastly..,macam biasalah happy ending.. 

Ada beberapa words dalam cerita ni aku yang berjaya mencuri perhatian aku…Terkesan rasanya sampai ke jiwa raga aku..ececeh..


“Mungkin cinta sahaja tak mencukupi….”

-memang pun…dalam perkahwinan, cinta saja tak mencukupi….Dalam sebuah perkahwinan, macam2 perkara perlu dititikberatkan…tanggungjawab, toleransi dan….banyak pada menjaga hati pasangan….


“Bulan-bulan awal dalam perkahwinan memang agak sukar…”

-yang ni aku akui…. Mula2 memang agak sukar la nak menyesuaikan diri…yelah.., baru nak belajar berkongsi hidup kan….selama ni buat apa2 untuk diri sendiri je…sekarang ni nak buat apa2 kena la fikirkan pasangan pulak…dan aku bersyukur dapat suami yang banyak membimbing aku…


(◕‿◕✿) 

X.O.X.O.


Monday, November 1, 2010

Stage Of Life

 
1) Dari bujang --> kahwin No 1 --> no.2 --> DLL. ( kalau lelaki la...)

2) Dari pakai motor kapcai
--> kancil --> wira --> Honda --> seterusnye..

3) Badminton
--> Golf

4) Rumah sewa
--> rumah murah --> rumah teres --> banglow....

5) Technician
--> supervisor --> engineer --> manager...

6) Tv 14'
--> 21' --> 29' --> Home theather...

7) Sg Danga
--> Tanjung Leman --> Langkawi --> Hadnyai --> Bangkok ..

8) Mancing kat parit /longkang
--> sungai --> kolam (bayar punye) --> laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong 

Dalam semua segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...