Nuffnang Adds

Friday, July 29, 2011

Seluar Along

Salam Pagi Jumaat semua,

Ntah kenapa la kan, da la update blog seminggu sekali je...Bile update je selalu hari Jumaat. Sebab hari Jumaat adalah penghulu segala hari..hehe.. Sebenarnye, hari Jumaat work load tak banyak. So, boleh la aku curi2 masa sikit nak update blog. Kat rumah bukan tak nak update blog, tapi terlalu busy dengan tanggung jawab sebagai isteri. Nak online pon malas.

Sepanjang minggu ni aku tak banyak menjahit. Klo aku menjahit pon, tak boleh pulun sangat macam yang sebelum ni. Sekejap2 aku benti..baring dlu. Pas baru sambung balik. Ahad lepas aku jahitkan sarung tilam untuk Along. Senang je sebenarnye. Tapi mungkin perut yang memboyot ni menyukarkan aku untuk tebar kain tu. Aku ambil mase hampir 2 jam (termasuk rehat) menyiapkan sehelai sarung tilam dan lagi sehelai sarung bantal Along.

Semalam aku jahitkan seluar untuk Along. Balik dari kerja je terus aku cari seluar2 lama yang aku da tak muat. Aku potong ikut suke aku je. Hehe...Daripada seluar tu memenuhkan bilik stor aku, baik aku manfaatkannye dengan sebaik mungkin. Hasilnye?? Mestilah yang mampu membuatkan Hubby tersenyum lebar...

Ni lah hasil jahitan aku sepanjang minggu ni...Sila la cuci mata ye.  :p


Sarung tilam Along. Thanks to Kak Hasnah sebab kasi Along tilam.



Da lengkap bedding set Along..



Seluar tido Along...



Ni pulak seluar Along pakai g jalan2. Amacam? Ade rupe macam beli tak?



Harap2 Along suke....  =p


Nota kaki :- Along da genap 7 bulan dalam rahim Ibu... sabar ye sayang, lagi 2 bulan setengah kite jumpa k.



(◕‿◕✿)


X.O.X.O.
 

Friday, July 22, 2011

It's Blue!

Salam semua,

Sepanjang pagi ni aku tak de mood nak buat kerja. Update blog, facebooking, upload gamba, comment blog kawan & tengok picture comel-comel untuk buat sarung bantal Along. Enrty kali ni tak mau tulis panjang2 la. Tak de idea. Just nak update yang aku da siapkan satu sarung bantal dan satu sarung bantal peluk kaler biru untuk Along. Lepas je balik dari klinik semalam, terus amek kain dan memulakan sesi jahit menjahit ni. Mentang2 da tau kaler ape yang patut aku gunakan lepas ni...hehe...

Nila hasilnya. Ropol2 sikit..hehe.






Kat bawah ni plak gamba kaki aku yang membengkak. Kalo berdiri @ jalan banyak sikit mulelah bengkak macam ni. Pas tu Hubby selalu salahkan aku sebab banyak menjahit. Ade kaitan ke? Ade la kot...hehe..



Nota kaki :- Makin bersemangat pulak aku sekarang ni...hehe.  =)


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Yeah...Da Nampak....!

Salam Pagi Jumaat semua,

Semalam aku tido dengan senyuman yang meleret je. Korang nak tau kenapa? Haha, tak nak tau pun aku nak bagitau jugak. Sebabnye semalam da berjaya memujuk Hubby g scan (ultrasound) Along dalam kandungan aku ni. Tak sabar kot.....Sebelum keluar rumah tu berdebar jugak rase. Dalam hati ade terdetik jugak.. 'anak perempuan kot. Boleh teman Ibu g shopping nanti kalo Babah sibuk..'

Sampai2 je kat Klinik Topcare (Klinik Panel Company aku), terus je aku cakap tak nak ubat ape2 sebab tak sakit ape2, cuma nak scan je. Doctor tu pon senyum...Aku suka tengok doctor tu senyum.., hensem. Hahaha...

Mula2 doctor tu scan bahagian kepala Along dulu. Bulat. Penuh scan monitor tu.Pas tu doctor tengok tulang peha Along pulak. Hrmm...lambat lagi ke nak tunjuk jantina.. Ibu betul2 da tak sabar ni. Pas tu doctor scan bahagian perut Along pulak.... Hati da semakin berdebar ni. Bila alat tu doctor letakkan kat bahagian tengah perut aku, terus je nampak macam ni.......



Korang rase lelaki ke perempuan? Sila lah teka. Tak tau jugak? Ni adelah alat sulit Along. Doctor kata CONFIRM BOY! Tapi bila keluar nanti perempuan, semua tu kuasa Allah SWT. Tak sangka tendangan Along tempoh hari betul2 membawa makna.

On the way nak balik, tiba-tiba Hubby tegur..... "Aik, tak habis senyum lagi ke?" Hehehe, kantoi. Tak tau pulak Hubby perhatikan gerak geri aku. Boy ke girl ke, aku terima dengan hati terbuka.


Nota kaki :- Babah dah ade geng nak main bola lepas ni.


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.
 

Tuesday, July 19, 2011

Sarung Bantal Along

Salam Semua,

Pagi tadi ada temujanji dengan Doctor kat Klinik Kesihatan Kubang Semang. Alhamdulillah, Hb naik sikit... Tapi sikit sangat. Naik 0.2 je. Masih di tahap merah. Harap2 bulan depan HB aku akan naik lagi. Bertambah lagi bekalan ubat dan vitamin. Huh, yang ade pon tak habis lagi. Tak pela, demi Along.., ape2 jenis vitamin pon aku sanggup telan.

Pagi tadi jugak dapat berita yang menggembirakan. Kakak ipar aku selamat melahirkan anak bujang seberat 2.7 kg pada pukul 5.45 a.m. Alhamdulillah...Walaupun dalam hati aku rase sikit cemas menunggu turn aku yang tinggal lagi 3 bulan ni. Tak pela, akan aku harungi sampai Along selamat ku lahirkan.

Lewat petang semalam dapat pulak berita yang mendukacitakan. Sedih..sampai terbawak-bawak ke malam. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku tak henti2 ber'sms' dengan Hubby- walaupun tengah drive. Rase terbeban selagi tak di luahkan. Banyak kali Hubby ulang ayat ni ... "Tak pela, da bukan rezeki kita. Allah da susun atur rezeki kita ni. Kita cuma perlu bersabar je...".. Huh, lega sikit dengar ayat tu padehal aku tau sebenarnya Hubby cuba memujuk hati sendiri.

Sampai2 rumah je terus terdampar macam dugong yang kekenyangan. Kepala masih serabut. Kalo aku baring2 macam ni, makin aku fikirkan. Lebih baik aku belek2 ape yang patut aku jahit. Huh, idea datang mencurah2. Apelagi, terus je aku amek lebihan kain yang ade kat rumah tu. Aku suai padankan warna ikut citarasa aku. Memang niat nak jahit sarung bantal untuk Along. Akhirnya, dalam keadaan otak aku yang berserabut tu, siap jugak satu sarung bantal dan satu sarung bantal pelok untuk Along. Renda pulak da habis. Terpaksalah aku berhenti menjahit dulu. Lagi pon time tu aku tengok jam da dekat maghrib. Tak pela, kalo aku rajin petang nanti boleh sambung jahit lagi.


Untuk tatapan pembaca blog aku.., nilah hasil jahitan aku dalam keadaan otak yang berserabut tu. Tapi hasilnya tak berserabut kan?









Set Merah Putih Dan Dot Dot Dot..hehe



Nota kaki :- Masih tak tau jantina Along... Tapi berkenan sangat kat warna merah putih ni.. Bedding set kaler biru on the way...hehe..


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Saturday, July 16, 2011

Tak De Mood!

Salam semua,

Sepanjang minggu ni tak de hasil jahitan aku. Jahit kasut untuk baby kawan aku, separuh jalan je. Sebelah da siap. Yang sebelah lagi terbalik potong kain pulak. Aku potong 2-2 untuk kaki kanan. Sudahnye, aku tinggalkan je. Malas nak sambung. Nanti pening kepale, kene bebel lagik ngan Hubby plak. Sebelum telinga aku tak henti2 dengar ceramah dari Hubby, ade baiknye aku stop dan berehat dulu. Amek Mood. Nanti da tenang2 sikit baru aku sambung balik.

Lunch semalam lari-lari kejap g Kamdar. Niat hati nak cari kain nak buat dress untuk anak2 buah aku. Design dress da ade dalam kepala ni.., tak tau la bile da jahit jadi macam mne pulak. Some more nak beli kain untuk buat baju mengandung sendiri (budget terror!). Sampai2 rumah je terus amek ukuran badan dan potong kain dengan CONFIDENT nye. Alih2, ntah pape yang aku jahit. Huaarrrggghhh... sangat tension! Nasib baik beli kain yang murah2 je. Kalo aku beli kain cotton yang semeter RM26 tu mesti da meraung da ngadap baju yang tak xjadi tu. Sob..sob..sob..Mane perginye mood menjahit aku ni. Kain yang aku beli online kat MayMay Shop pon aku tak sentuh lagi. Takut silap gunting...Sayang, kain mahal.

Bila kat office bukan main lagi aku survey pattern yang senang2 untuk project jahitan aku. Tapi bila da sampai rumah, mood terbang ntah ke mana. Rasa-rasanya aku perlu berehat dulu la dalam seminggu dua ni. Tapi kesian plak kat kawan aku tu. Da dekat sebulan die tempah kasut untuk anak bujang die. Tengok la, aku try jugak siapkan hujung minggu ni. Then boleh la aku berehat dengan senang hati...  =)



Nota kaki :- Ukur lilitan perut aku da cecah 110cm.. Makin bulat, makin comel dan makin seksi...Ahaks..



(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Friday, July 8, 2011

Dress Untuk Aleesya

Salam Pagi Jumaat Semua,

Esok cuti.. Yeay!! (Company aku kedekut cuti). Plan nak balik Kuang sebab tak tau bile lagi dapat balik. Bulan depan da puase, confirm aku tak balik. Perut da besar time tu, tak larat kot nak duduk lame2 kat seat kereta yang keras tu.. Sakit pinggang dibuatnye. Tunggu pas bersalin nanti baru aku balik. Huh, 3 bulan lagi. Tapi kan......hubby tak ikut aku balik sebab ahad die da masuk kerja balik.. Dari Penang ke KL aku tumpang officemate aku sebab die nak g Vietnam, naik flight from KLIA. Tapi dari KL ke Penang aku kena pandai2 sendiri nak balik macam mane. Hubby kate.. '..kalo naik bas jangan berangan Abg kasi...'..gurlp.. Gugup aku. Cepat2 aku roger kengkawan yang boleh tumpangkan aku dari KL ke Penang plak. Huh, nasib baik da dapat kawan. Hahaha.. Niat harus diteruskan...  =)

Bangun pagi tadi, sempat jugak aku mintak izin Hubby sekali lagi untuk balik Kuang sorang2. Takut kang bile die balik kerja tengok aku takde canggung pulak kan. Hubby macam berat hati je. Tapi die tak halang. Tengah2 aku packing baju terase macam nak nangis pulak. Berat hati nak tinggalkan Hubby sorang2 kat rumah. Sian kat die. Ape die nak makan malam ni? Ape die nak buat sepanjang 2 hari ketiadaan aku. Adush.. Airmate, sile berhenti mengalir! Sikit2 nak nangis! Tak pela, kasi die rindu sikit kat aku.  Waduh..., takut aku yang separuh gile rindu kat die kang. Hik3...Gedik!

Semalam sempat jugak aku siapkan baju untuk Aleesya (anak buah aku yang sombong, kedekut nak senyum tu..). Boleh bawak balik sekali. Tak sabar sebenarnya nak tunjuk hasil jahitan aku kat Ummie. Uish, ni da kategori riak ke? haha. Tak kisah la. Janji nak tunjuk jugak kat Ummie n Abie.

Nah nilah hasilnya.. Baru nak cuba2. Lain yang aku lukis, lain pulak yang aku jahitkan... Tak reti sebenarnya..Balik ni terpakselah dengar komen dari Ummie.. Ummie tu bukan nak puji aku, selalu nak komen je. Tapi tak pela, aku terima sebagai pendorong untuk aku perbaiki lagi mutu jahitan aku. Aku kan sentiasa berfikiran positip. Hehehe...


-Baju untuk Aleesya-


-Lapik dada untuk Along-



-Beg tangan aku, siapkan pagi2 sebelum g kerja-


Nota kaki :- Minggu ni tak de mood sangat menjahit, sebab tu hasil tak banyak~


(◕‿◕✿)

X.O.X.O.

Monday, July 4, 2011

Pink Or Blue??

Salam Semua,


Da selalu aku dengar orang bertanya..  'baby boy ke baby girl?'   tapi jawapan aku,  'tak tau la, tak scan pon.'   Hrmm.. hakikatnye, aku memang nak scan..., tak sabar nak tengok jantina Along kat dalam tu. Tapi Hubby pulak larang. Bia surprise katenye..Tak pelah, anak die jugak. Aku akurkan aje.

Hari ni sekali lagi airmata aku jatuh.. Hrmm..setiap hari aku menangis, tak tau kenapa. Kekadang tengok cerita kartun pon aku boleh menangis. Kekadang drive sensorang nak balik uma dengar lagu 'Ummi by Haddad Alwi' pun boleh menangis. Ish...mane boleh macam ni. Kang Along kuat menangis pulak. Tapi hari ni airmate ni jatuh bukan sebab sedih, tapi sembab terlalu gembira, terharu jugak.

Pagi tadi. mase semua orang tak de kat office, aku tanya Along sambil usap2 perut aku..   'Anak ibu ni lelaki ke perempuan? Kalo perempuan tendang ibu 2 kali....'   Aku tunggu kejap, tengok reaksi die. Adelah dalam 3 saat aku tunggu. Tapi die senyap je. Pas tu aku tanya lagi..  '...kalo lelaki tendang ibu sekali.'   Sangat-sangat memeranjatkan aku, Along tendang aku. Aku bole nampak perut aku terbonjol sikit masa die menendang tu. Dan kebetulan agaknya, memang Along tendang aku sekali je. Pas tu die terus diam balik. Gerak-gerak sikit tu ade la. Tak dapat aku nak bayangkan perasaan aku waktu tu. Sambil ketawa kecil, airmata aku ni laju je jatuh.   'Ya Allah, cerdiknya anak ibu ni....'

Aku tak kisah, Along lelaki atau perempuan. Aku cuma harapkan die membesar dengan sempurna dalam rahim aku.


"Ya Allah, Ya Tuhanku..., sesungguhnya aku meminta kepada-Mu. Engkau kuatkanlah bayi dalam kandunganku sebagaimana Engkau kuatkan aku di dalam rahim ibuku dulu. Amiin."


Ni antara yang terhasil sepanjang minggu lepas. Useha tangga kejayaan..  =)

Seluar Along - kalo baby boy pon
aku sarungkan jugak..hehe.


Baby Rompers- xsiap lagi.


Baby Rompers- bila da siap.


Sarung tangan Along.


Cloth Shoe untuk Along.


Nah, da siap satu suit. Bole pakai g jalan.


Nota kaki :- Ukuran lilitan perut aku waktu ni da mencecah 100cm. Ajaib sungguh ciptaan Allah.

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.