Nuffnang Adds

Thursday, December 3, 2015

Jari Tercucuk Jarum

Salam semua,

Akhir2 ni..- sejak da balik Penang ni, aku da mula aktif menjahit balik. malah lebih aktif berbanding dulu. Dan shopping kain haruslah double aktif dari dulu. haha.. Aku rase last aku shopping baju adelah time raye. Tu pon tempah kain yang aku beli kat Bandung 2 tahun lepas. Baju anak2 pon same. Tapi aku xtau kenapa susah sangat aku nak buang tabiat beli kain ni. Makin beli makin rase xcukup. Hmm..Nafsu! Jahit suam-suam je..huhu..

"akak ambil tempahan baju kurung tak?"  "beb, nak mintak tolong jahitkan baju bole x?"

Soalan ni memang kerap aku dapat. Minta maaf sangat2, aku mmg xamek tempahan baju kurung. Malah baju aku sendiri pon aku anta tempah ke tailor. Aku ni cerewet sebenarnye. Da banyak kali aku tempah baju, bile balik uma fitting xsedap alamat aku memang xkan pakai la baju tu. Da berapa byk baju aku yang aku bagi ke kakak aku.

Bukan berlagak...bukan..bukan..bukan...Da baju tu xselesa, mcam mane nak pakai. Satu lagi, aku ni memang bukan jenis yang akan pergi balik ke tailor untuk di kecik @ besarkan... rase kesian plak nak pergi balik pd tailor tu. Nanti mesti die rase yang die jahit xbagus...Sian tau.

Kalo aku pon cerewet, pasti ade jugak orang lain yang macam aku. Aku tau macam mane rasenye bile excited nak g amek baju, sekali baju tu tak menepati citerase. Nak jahit baju ni, ukuran kene betul, lagi-lagi ukuran tebuk leher tu.. Tak bole terlalu besar, tak bole kecik..Hmm...Sure aku fail bab ni. Lagipon aku memang tak pandai nak amek ira kain. 4 meter hoi, kot salah potong naya baju orang. Pernah jugak aku belajar potong kain ngan umie, tapi xbole2 jugak.. Bile cantum baju tu jadi besar. Ntah mane silapnye... Sayang oii, kain bukan murah.

Aku ingat lagi...mule2 aku pegang jarum waktu umur aku 10 tahun. Ye, darjah 4. Waktu tu bulan kraftangan kat sekolah aku. Balik uma, aku bagitau umie...Umie terus ajar aku jahit baju kurung kedah size baby doll. Itu la kali pertama aku pegang jarum. Jahit jelujur je. Dengan hasil kerja aku tu, aku dapat tempat pertama, dan baju tu plak diletakkan di papan notis perpustakaan. Bangga!

Start darjah 5 umie ajar aku jahit tulang belut..ade orang panggil tikam leher.. Semangat hokei.. Dulu umie tailor. Umie jahit baju, tulang belut umie sub kat aku. Sehelai baju RM5 upah. Banyak tu. Sehelai baju aku amek mase sehari-2hari untuk siapkan tulang belut. Jahit lepas waktu sekolah. Aku pon xsangka aku bole jahit dengan kemas tulang belut tu sampai umie berani nak sub kat aku. Sekarang klo suh jahit confirm da xigt da.., banyak sangat silangnye. huhu..

Ni antara hasil kerja keras tangan aku...

 Cloth pantyliner.. RM7 /pc

 Mask jerebu.. RM8 / pc - double sided. Bole pakai depan belakang.





 Playmat. Senang nak bawak jalan. Bole jadi selimut dalam kete, bole jadi alas tukar pampers.
Nak jadikan toto pon bole.



 Set tilam baby.

 Owl plushie

 Alphabets playmat. Special edition. Aku buat utk Haziq je. Xamek order.

 Newborn dimple pillow. Saje aku buat shape awan. RM20/pc

Sensory taggies. Harga ikut size.

Sekarang, bile aku tunjuk hasil jahitan aku kat umie..mesti umie akan cakap "turun jugak bakat jahit umie kat ko". Kembang kempis hidung aku bile umie cakap mcm tu. hihi...



Nota kaki :- Mesin jahit asyik meragam je, nak beli baru xde modal sebab konon nak beli yang bole sulam sekali. Sudahnya umie bagi mesin jahit yang umie baru beli beberapa bulan lepas. hihi...


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.



Telekung Busuk!!

KISAH TELEKUNG BUSUK


Saya malu nak buka cerita ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang menyedihkan ini.

Begini. Satu hari saya pergi party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun. Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat. :'(

Party Harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahan.

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.
Keluar sahaja dari bilik air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!
Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

AIR MATA saya hampir menitik ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!
Hiba sungguh hati ini. Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

Hati ini terdetik.

Ya Tuhan.
Ketika kau kurniakan kemewahan dunia kepada sahabat ku ini, sejadah dan pakaian solatnya masih busuk buruk lagi doif. Di manakah letaknya IBADAH SOLAT di dalam list penting sahabat ku ini? Tidak malukah menghadap Tuhan Pencipta di dalam keadaan doif sebegitu?
Inilah realiti kehidupan kita di bumi Malaysia !!!
Kita mewah dunia. Miskin akhirat.
.
.
ALHAMDULILLAH.
Walaupun ketika itu rumah saya flat. Namun kami pastikan telekung kami sentiasa dalam keadaan tip-top. Setiap orang pasti ada 2-3 pasang telekung. Ada satu masa, hari raya, kami mampu hadiahkan semua mak sedara dan cousin perempuan sepasang telekung baru.
Ketika saya menulis ini, Allah telah kurniakan kami sedikit kemewahan. Kami kini tinggal di rumah kondo. Maka, kami juga telah upgradekan telekung kami. Sekarang kami sudah mampu beli telekung yang berharga RM200-300.  Alhamdulillah. Syukur.

Mungin sahabat semua boleh fikirkan sejenak...
Kita mampu membeli jubah raya RM200 sepasang, dan kita beli sampai 2-3 pasang, kasut designer RM200, jam tangan import RM300. Kita mampu beli henfon berharga RM2000. Renovate rumah puluh ribu. Namun. Namun, telekung solat kita ada yang sudah 5 tahun tidak berganti. AllahuAkbar.

Mulai sekarang, kita switch style kehidupan kita. Boleh?
Apa kata...
Jika kita mampu belli 3 jubah yang dipakai hanya sesekali sahaja sebulan. Apa salahnya kita mempunyai 3 pasang telekung untuk digunakan setiap hari. Setiap 2 minggu, tukar telekung baru. Mudah kan?

"Sesungguhnya, ketika bersolat, yang kau temu ialah RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah pakaian solat mu ketika bertemu NYA, Pemilik Khazanah dunia dan akhirat."
PS: #SHARE cerita ini untuk kita sama-sama mengingat sesama umat. Semuga ibadah solat kita semakin hari semakin baik dan bermutu.
AAMMIN.

#KesahTelekungBusuk
Cerita ini di tulis oleh seorang penulis iaitu Puan June Mohd Som.
Terima kasih kepada beliau, semoga cerita ini menjadi ikhtibar buat kita semua....
In sya ALLAH...




********************************************************************************


Baru2 ni kisah telekung busuk ni da jadi viral..
Ni ulasan aku... 
(masing-masing ade pendapat sendiri...ini pendapat aku..mungkin dari sudut pandangan yang berbeza dengan kalian atau penulis kisah ini)


Umie ade banyak telekung. Dari yang berwarna putih, bersulam hinggakan yang berwarna. Tapi Umie ade satu telekung pebret. Pelapik bawah dagu tu da berbintik bercendawan. Aku selalu tgk umie solat gune telekung tu. Pernah satu hari tu aku pinjam telekung umie, terkejut aku tgk bintik2 kat pelapik dagu tu. Tapi bila aku sarung tak la pulak bau kepam. Elok je wanginye. Usai solat aku tanya umie kenapa umie selalu pakai telekung tu. Umie jawab sebab telekung tu umie sayang. sedap pakai. Ikut muke umie (aku pakai sempit sikit tang muka sebab muka umie agak kecik dari muka aku). Lepas tu aku tny lagi, kenapa pelapik bawah dagu bintik-bintik macam tu. Ini jawapan umie...

"Jangan lap air wuduk. Biarkan kering sendiri. Air wuduk tu la penyeri muka kita."

Nak tunggu air wuduk tu kering sendiri mungkin ambil masa kan, jadi umie sarung terus telekung. tang pelapik dagu tu selalu lembab dek air wuduk. Lepas solat umie selalu lipat telekung dlam sejadah. Mungkin kat sini silap umie, sb tak gantung anginkan telekung tu. Lame2 tempat yang lembab tadi naik bintik2. Tapi umie kate tak pe, nanti kat akhirat mulut kite di kunci, yang akan menjawab adelah anggota badan dan benda2 di sekeliling kita. Bintik2 kat telekung akan menjadi bukti di akhirat nanti. Waallahua'lam...

Kepada pencerita kisah di atas....,

Kite mungkin selalu bandingkan gaji, harta, anak2 dan segala benda duniawi...Tapi jangan la sesekali kite membandingkan amalan kita pada Si Pencipta. Itu adelah antara kita dengan Dia. Kite mungkin tak tahu, itu mungkin telekung kegemaran si tuan rumah. Sejadah lame tu mungkin sejadah peninggalan dari orang yang tersayang (umie masih pakai sejadah arwah atok yang nipis mcm kain tu..sejadah dulu2). Kite tak tahu, mungkin dengan harta yang dia ade, dia da wakafkan berhelai2 sejadah dan telekung di masjid2 @ surau..KITA TAK TAHU.

Jangan la kita begitu riak menayang telekung yang harganya ratusan ringgit.. Jangan dengan niat ingin menegur, timbul pula sifat riak dalam diri.. Jangan kerana telekung die lusuh, kita nilai segala amalan dia. Jangan kerana kita mampu, harus kita ceritakan pemberian kita pada orang.

Sekadar renungan..

Aku tak nak ulas lebih, nanti ade plak yang kecam aku..huhu.. Aku pon bukanlah baik sangat.



Nota kaki :- Adelah lebih baik bawak telekung sendiri, simpan dalam kete. Nak lebih mudah, carilah baju 'ready to solat'..Sekarang da banyak jual kat pasaran...


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.


Thursday, November 26, 2015

Barut Bayi

Menerima tempahan barut bertali

Ciri-ciri :-
  • Menggunakan material 100% cotton. Tidak panas dan sangat selasa dengan kulit bayi.
  • Jahitan yang sangat kukuh kerana dijahit luar dan dalam.
  • Mempunyai lengkung dibahagian belakang bagi mengelakkan barut daripada terkena najis.
  • Size yang besar, bayi boleh pakai lama.
  • Sesuai dijadikan hadiah.
  • Corak boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan. Tempoh siap antara 3-4 hari bagi quantiti kurang 10helai.












Size : +/- 21" x 6"

Harga : RM 6 sehelai

Untuk tempahan, whatsapp 010-4048540.









Tuesday, November 24, 2015

Resipi Kek Batik Anti-Graviti

Salam semua,

Da lama kan aku xshare resipi. Aku ni klo ade video deco kek kat fb, mesti aku nak tengok. Suke! Padehal nak buat kek memang xreti. huhu. Mase tengah tengok tu, mesti Haziq ni pon sibuk nak tgk skali.

Pastu selalu cakap "ermmm....shedap nye kek. Ibu, nak kek..nak kek..macam tu, shedaapp" .
"Ok, nanti ibu g kedai beli bahan2 die dulu ye. Nak macam ni?"
"Yeyeh..yeyeh, nak kek.." (sambil senyum yang tak dapat aku gambarkan kan)

Ko rase, takkan aku nak dok saje kalo da itu permintaan die kan. Malam tu, sambil baring2 terngiang2 ayat Haziq tu. Nak buat kek xreti, aku reti buat kek batik je. Ting! Buat kek batik, pastu deco konon2 macam yang dalam video tadi (konon). Berangan tu wajib walaupon hasilnye belum tentu lagi.

Petang esoknya balik keje terus singgah kedai, beli ape2 yang patut.
Ni aku sharekan bahan-bahan die.



Bahan-bahan kek:-

  • Biskut Marie sebungkus
  • Buttercup (setengah)
  • Nescafe (satu sudu kecil)
  • Milo / serbuk koko 
  • Telur sebiji
  • Susu pekat (1/2 tin)
Hiasan :-
  • M&M dan Nips
  • Coklat masakan


Cara-cara :-

  • Dalam kuali, masukkan butter. Cairkan.
  • Masukkan telur (kacau dulu) dan susu.
  • Kacau sebati, jangan bagi berketul. Lepas tu masukkan milo dan nescafe.
  • Da sebati, masukkan biskut marie yang dipatahkan.
  • Gaul sebati, masukkan dalam loyang. Lapik dulu loyang tu dengan plastik. Nanti senang nak keluarkan.
  • Padat2 kan dalam loyang tu. Lepas tu masuk peti ais. da keras sikit, keluarkan dari loyang. Sekarang da bole deco.
    ****************
  • Cairkan coklat masakan. Gune teknik double boiler.
  • Cucukkan lidi (aku aku chopstick pakai buang tu).
  • Lepas tu gunakan coklat tadi jadi gam, lekatkan m&m tu satu-satu. kat kek. Susun bagi nampak cantek sikit.
Dan hasilnya...........................


***



*****



*******



**********






Gini??? 

Hmm... Nampak sangat aku tak berseni. huhu.
Tapi kan, walaupon rupenye meleleh2 selekeh gini, rase die sedap tau (mengikut skala deria rasa Haziq) ngeh3....


Hubby kate, kek sedap, tapi deco kureng...Tak pe, aku xkecik ati pon. Yang penting sedap kan. Berani cakap tak sedap, alamat tido luar la kamu...huhu...

Ni cubaan kali pertama, mane bole buat2 terus nak jadi kan? nanti nak buat lagi. Bile-bile...sebab Haziq suke. Rasa pon tak manis sangat..



Nota kaki :- Tak reti tak pe, yang penting rajin usehe...Nanti lame2 reti la. kan3..



(◕‿◕✿)

X.O.X.O.



Saturday, November 7, 2015

Aku Tewas~

Salam Semua,

...............................ok, sambung cerita haritu.............


Selama 6 ari aku kat ward, aku mmg xlalu makan...minum air manis pon xlalu. Macam ni rupenya rasa demam denggi. Demam tu da semestinya la, suhu cecah 40 darjah celcius. Berdiri pon pening2, rasa mcm atas kapal je. Sepanjang tempoh aku warded tu aku try jugak pam susu, tapi disebabkan aku xmakan ape, hanya bergantung pada air kosong semata2, jadi susu aku drop mendadak...Satu lagi bende yang bole buat aku down..Nasib baik stok ebm aku cukup time tu. Bile da kuar wad, aku mula balik dari bawah...Mula kumpul balik walaupon sikit. Dulu pernah 8oz sekali pump, then drop 1.5oz sekali pump...lama2 naik balik, 4oz sekali pump..Tapi sehari aku cume mampu bekalkan 8oz je,. Tapi xlama lepas tu susu aku drop balik..Stress agaknye..Aku da xmampu nak bekalkan ape2, cume mampu direct feed je bile balik kerja..Arif stop menyusu waktu usianya baru 10bulan..Sedih!

Hubby pernah mintak nak tolong jagekan Haziq kat Penang sb die kesian tengok aku harung jaga anak sorang2. Tapi aku tak sanggup nak jauh ngan Haziq. Sungguh xsanggup, walaupon aku konon2 mcm da tekad packing beg Haziq, konon bole balik same2 ngan hubby nek bas. Akhirnya aku tewas dengan naluri keibuan aku. Biarlah aku susah, asalkan anak2 ade depan mate.

Yang paling aku kesian, bile aku pisahkan Haziq dengan abah die. Haziq memang manje sangat ngan hubby, dulu2 tiap petang hubby bawak Haziq meronda naik moto, gurau2 ngn Haziq, tapi bile Haziq dengan aku, aku focus kat adik je. Yela, Arif baru pandai merangkak. Jenuh nak kepong, sedangkan Haziq jugak perlukan perhatian dari aku. Tapi aku plak balik keja selalu marah2 Haziq. Sumpah sampai sekarang aku rase menyesal sebab selalu ketepikan die. Tantrum die menjadi-jadi. Aku pergi mane2 pon mesti ade saje mate yang menjeling dan menggeleng tengok teletah Haziq. Sedih tau tak! Time tu aku sedar yang Haziq kurang perhatian, kurang kasih sayang sebab tu die selalu tunjuk perasaan.

Berat sebenarnya tanggungjawab aku bila terpaksa PJJ ngan hubby. Bukan semua orang mampu nak PJJ. Aku tabik spring pada mak2 yang PJJ ngn hubby. Dan aku tewas, akhirnye terpaksa ku lempar jugak resign letter..Aku tewas bile Haziq ngan Arif bergilir2 demam. Aku nak pergi klinik tengah2 malam xberani, kang takut ade yang aim plak. Lagi aku tewas bile Haziq tido pelok hp (wallpaper pic hubby).

Bukan mudah untuk aku buat keputusan berhenti kerja. Lagi2 aku belum dapat tawaran kerja dari mana2 company. Tapi demi keluarga, demi anak2 aku tabahkan hati. Allah pasti akan ganti yang lebih baik. InsyaAllah.

Ini la nasib kami yang kerja dlm sektor pembinaan ni. Terpaksa ikut projek. Berpindah randah. Sekian.



Nota kaki :- Pssstt....lebih aku tewas bile hubby kate die sunyi. Hah, bab ni aku paling takut. Dari bende yang aku xnak terjadi, ade baiknye aku benti keje balik kepangkuan suami. hahaha



(◕‿◕✿)

X.O.X.O.


Thursday, November 5, 2015

Come Back (Post Tanpa Gamba)

Salam semua,

Hah ko, da lame xbersiaran nk buat come back ala2 retis..pellliss (tangan di bahu mate ke langit).
Setelah mendapat sedikit suntikan semangat dari seseorang, terus aku menaip dgn lajunye.. haha. poyo!

Untuk makluman, aku da blik ke Penang. Yeay..Pulang ke dakapan suami (ahaks). Tak pernah aku ceritakan di mane2 macam mane aku harung hidup kat KL selama 8bulan tanpa suami. Perit jerih aku tanggung sendiri.

Aku mulakan dgn kisah aku awal2 dpt kje kat KL. 2bulan pertama aku duduk rumah flat sebab area aku sgt susah nk cari landed house. Kalo ade pon sewa paling murah RM850. Ini mmg diluar kemampuan aku. Lagi2 kos rumah sewa kat sini aku kne bayar sendiri (sebab hubby xmampu nk bayar 2 rumah). Arif time tu belum pon 6bulan. Aku dpt sewa RM500 sebulan. Ok la (bayar rumah sendiri pon xsampai 500). Owh, harus aku highlight kan, aku sewa rumah flat tingkat 4, xde lift. Anak2 aku hantar kat taska bawah rumah je.

Setiap hari aku akan dukung Arif, tangan sebelah lagi pegang Haziq (beg tgn jenis silang, beg baju anak2 aku sandang kat belakang) sambil naik tangga. Sampai je atas, masuk je rumah mesti menangis. Ye, aku menangis. Aku tak pernah handle anak2 sendiri sebelum ni tanpa bantuan hubby. Kalo ade barang yang tertinggal dlm kereta, terkedek2 la aku bersiap salin baju lengkap2 turun bawah sambil dukung anak aku td. Rumah aku xde mesin basuh, yang ade cume peti ais je. Tu pon aku beli sebab nk simpan ebm utk Arif. Dapur aku sekadar yang ade jela... janji lepas aku masak utk makan kami 2beranak (Arif belum start solid food lagi). Setiap malam sebelum tido aku basuh baju anak2 aku gune tangan je..Perabot mmg xde, sebab aku mmg plan xmo duduk lame. Nanti susah nak pindah. Tak sanggup rasenye nak panjat anak2 tangga tu saban hari. Jarak dari rumah ke office cume 5min.. :)

Satu hari kebetulan ade seorang staff berpangkat Manager kat office aku tu offer nk bagi rumah. Die xjadi sewa, sebab rumah tu besar bagi die yang nak duduk seorang je. Baik sewa rumah flat katenya, xsunyi sgt. Memang dari hari pertama aku kat office tu aku da bertanyakan rumah sewa. Rumah kampung pon xpe, asalkan bertanah..Rezeki aku barangkali, dpt la aku rumah tu. Rumah teres dengan kos sewa RM500 sebulan. Tapi jauh la sikit dengan office, jauh pon xjauh mane sgt...15min je nak sampai office. Haha. Haziq dan Arif aku hantar rumah mak sedara aku. Aku da tny awal da mtk die jagakan anak2 aku, tp time tu die da ngasuh 2 org. Kebetulan lepas tu, mak budak2 yang 2org tu pindah sekolah (cikgu), jadi mak sedare aku ni offer la nk jagekan...lega rase. Da setel bab panjat rumah n anak2.

Tapi...tapi...tapi... lepas aku pindah rumah baru, aku perasan yang rumah tu byk nyamuk. Haziq sampai tak boleh tdo. Esok nye aku g kedai kain cari kain net (sebab aku hanye pandai handle kain..huahuahua), g hardware cari stapler jenis tembak. Tutup2 lubang yang ade. Mlm tu dpt la tdo dengan aman. Tapi 2 ari lepas tu aku disahkan denggi. Dan tahap denggi aku adelah diparas bahaya jadi aku ditolak je zon merah. Seram bile tengok wayar berselirat. Tangan kiri kanan kne cucuk jarum.. Time tu mcm separa sedar je.. Anak2 aku tinggalkan rumah umie. Dan tatkala aku sakit kat hospital hubby diserang batu karang..Ya Allah...Ujian apekah ini. Aku rase macam tak mampu nak risaukan tentang diri sendiri sebab memikirkan hubby pon sakit kat Penang. 6 hari aku dlm wad, menangis sb xdapat jumpa anak2... Punye la merayu ngan doctor, akhirnye doc bagi aku balik, dengan janji yang aku kene g hospital utk drip antibiotik 3x sehari. Baiklah, janji aku dpt cium anak2...,rindu..






...................to be continue.............
(menaip sambil menangis)

Monday, February 23, 2015

D.I.Y. ~ Makeover Almari Lama

Salam semua,

Saje nak share ngan korang projek DIY aku minggu lepas.

Almari ni penyewa lame tinggalkan. Aku memang tak berniat nak beli perabot [niat nak cepat2 dapat keje kat Penang...Nak balik Penang balik..huaarrgghhh]. Jadi aku makeover jela almari yang sedia ade ni.

 Almari dalam bilik ke-3
[abaikan dinding yang comot tu]


Cabinet Dapur


Wallpaper ni beli kat Mr. DIY. Segulung RM8.50.

Then proses balut membalut ikut kreativity sendiri..hehe.
[xdpt nak snap gamba sebab kene buat cepat2, hero 2 orang tu rajin menolong]

v

v

v

v

v

v

v

v

 Selepas 'dimekapkan'. Aku beli tikar getah untuk jadikan alas sebab tahan lasak sikit.


Selepas 'dimekapkan

**sori tak dapat nak combine gamba. PC office baru ni xleh nak d/load software.   :'(
Tak la wow sangat pon, tapi jadilah..tak sakit mate aku tengok.



Nota kaki :-  Mencari idea deco yang simple2...sesimple yang bole..~


(◕‿◕✿)

X.O.X.O.