Nuffnang Adds

Thursday, November 26, 2015

Barut Bayi

Menerima tempahan barut bertali

Ciri-ciri :-
  • Menggunakan material 100% cotton. Tidak panas dan sangat selasa dengan kulit bayi.
  • Jahitan yang sangat kukuh kerana dijahit luar dan dalam.
  • Mempunyai lengkung dibahagian belakang bagi mengelakkan barut daripada terkena najis.
  • Size yang besar, bayi boleh pakai lama.
  • Sesuai dijadikan hadiah.
  • Corak boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan. Tempoh siap antara 3-4 hari bagi quantiti kurang 10helai.












Size : +/- 21" x 6"

Harga : RM 6 sehelai

Untuk tempahan, whatsapp 010-4048540.









Tuesday, November 24, 2015

Resipi Kek Batik Anti-Graviti

Salam semua,

Da lama kan aku xshare resipi. Aku ni klo ade video deco kek kat fb, mesti aku nak tengok. Suke! Padehal nak buat kek memang xreti. huhu. Mase tengah tengok tu, mesti Haziq ni pon sibuk nak tgk skali.

Pastu selalu cakap "ermmm....shedap nye kek. Ibu, nak kek..nak kek..macam tu, shedaapp" .
"Ok, nanti ibu g kedai beli bahan2 die dulu ye. Nak macam ni?"
"Yeyeh..yeyeh, nak kek.." (sambil senyum yang tak dapat aku gambarkan kan)

Ko rase, takkan aku nak dok saje kalo da itu permintaan die kan. Malam tu, sambil baring2 terngiang2 ayat Haziq tu. Nak buat kek xreti, aku reti buat kek batik je. Ting! Buat kek batik, pastu deco konon2 macam yang dalam video tadi (konon). Berangan tu wajib walaupon hasilnye belum tentu lagi.

Petang esoknya balik keje terus singgah kedai, beli ape2 yang patut.
Ni aku sharekan bahan-bahan die.



Bahan-bahan kek:-

  • Biskut Marie sebungkus
  • Buttercup (setengah)
  • Nescafe (satu sudu kecil)
  • Milo / serbuk koko 
  • Telur sebiji
  • Susu pekat (1/2 tin)
Hiasan :-
  • M&M dan Nips
  • Coklat masakan


Cara-cara :-

  • Dalam kuali, masukkan butter. Cairkan.
  • Masukkan telur (kacau dulu) dan susu.
  • Kacau sebati, jangan bagi berketul. Lepas tu masukkan milo dan nescafe.
  • Da sebati, masukkan biskut marie yang dipatahkan.
  • Gaul sebati, masukkan dalam loyang. Lapik dulu loyang tu dengan plastik. Nanti senang nak keluarkan.
  • Padat2 kan dalam loyang tu. Lepas tu masuk peti ais. da keras sikit, keluarkan dari loyang. Sekarang da bole deco.
    ****************
  • Cairkan coklat masakan. Gune teknik double boiler.
  • Cucukkan lidi (aku aku chopstick pakai buang tu).
  • Lepas tu gunakan coklat tadi jadi gam, lekatkan m&m tu satu-satu. kat kek. Susun bagi nampak cantek sikit.
Dan hasilnya...........................


***



*****



*******



**********






Gini??? 

Hmm... Nampak sangat aku tak berseni. huhu.
Tapi kan, walaupon rupenye meleleh2 selekeh gini, rase die sedap tau (mengikut skala deria rasa Haziq) ngeh3....


Hubby kate, kek sedap, tapi deco kureng...Tak pe, aku xkecik ati pon. Yang penting sedap kan. Berani cakap tak sedap, alamat tido luar la kamu...huhu...

Ni cubaan kali pertama, mane bole buat2 terus nak jadi kan? nanti nak buat lagi. Bile-bile...sebab Haziq suke. Rasa pon tak manis sangat..



Nota kaki :- Tak reti tak pe, yang penting rajin usehe...Nanti lame2 reti la. kan3..



(◕‿◕✿)

X.O.X.O.



Saturday, November 7, 2015

Aku Tewas~

Salam Semua,

...............................ok, sambung cerita haritu.............


Selama 6 ari aku kat ward, aku mmg xlalu makan...minum air manis pon xlalu. Macam ni rupenya rasa demam denggi. Demam tu da semestinya la, suhu cecah 40 darjah celcius. Berdiri pon pening2, rasa mcm atas kapal je. Sepanjang tempoh aku warded tu aku try jugak pam susu, tapi disebabkan aku xmakan ape, hanya bergantung pada air kosong semata2, jadi susu aku drop mendadak...Satu lagi bende yang bole buat aku down..Nasib baik stok ebm aku cukup time tu. Bile da kuar wad, aku mula balik dari bawah...Mula kumpul balik walaupon sikit. Dulu pernah 8oz sekali pump, then drop 1.5oz sekali pump...lama2 naik balik, 4oz sekali pump..Tapi sehari aku cume mampu bekalkan 8oz je,. Tapi xlama lepas tu susu aku drop balik..Stress agaknye..Aku da xmampu nak bekalkan ape2, cume mampu direct feed je bile balik kerja..Arif stop menyusu waktu usianya baru 10bulan..Sedih!

Hubby pernah mintak nak tolong jagekan Haziq kat Penang sb die kesian tengok aku harung jaga anak sorang2. Tapi aku tak sanggup nak jauh ngan Haziq. Sungguh xsanggup, walaupon aku konon2 mcm da tekad packing beg Haziq, konon bole balik same2 ngan hubby nek bas. Akhirnya aku tewas dengan naluri keibuan aku. Biarlah aku susah, asalkan anak2 ade depan mate.

Yang paling aku kesian, bile aku pisahkan Haziq dengan abah die. Haziq memang manje sangat ngan hubby, dulu2 tiap petang hubby bawak Haziq meronda naik moto, gurau2 ngn Haziq, tapi bile Haziq dengan aku, aku focus kat adik je. Yela, Arif baru pandai merangkak. Jenuh nak kepong, sedangkan Haziq jugak perlukan perhatian dari aku. Tapi aku plak balik keja selalu marah2 Haziq. Sumpah sampai sekarang aku rase menyesal sebab selalu ketepikan die. Tantrum die menjadi-jadi. Aku pergi mane2 pon mesti ade saje mate yang menjeling dan menggeleng tengok teletah Haziq. Sedih tau tak! Time tu aku sedar yang Haziq kurang perhatian, kurang kasih sayang sebab tu die selalu tunjuk perasaan.

Berat sebenarnya tanggungjawab aku bila terpaksa PJJ ngan hubby. Bukan semua orang mampu nak PJJ. Aku tabik spring pada mak2 yang PJJ ngn hubby. Dan aku tewas, akhirnye terpaksa ku lempar jugak resign letter..Aku tewas bile Haziq ngan Arif bergilir2 demam. Aku nak pergi klinik tengah2 malam xberani, kang takut ade yang aim plak. Lagi aku tewas bile Haziq tido pelok hp (wallpaper pic hubby).

Bukan mudah untuk aku buat keputusan berhenti kerja. Lagi2 aku belum dapat tawaran kerja dari mana2 company. Tapi demi keluarga, demi anak2 aku tabahkan hati. Allah pasti akan ganti yang lebih baik. InsyaAllah.

Ini la nasib kami yang kerja dlm sektor pembinaan ni. Terpaksa ikut projek. Berpindah randah. Sekian.



Nota kaki :- Pssstt....lebih aku tewas bile hubby kate die sunyi. Hah, bab ni aku paling takut. Dari bende yang aku xnak terjadi, ade baiknye aku benti keje balik kepangkuan suami. hahaha



(◕‿◕✿)

X.O.X.O.


Thursday, November 5, 2015

Come Back (Post Tanpa Gamba)

Salam semua,

Hah ko, da lame xbersiaran nk buat come back ala2 retis..pellliss (tangan di bahu mate ke langit).
Setelah mendapat sedikit suntikan semangat dari seseorang, terus aku menaip dgn lajunye.. haha. poyo!

Untuk makluman, aku da blik ke Penang. Yeay..Pulang ke dakapan suami (ahaks). Tak pernah aku ceritakan di mane2 macam mane aku harung hidup kat KL selama 8bulan tanpa suami. Perit jerih aku tanggung sendiri.

Aku mulakan dgn kisah aku awal2 dpt kje kat KL. 2bulan pertama aku duduk rumah flat sebab area aku sgt susah nk cari landed house. Kalo ade pon sewa paling murah RM850. Ini mmg diluar kemampuan aku. Lagi2 kos rumah sewa kat sini aku kne bayar sendiri (sebab hubby xmampu nk bayar 2 rumah). Arif time tu belum pon 6bulan. Aku dpt sewa RM500 sebulan. Ok la (bayar rumah sendiri pon xsampai 500). Owh, harus aku highlight kan, aku sewa rumah flat tingkat 4, xde lift. Anak2 aku hantar kat taska bawah rumah je.

Setiap hari aku akan dukung Arif, tangan sebelah lagi pegang Haziq (beg tgn jenis silang, beg baju anak2 aku sandang kat belakang) sambil naik tangga. Sampai je atas, masuk je rumah mesti menangis. Ye, aku menangis. Aku tak pernah handle anak2 sendiri sebelum ni tanpa bantuan hubby. Kalo ade barang yang tertinggal dlm kereta, terkedek2 la aku bersiap salin baju lengkap2 turun bawah sambil dukung anak aku td. Rumah aku xde mesin basuh, yang ade cume peti ais je. Tu pon aku beli sebab nk simpan ebm utk Arif. Dapur aku sekadar yang ade jela... janji lepas aku masak utk makan kami 2beranak (Arif belum start solid food lagi). Setiap malam sebelum tido aku basuh baju anak2 aku gune tangan je..Perabot mmg xde, sebab aku mmg plan xmo duduk lame. Nanti susah nak pindah. Tak sanggup rasenye nak panjat anak2 tangga tu saban hari. Jarak dari rumah ke office cume 5min.. :)

Satu hari kebetulan ade seorang staff berpangkat Manager kat office aku tu offer nk bagi rumah. Die xjadi sewa, sebab rumah tu besar bagi die yang nak duduk seorang je. Baik sewa rumah flat katenya, xsunyi sgt. Memang dari hari pertama aku kat office tu aku da bertanyakan rumah sewa. Rumah kampung pon xpe, asalkan bertanah..Rezeki aku barangkali, dpt la aku rumah tu. Rumah teres dengan kos sewa RM500 sebulan. Tapi jauh la sikit dengan office, jauh pon xjauh mane sgt...15min je nak sampai office. Haha. Haziq dan Arif aku hantar rumah mak sedara aku. Aku da tny awal da mtk die jagakan anak2 aku, tp time tu die da ngasuh 2 org. Kebetulan lepas tu, mak budak2 yang 2org tu pindah sekolah (cikgu), jadi mak sedare aku ni offer la nk jagekan...lega rase. Da setel bab panjat rumah n anak2.

Tapi...tapi...tapi... lepas aku pindah rumah baru, aku perasan yang rumah tu byk nyamuk. Haziq sampai tak boleh tdo. Esok nye aku g kedai kain cari kain net (sebab aku hanye pandai handle kain..huahuahua), g hardware cari stapler jenis tembak. Tutup2 lubang yang ade. Mlm tu dpt la tdo dengan aman. Tapi 2 ari lepas tu aku disahkan denggi. Dan tahap denggi aku adelah diparas bahaya jadi aku ditolak je zon merah. Seram bile tengok wayar berselirat. Tangan kiri kanan kne cucuk jarum.. Time tu mcm separa sedar je.. Anak2 aku tinggalkan rumah umie. Dan tatkala aku sakit kat hospital hubby diserang batu karang..Ya Allah...Ujian apekah ini. Aku rase macam tak mampu nak risaukan tentang diri sendiri sebab memikirkan hubby pon sakit kat Penang. 6 hari aku dlm wad, menangis sb xdapat jumpa anak2... Punye la merayu ngan doctor, akhirnye doc bagi aku balik, dengan janji yang aku kene g hospital utk drip antibiotik 3x sehari. Baiklah, janji aku dpt cium anak2...,rindu..






...................to be continue.............
(menaip sambil menangis)