Nuffnang Adds

Thursday, December 3, 2015

Telekung Busuk!!

KISAH TELEKUNG BUSUK


Saya malu nak buka cerita ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang menyedihkan ini.

Begini. Satu hari saya pergi party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun. Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat. :'(

Party Harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahan.

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.
Keluar sahaja dari bilik air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!
Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

AIR MATA saya hampir menitik ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!
Hiba sungguh hati ini. Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

Hati ini terdetik.

Ya Tuhan.
Ketika kau kurniakan kemewahan dunia kepada sahabat ku ini, sejadah dan pakaian solatnya masih busuk buruk lagi doif. Di manakah letaknya IBADAH SOLAT di dalam list penting sahabat ku ini? Tidak malukah menghadap Tuhan Pencipta di dalam keadaan doif sebegitu?
Inilah realiti kehidupan kita di bumi Malaysia !!!
Kita mewah dunia. Miskin akhirat.
.
.
ALHAMDULILLAH.
Walaupun ketika itu rumah saya flat. Namun kami pastikan telekung kami sentiasa dalam keadaan tip-top. Setiap orang pasti ada 2-3 pasang telekung. Ada satu masa, hari raya, kami mampu hadiahkan semua mak sedara dan cousin perempuan sepasang telekung baru.
Ketika saya menulis ini, Allah telah kurniakan kami sedikit kemewahan. Kami kini tinggal di rumah kondo. Maka, kami juga telah upgradekan telekung kami. Sekarang kami sudah mampu beli telekung yang berharga RM200-300.  Alhamdulillah. Syukur.

Mungin sahabat semua boleh fikirkan sejenak...
Kita mampu membeli jubah raya RM200 sepasang, dan kita beli sampai 2-3 pasang, kasut designer RM200, jam tangan import RM300. Kita mampu beli henfon berharga RM2000. Renovate rumah puluh ribu. Namun. Namun, telekung solat kita ada yang sudah 5 tahun tidak berganti. AllahuAkbar.

Mulai sekarang, kita switch style kehidupan kita. Boleh?
Apa kata...
Jika kita mampu belli 3 jubah yang dipakai hanya sesekali sahaja sebulan. Apa salahnya kita mempunyai 3 pasang telekung untuk digunakan setiap hari. Setiap 2 minggu, tukar telekung baru. Mudah kan?

"Sesungguhnya, ketika bersolat, yang kau temu ialah RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah pakaian solat mu ketika bertemu NYA, Pemilik Khazanah dunia dan akhirat."
PS: #SHARE cerita ini untuk kita sama-sama mengingat sesama umat. Semuga ibadah solat kita semakin hari semakin baik dan bermutu.
AAMMIN.

#KesahTelekungBusuk
Cerita ini di tulis oleh seorang penulis iaitu Puan June Mohd Som.
Terima kasih kepada beliau, semoga cerita ini menjadi ikhtibar buat kita semua....
In sya ALLAH...




********************************************************************************


Baru2 ni kisah telekung busuk ni da jadi viral..
Ni ulasan aku... 
(masing-masing ade pendapat sendiri...ini pendapat aku..mungkin dari sudut pandangan yang berbeza dengan kalian atau penulis kisah ini)


Umie ade banyak telekung. Dari yang berwarna putih, bersulam hinggakan yang berwarna. Tapi Umie ade satu telekung pebret. Pelapik bawah dagu tu da berbintik bercendawan. Aku selalu tgk umie solat gune telekung tu. Pernah satu hari tu aku pinjam telekung umie, terkejut aku tgk bintik2 kat pelapik dagu tu. Tapi bila aku sarung tak la pulak bau kepam. Elok je wanginye. Usai solat aku tanya umie kenapa umie selalu pakai telekung tu. Umie jawab sebab telekung tu umie sayang. sedap pakai. Ikut muke umie (aku pakai sempit sikit tang muka sebab muka umie agak kecik dari muka aku). Lepas tu aku tny lagi, kenapa pelapik bawah dagu bintik-bintik macam tu. Ini jawapan umie...

"Jangan lap air wuduk. Biarkan kering sendiri. Air wuduk tu la penyeri muka kita."

Nak tunggu air wuduk tu kering sendiri mungkin ambil masa kan, jadi umie sarung terus telekung. tang pelapik dagu tu selalu lembab dek air wuduk. Lepas solat umie selalu lipat telekung dlam sejadah. Mungkin kat sini silap umie, sb tak gantung anginkan telekung tu. Lame2 tempat yang lembab tadi naik bintik2. Tapi umie kate tak pe, nanti kat akhirat mulut kite di kunci, yang akan menjawab adelah anggota badan dan benda2 di sekeliling kita. Bintik2 kat telekung akan menjadi bukti di akhirat nanti. Waallahua'lam...

Kepada pencerita kisah di atas....,

Kite mungkin selalu bandingkan gaji, harta, anak2 dan segala benda duniawi...Tapi jangan la sesekali kite membandingkan amalan kita pada Si Pencipta. Itu adelah antara kita dengan Dia. Kite mungkin tak tahu, itu mungkin telekung kegemaran si tuan rumah. Sejadah lame tu mungkin sejadah peninggalan dari orang yang tersayang (umie masih pakai sejadah arwah atok yang nipis mcm kain tu..sejadah dulu2). Kite tak tahu, mungkin dengan harta yang dia ade, dia da wakafkan berhelai2 sejadah dan telekung di masjid2 @ surau..KITA TAK TAHU.

Jangan la kita begitu riak menayang telekung yang harganya ratusan ringgit.. Jangan dengan niat ingin menegur, timbul pula sifat riak dalam diri.. Jangan kerana telekung die lusuh, kita nilai segala amalan dia. Jangan kerana kita mampu, harus kita ceritakan pemberian kita pada orang.

Sekadar renungan..

Aku tak nak ulas lebih, nanti ade plak yang kecam aku..huhu.. Aku pon bukanlah baik sangat.



Nota kaki :- Adelah lebih baik bawak telekung sendiri, simpan dalam kete. Nak lebih mudah, carilah baju 'ready to solat'..Sekarang da banyak jual kat pasaran...


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.


3 comments:

me.ronazil.ab said...

Salam, saya setuju dgn awak, sy pn ada telekung yg lama yg warnanya dah tak cntik, tapi itu lah pling selesa, sama gak ngan sejadah. Beli tekekung 2 or 3 helai yg baru pun tak selesa mcm yg tu. Bintik2 blh clorox.

Nadiah Hanum said...

Salam..menarik sungguh entry ni..mengajak saya berfikir sejenak..:) Tapi apapun eloklah kita berbaik sangka..janganlah menilai ibadah seseorang melalui keadaan telekungnya..wallahualam..

farazbaars said...

The Casino at The End of the Road, Queens, NY - MapYRO
The Casino at The End 경상남도 출장마사지 of the Road, Queens, 의왕 출장안마 NY 포천 출장샵 - MapYRO is a free-to-play casino 인천광역 출장샵 in New York. Play Blackjack, Roulette, Video 청주 출장샵 Poker and Vegas style slot machines.