Assalamualaikum anak ibu...,
Haziq,
Sewaktu ibu belum mengandungkanmu,
ibu berjumpa doc utk rawatan kulit muka ibu.
Doc menyarankan ibu memakan sejenis pil yang akan melemahkan hormon ibu.
Ibu tidak dibenarkan untuk mengandung dalam tempoh rawatan 3bulan.
Sayang, andai ibu diberi pilihan untuk licinkan kulit atau mengandungkanmu,
Ibu telah memilih untuk mengandungkanmu...
Haziq,
Sewaktu ibu mengandungkanmu,
berat badan bertambah sebanyak 21kg.
Ibu tau, 21kg tu terlalu berat. Mungkin da sama beratnya dengan sekor anak lembu.
Sayang, andai ibu diberi pilihan untuk berbadan langsing atau berbadan gemuk kerana mengandungkanmu,
Ibu memilih untuk mengandungkanmu...
Biarlah ibu kehilangan bentuk asal badan ibu,kerana ibu tau, betapa nikmatnye menjadi seorang ibu,
38minggu Haziq bersama ibu,
menemani ibu ke mana sahaja ibu pergi,
Kite berkongsi makanan, berkongsi perasaan...
Malah Haziq dapat mendengar degupan jantung ibu barangkali..
Haziq,
Sewaktu ibu menahan kesakitan daripada kontraksi,
ibu menjadi tak keruan..Ibu tak tidur sepanjang malam dari malam sebelum ibu bersalin sampai ke maghrib keesokannya.
Sayang, andai ibu diberi pilihan untuk tidur lena atau bertarung melahirkanmu,
ibu memilih bertarung melahirkanmu.
Kerana setiap kesakitan yang ibu rasakan sewaktu melahirkanmu adalah nikmat sepanjang hidup ibu yang tak dapat luahkan dengan kata-kata kepada sesiapa. Saat ibu mendengar tangisan pertamamu itu adalah saat paling bahagia ibu bergelar wanita.
Haziq,
Andai ibu diberi pilihan untuk tidur atau berjaga 2-3 kali semalam untuk menyusuimu,
Ibu memilih menyusuimu,
kerana setiap titisan susu yang mengalir di kerongkongmu itu adalah kasih sayang yang akan mengenyangkan perut kecilmu itu.Sayang, maafkan ibu kerana tidak dapat memberikan Haziq susu ibu sepenuhnye..tapi ibu sedang berusaha sayang.., agar ibu dapat menyusukan Haziq selama yang ibu mampu.
Haziq,
Andai ibu diberi pilihan untuk hidup mewah tanpamu atau hidup sederhana bersamamu,
ibu memilih hidup serba kekurangan asalkan ibu tak dipisahkan darimu...
Percayalah sayang, ibu akan sentiasa mengutamakan Haziq dalam segala hal..Ibu sayang Haziq....sangat2.... =)
Nota kaki : Sayang Umie sangat2...
(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
1 comment:
pesan mak aku, walau macam mana pun hidup... jgnla berpisah dgn anak, biarlah kita sendiri menjaganya... biarlah kita sendiri yang merasa susah payahnya membesarkan anak sendiri. utamankanlah dia. semoga dia membesar menjadi khalifah Allah yang agung di muka bumi ini...Amin
Post a Comment