Nuffnang Adds

Monday, June 25, 2012

Monday Bluess~

Salam semua,

Entry kedua untuk hari ni. Oh.., aku adalah sangat ade mood untuk mengupdate blog hari ni sebab mood hari ni adalah sangat baik.  =)

Semalam aku aim nak siapkan 3 beg. Nak siapkan tempahan, then aku boleh focus nk buat beg utk jual plak. Nak raye da ni.., kene cari duit lebih sikit. Tapi ntah ape la masalah dengan mesin jahit aku tu.., jahit sikit benang putus2. Sampai da hilang sabar aku. Tak pasal2 mesin tu da makan penampar aku..Aku pon biol..tu mesin kot, nak rase aku. Alih2 tangan aku yang sakit. Padan muke aku...huhu..

Pas maghrib aku sambung jahit lagi beg aku y tergendala tu. Hasilnye tetap same - benang putus2. Hubby pon tolong la belek2 kan ape2 yang patut. Tak sanggup agaknye die dengar aku dok bebel sorang2 dlm bilik tu. Tak berhasiljugak. Then hubby sarankan aku tukar jarum y lebih besar sikit dari size biasa. Aku memang aku banyak stok jarum dengan pelbagai size. Yela, jarum asyik patah je..huk3..Bile da tuka jarum besar, barulah jahitan aku nampak kemas. Huk3...Malunye aku ngan hubby. Size jarum tu tak sesuai dengan ketebalan material y aku gune. Haish. Apelah Tiem!

Ni la hasilnye..2 biji beg yang telah aku siapkan. Aim 3, siap cume 2..Jadilah...Kan3...

Tempahan dari kakak ipar & biras


Nota kaki :- Nak cari duit lebih. Rezeki tak datang bergolek kalo kite tak cari..

(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.

Auchhh!! Bayiku menggigit!...

Salam Semua,

Mood menulis aku da kembali..yeay..

Semalam seharian aku habiskan mase dengan si kecik kat uma...Golek2, buli2. Warrgghh..Bahagia nye rase bile da ade baby.. Hari ahad, walaupon hubby tak de kat uma, tak rase nak g mane2 pon. Lepak2 layan si kecik tu lebih bermakna.. Oh, my life is totally changed. =)

Semalam for the first time kne gigit dengan Haziq. Aktif sangat. Da pukul 1 pagi pon tak tido2 lagi. Da tutup lampu sume pon masih merayap lagi. Panjat sane, panjat sini. Saba jela. Then macam biase, aku amek die, pelok kuat2 n masukkan Cik N dlm mulut die. Harap2 die menyusu dan terus tertido, as usual. Suddenly he bites my N! Auch. Sakit ok. Mentang2 gigi da tumbuh 4 batang. Da pandai menggigit ye. Bile aku menjerit, die pandang aku, muke macam terpinga2.., terkejut agaknye. Then die gelak terbahak2 n sambung gigit balik. Bile aku jerit die gelak. Aduyai... Walaupon sakit, tapi aku suke tengok die gelak. Happy sangat. Then terpakselah aku lepaskan die dari pelukan aku. Tak tahan aku klo kne gigit lagi. Sakit woooo...huhu. Lepas tu tak puas hati, sambung gigit hidung aku pulak. Adey..

Pagi ni aku search kat Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) cara2 nak tangan ni baby menggigit..Dan ini la hasil yang aku dapat...Saja nak kongsi ilmu dengan pembaca sekalian..

  1. Alihkan bayi drpd payudara secara perlahan-lahan sambil berkata "jgnlah gigit mama sayang" atau "ibu sakitla".Walaupun ketika itu kita mungkin naik angin.
  2. Lekapkan muka bayi kearah payudara.Ini merupakan salah satu cara.Kaedah begini secara automatik akan menyesakkannya.jika anda kerap melakukan langkah ini,lama kelamaan bayi akan faham jika dia menggigit dia akan dia akan mengalami perkara ini.
  3. Ulangi langkah pertama dan kedua sekerap mungkin bg mbolehkan bayi faham dgn mesej  yg ingin kita sampaikan.jika dia berterusan menangis,masukkan jari masukkan jari kelengkeng ibu bg membolehkannya menghisap jari ibu sblm menyuskannya sekali lagi.
  4. Seharusnya diawal sesi penyusuan ibu sendiri perlu mengelakkan diri drpd gigitan bayi.Ini dpt dilakukan dgn mengenal  pasti penyebab bayi menggigit.Adakah ia berlaku krn dia kecewakrn tidak memperolehi susu yg diingininya.
  5. Diakhir penyusuan,sekali lagi dpt mengelak diri drpd digigit dgn mengetahui samada dia suka mengigit apabila sudah mengantuk krn kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas drpd mulutnya. Jadi,ibu perlu peka dan menghentikan penyusuan dr kebiasaanya.Namun,pastikan dia benar-benar sudah kenyang!
  6. Pelajari cara dan gaya bayi menghisap. jika dia masih kecil fahamila,bahawa dia masih dlm proses pembelajaran utk menyusu dgn betul.Sebetulnya ibu sendiri perlu mberikan keselesaan kpdnya ketika menyusu.Betulkan posisi ketika menyusu.
  7. Periksa dan teliti corak pernafasannya.Jika bayi anda selsema atau hidungnya tersumbat keadaan ini memberi kesan kpd cara dia menghisap dan boleh menyebabkannya menggigit.
  8. Berikan bayi sesuatu yg boleh digigitnya sebelum dan diantara waktu menyusu.gunakan teether,mainan beku ataupun tuala kecil yg telah dibekukan.Kesemuanya sgt bagus utk digunakan sbg alternatif mengelakkan diri drpd terus digigit bayi.Alat-alat ini dpt memenuhi keperluannya yg ingin  menyunyah sesuatu bg menghilangkan kegatalan gusinya.

Harap info ini berguna untuk semua. Pada pembaca lelaki, tak yah malu2 nak bace. Ilmu ni korg bole share ngn wife @ further wife korang...


Nota kaki :- Tak saba nak balik.., nak gigit budak busyuk!

(◕‿◕✿)
X.O.X.O.

Wednesday, June 20, 2012

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN...~

Salam semua..,

Ni baru entry ke-9 aku aku post sepanjang tahun ni...Sangat tak aktif jari jemari aku menaip kan??

Ari ni aku ade mud sikit nak menaip.

Aku selalu berangan..., kalo2 satu hari nanti aku bole bukak bisness sendiri..Teringin rasenye nak bukak kedai jahit... Aku suke buat bisness xkire la walaupun dengan hanya menjual nasi lemak sekali pon..Bisness gak tu.., dan perniagaan adalah satu pekerjaan yang dituntut oleh Agama..

Dulu, aku sibuk dengan tempahan kad kawen & manik baju, macam entry ni, tapi sekarang aku lagi suke buat beg & baju budak..Biar la orang nak kate ape..., aku da minat... Minat y boleh dijadikan side income...Kan3? Ni contoh hasil beg yang aku da buat... :-








Harap2 satu hari nanti aku boleh kembangkan bisness aku...."Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku..Amin.... "


(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.
Nota kaki :- Sesape nak tempah amatlah dipersilakan..  =p