Nuffnang Adds

Labels

Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

Ekspres Rakyat - Penang-KL-Penang

Salam semua....

Selamat hari ketiga pada bulan kedua di tahun yang baru...
Haha, nampak tak...berape lame aku da xupdate..Kesibukan yang melanda berganda-ganda sejak kerja kat tempat baru ni. Ditambah pulak Haziq yang da sekolah, rutin harian aku sedikit berubah.

Aku nak share pengalaman aku handle anak2 balik KL naik keretapi. Ni adelah kali pertama Haziq and Arif naik keretapi. Da banyak kali Haziq ajak naik keretapi, tapi ade saje halangan. Kali ni baru merase. Tu pon Hubby tak dapat ikut sekali, sebab tak cuti.. =(

Asalnya aku nak naik ETS, tapi tiket semendang abis..huh. Jadi aku ambil la Tren Ekspres Rakyat. Tu pon Kelas Superior da penuh. Terpaksalah ambil Kelas Permier (1st Class).




Harga tiket :-

  • Dewasa (aku) : RM65
  • Kanak-kanak (Haziq) : RM37
  • Iman : FOC
Coach ni sangat selesa bagi aku 3 beranak walaupon cume bayar untuk 2 seat je. Ruang kaki luas. Owh, lupe plak nak gtau, coach ni 3 seater tau. Seat pon boleh rebah. Kalo rase2 nak tido memang selesa. Seat pon besar. Puas hati ko bayar harge tu.
 
Nak lunjurkan kaki pon selesa..

Pastu nanti ade pelayan datang bagi kek pisang + air mineral sorang satu. Da include dalam harge tiket la kot. sebab tu mahal. huhu. 


Bertolak pukul 8.20am, sampai KL pukul 1.15pm. Bagi aku ade baiknye perjalanan di awal pagi ni, Anak2 masih bertenaga.. Seronok dorang bangun pagi2. Excited macam pagi raye plak aku tgk. hihi. Lagipon jalan waktu pagi anak2 bole tgk luar.







Sebenarnye meraka cume bertahan selama sejam je..Lepas tu dua-dua tido. Sedap tdo kot goyang2 macam kne buai. huhu. Plus, dorang kan bangun awal pagi tu...


Disebabkan tren ni xberhenti kat stesen2 kecil, maka haruslah aku turun kat KL Sentral. Sampai je KL Sentral umie da tunggu. Jadi balik la same2 naik komuter ke Kuang. Tak la aku rase susah sangat perjalanan aku ni. Hehe...

Balik ke Penang balik aku ambil coach kelas superior.. Harga tiket adelah sedikit murah.
  • Dewasa : RM 33
  • Kanak-kanak : RM 21
4 seater, seat adalah sedikit kecil berbanding kelas premier. Seat pon x boleh rebah, sian anak2 aku tido tak selesa. Haziq merengkuk tdo atas riba aku. Tapi kaki die panjang, berlipat2 aku tgk..sian dia. Arif plak tdo dalam pangkuan aku. kebas oii. Arif tu sado. Tapi aku xkisah pon nak meriba anak, aku rasa lebih selamat.

Nak balik Penang pon aku tak rase susah sangat, Abie n Umie hantar sampai KL Sentral, naik komuter ramai2 (da terlalu lama rasenya aku tak naik komuter..huhu). Sampai Penang Hubby da tunggu.. Sepanjang perjalanan pon anak2 ok, Alhamdulillah.. Ape tak ok nye, tido je... Sejam jugak nak kejutkan 2-2 bangun..

Masuk je kereta Haziq kate "nanti nak naik train lagi taw"...ok sayang.  =)



Nota kaki :- Bile kali terakhir korang naik komuter? huhu



(◕‿◕✿)


X.O.X.O.






Tuesday, September 24, 2013

Jakarta-Bandung : Part 1 : Perbelanjaan Kasar

Salam semua,



Sepatutnya balik-balik Malaysia je aku terus update...Tapi tak larat hokei...Penat sangat.. Masuk-masuk office terus kalut ngn kerja yang ditinggalkan..

Ok, ritu aku pernah up kan pasal passport kan..Rini aku nak share overall persediaan yang korang kne buat..1 by 1.

Lepas je korang book tiket flight, terus book hotel pulak ye...Aku search kat Agoda je..senang. Kalo korang tak nak, boleh la book flight + hotel...Atau pon kalo korang nak amek ground pakej pon senang jugak...Yang penting, sediakan ajelah duitnya ye....

Aku tak amek pakej, sebab nak jimat...Tak mampu..Haha..mahal. Ktorag try cut cost...


Nampak? Ground pakej termasuk hotel + transport = RM2490 untuk 3 orang.. Takkan aku nak bayar harga untuk seorang je pulak kan? kejam beno namenye tu...
Jadi untuk lebih jimat, aku spend sikit mase untuk search dan dan study sikit.

  Aku pon punye la gigih study...


Meh aku share kan sikit belanjawan aku mase pergi Bandung ritu. Bagi korang yang kali pertama pergi [macam aku jugak], aku harap entry ni dapat membantu...

  1. Survey tiket flight...[aku naik MAS sebab Air Asia tak de promo time tu]. KL-Jakarta return flight RM 423 seorang. Mahal! Sile beli tiket promo...
  2.  Hotel 2 malam di POP Hotel! dan 2 malam di Hotel Kenangan. Total kasar 110/ malam.
  3. Jakarta-Bandung naik bas [Primajasa] RM 27 seorang. [MAS tak de g Bandung, so kene turun Jakarta]
  4. Mase kat Bandung, kami bergerak naik teksi...Tapi nak cari teksi kaler biru tulis Blue Bird tu lambat sikit, jadi tahan je la teksi warna ape2 pon..Siyes, kene kapak..Esok nye kami naik 'angkutan kota' je.. Ala, van yang macam dalam cerita sinetron tu.. Bagi aku tak la teruk sangat. Ok je naik van tu..Dan van tu takkan ambil penumpang da kalo seat da penuh. Tambang die memang murah. Sekali naik baru 80 sen..Ye, 80 sen. Daripada naik teksi, kitorang pernah kene kapak sampai RM40. Ntah mane2 hale die bawak pusing, tau2 cas RM40. Memang tak logik!!
  5. Hari terakhir nak balik ke Jakarta naik MPV sewa...RM200 untuk satu MPV, dan tersangat la selesa ok. Supir tu hantar betul2 sampai depan pintu masuk airport. Kalo nak naik ketapi pon boleh, RM30 seorang. Tapi barang kene angkut sendiri la...
  6. Makan : sepanjang kat Bandung ni, makanan halal tak de masalah. Majoriti nye beragama Islam...tapi ko kene tengok2 jugak la, jangan main bedal je. Harga makanan kat sini lebih kurang je dengan harga di Malaysia. Kire ok la...
  7. Sediakan duit tambang teksi je lebih2 sikit kat sane. Klo nak senang, sewa la kereta. Sehari RM130 termasuk minyak, parking, toll dan driver sekali..Ko nak g mane2, ko sebut je..Supir tu bawakkan..
Kawan aku cite ritu die habis RM500 je..Laki die pon RM500 jugak [lepas tolak hotel n flight]. Die pon setakat shopping untuk diri sendiri je...Aku pulak da habis RM3200 [lepas tolak tiket flight n hotel]...Ko tgk...Jauh tak beza nya...Sebabnya, aku amek stok kain pasang dan border lace untuk berniaga..Ngeee...Kopak!


Nota kaki :- Sile kumpul duit balik untuk next trip ye Tiem!




(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.
  

Saturday, August 17, 2013

Persediaan Awal Untuk Bercuti : Passport

Salam semua,

Ya Allah, da bersawang rupenye blog aku ni. Nah ko, 2minggu aku tak update. Busy..Busy..Busy.. #poyo!

Sumpah, aku tak tipu. Sibuk sikit lately..Sepanjang bulan puase ritu, 3 kali Ahad aku pergi Jabatan Imigresen kat Kulim [Kulim kan kerja hari Ahad] untuk buat passport. Tapi tiap kali aku pergi, asyik tak de nombor je...Yela, aku pergi pon da pukul 2 ptg. Pasrah jela...

Kisahnye....Umie ajak aku g bercuti ke Bandung. Sumpah, aku tak ready lagi sebenarnya sebab............................aku tak de duit. Ikhlas tak jawapan aku. Siyes, aku betul2 tak de duit. Aku baru je lepas settlekan bil peguam RM2.3K. Aku beli rumah 2nd hand, so ade dua bil, Loan dan S&P. Pandai je peguam ni adjust mase.., time2 nak raye la baru die kasi settle semua. So, melayang la duit aku laki binik [padehal memang da asingkan siap2 da duit utk peguam tu]. Jadinye raye aku tahun ni adelah ala kadar je. Kuih raye satu ape pon tak beli. Takat ade Popia Cornflakes tu je la.. Sedih kan?

Ok, cerita pasal passport tu.., sudahnye aku decide untuk buat lepas cuti raye - budget time tu tak ramai orang la kan..Ngeee...Pukul 9pagi aku da sampai Jabatan Imigresen Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sampai2 je, ramai gile orang..Haha, tekaanku melecet. Tak kire la hari ape pon, orang tetap ramai. Pukul 12 tgh ari baru turn aku. Lame. Elok Haziq baru nak terlentok je, da kene panggil. Sian die....Tapi Alhamdulillah, semua nya sudah settle...

Comel tak Haziq? Hehe....Jenuh nak suruh die duduk diam2...Tapi aku rase gamba die ni sangat comel..haha...[tak malu puji anak sendiri.]

Kami pergi berdua je....Hanya aku dan Haziq. Hubby tak ikut sebab die xcuti...Jadinya aku, Haziq, Abie dan Umie jela..Next time baru kite g same2 ye butuk2..Asalkan Hubby izinkan, orang len nak kate ape, aku memang tak peduli da..haha...


Nota kaki :- Tiket flight mahal...xde promo.  =)


(◕‿◕✿) 
 
 
 
X.O.X.O.
 
 

Monday, December 27, 2010

Langkawi - Part 2


Lagenda Gunung Raya & Gunung Mat Cincang

Salam semua,

Masih teringat2 lagi kenangan masa kat langkawi beberapa hari lepas….Sebenarmya ini bukan kali pertama aku ke Pulau Lagenda tu.., tapi ini merupakan kali pertama aku pergi bersama hubby tercinte..hehehe…tu yang excited lebih tu..yela.., sebelum ni pergi kene jimat-jimat je belanje…, tapi bile pergi kali ni aku bebas menunjuk ape yang berkenan kat mate…semuanye dari poket hubby aku..ni yang aku sayang hubby sesangat ni..hik3..opppss….terover pulak…

Boss hubby ada upah sorang tourist guard sepanjang percutian kat sane tu….Yela.., at least ade la cerita2 pasal sejarah sket….And at least ktorg pun tau la tempat2 yang menarik kat sane tu….xdelah menonong je g tempat tak de hala tuju….

Entry kali ni aku nak share la sikit ilmu tentang sejarah yang aku dapat sepanjang kat sane tu….ceh…., dulu2 cikgu suruh belajar sejarah malas…hehehe…

Mula2 aku nak share tentang mitos asal usul nama2 tempat dalam Langkawi….
Pada suatu masa dahulu, terdapat dua gergasi yang handal di Langkawi, iaitu pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Cincang. Mereka sama tangkas dan sama handal. Masing-masing pahlawan ini mempunyai seorang anak yang sudah remaja. Anak Mat Cincang perempuan manakala anak Mat Raya lelaki. Mat Cincang dan Mat Raya telah bersetuju untuk mengahwinkan anak meraka tanpa mengetahui bahawa anak lelaki Mat Raya telah berkenan pada perempuan lain. Sewaktu persandingan kedua mempelai itu bermasam muka kerana terpaksa mengikut kehendak keluarga. Tetamu yang datang cuba mencungkil rahsia disebalik kemurungan kedua-dua mempelai itu..maka kisah cinta tiga segi pun terbongkar..Mat Cincang pun mengamuk tanpa menghiraukan tetamu yang hadir…Habis bertaburan semua hidangan..tertumpahnya kuah ke suatu kawasan, makan kawasan itu dinamakan KUAH…meresapnya air ke suatu kawasan lalu dinamakan kawasan itu KISAP. Tercampaknya kuali lalu pecah di suatu kawasan, maka dinamakan kawasan itu BELANGA PECAH. Pengantin perempuan yang kecewa apabila mengatahui hal sebenarnya telah mencampakkan cincin ke suatu kawasan yang kini dinamakan TANJUNG CINCIN. Akhirnya kedua-dua pahlawan itu lari untuk bertapa di dua buah gua yang berasingan. Mereka mati di sana. Gunung pertapaan Mat Raya disebut GUNUNG RAYA. Manakala gunung pertapaan Mat Cincang disebut GUNUNG MAT CINCANG.

Sekian untuk hari ni…hehehe..Tak tau la cerita ni betul2 wujud ke x…Mungkin orang-orang Lagkawi lebih arif soal lagenda pulau yang penuh bersejarah ni….~



View from the top of Gunung Mat Cincang

nah....tgk sdr....hehehe...

Posing b2..hehehe


Tinggi...Gayat~


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Thursday, December 23, 2010

Langkawi 2010 - Part 1


Salam semua,

Hari ni baru masuk kerja setelah 3hari bercuti….Cuti-cuti Malaysia je….Kali ni destinasi pilihan- Langkawi….

Percutian kali ni sponsored by Boss Hubby…hihi..Dari tambang pergi dan balik, tambang ferry dan segala macam tambang pengangkutan (kecuali cable car), hotel & makan ditaja sepenuhnye oleh boss hubby...Syok nyeeeee…..Bawak duit untuk entrance mne2 tempat yang dilawat dan yang paling penting duit untuk shopping….hehehe…Syok habis la…, lagi syok sebab aku xkeluar duit sesen pun….ni lah dinamakan ‘REZEKI’ orang kawen….huhu..tapi term rezeki ni untuk para isteri sahaja ok….untuk para suami…, ini dinamakan ‘NASIB BADAN’…hik3…..

Okelah.., entry kali ni aku nak cerita tentang Agenda sepanjang kami berada di Pulau Bersejarah ni….

Isnin….
8.30 a.m : Awal2 pagi lagi da keluar rumah.., xsempat nak sarapan…terus g sekolah tempat berkumpul…
10.00 a.m : Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan ke Kuala Perlis…
12.00 a.m : Da sampai Kuala Perlis…Aiyooo.., ferry pukul 2p.m ok…so, ade mase untuk lunch….perut memang da lapar gile time ni…
2.00 p.m : Beratur nak nek ferry..huh.., memang ramai orang walaupun hari Isnin sebab cuti sekolah…
3.30 p.m :  Menjejakkan kaki ke Pulau Bersejarah ni…ferry gerak pukul 2.30, tu yang lambat sampai tu.
4.30 p.m :  Da sampai tempat penginapan…agihan bilik dan taklimat sikit….dapat je kunci bilik terus ‘booooom’….terase penat pulak…
6.30 p.m :  Mandi dan get ready untuk dinner…
8.00 p.m :  Makan sampai lebam…hihihi….
9.30 p.m :  Memulakan edisi pertama bershopping…yeah…
11.00 p.m:  Masuk2 bilik je xsedar ntah pukul bpe tertido….rase2nye sebelum tido tv masih terpasang….

Selasa….
8.30 a.m :  Pagi2 sarapan dulu sebelom memulakan perjalanan...
9.20 a.m :  Destinasi pertama – Gedung Kain Batik...masa ni kami tak membeli lagi…
9.50 a.m :  Destinasi kedua – Kilang minyak gamat keluaran Nusantara…Banyak jugak y ktorg borong….boleh bukak kilang ubat…huhuhu
11.00 a.m:  Destinasi ketiga – Kota Mahsuri..banyak sejarah kat sini…
12.30 noon: Destinasi keempat – Cable Car…tengok pemandangan dari tanah tinggi….~
2.40 p.m :  Destinasi kelima – Pantai Pasir Hitam…10min je singgah..sekadar amek gamba pasir pantai tu je…
2.50 p.m :  Destinasi keenam – Idaman Suri –Pekan Kuah…shopping time ok….
3.30 p.m :  Destinasi ketujuh dan terakhir – Haji Ismail Group – sambung shopping lagi..yeahhhhh…..
5.00 p.m :  Pulang la…..huh.., sampai2 bilik je tuka baju n terus ke pantai…mandi sampai maghrib…..hehehe….
8.30 p.m :  BBQ n cabutan bertuah…ktorg dapat hamper…..jgn jeles ye…  ;p
10.00p.m : Malam masih muda…, sambung shopping lagi…hehehe…
11.30 p.m : Balik bilik tido…hehehe…


Rabu…..
Sepanjang hari sampai pukul 12.00 free n easy…So, ktorg menghabiskan mase g jenjalan ronda2 kedai…memandangkan hotel ktorg tu dekat sesangat ngn Underwater World.., so ktorg berjalan kaki jelah ke sane tu…

12.30 p.m :  Bertolak ke jetty….ferry pukul 2.30 pm..so, ade mase lagi nak sambung shopping kat sini..hehehe…
4.00 p.m :   Da Selamat tiba kat jetty Kuala Perlis….Da tak de ape nak dishoppingkan kat sini..sob..sob….
7.00 p.m :   Selamat tiba di bumi Penang…huh..berakhirlah perjalanan Cuti2 Malaysia aku untuk tahun 2010 ni….sob..sob..sob….



(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.