Nuffnang Adds

Wednesday, September 21, 2011

36 Weeks... Alhamdulillah~

Salam Semua,

Jam kat screen monitor aku menunjukkan sudah pukul 10:07 am. Aku baru 15 minit je masuk office. Kenapa lambat? Macam biasa la, pergi klinik dulu pagi ni. Nak check my little super duper something kat dalam ni. Alhamdulillah, akhir2 ni badan aku semakin sihat walaupun selera makan aku semakin berkurang. Tadi timbang, berat tak naik pon...  =(

Saja aku nak update.., semalam aku bermimpi... dalam mimpi aku 2..... :

Aku bersalin pada usia kandungan 41 minggu.. Lambat kan? Dalam mimpi aku jugak, kakak aku bersalin awal 2 minggu dari aku sedangkan realitinya kakak aku tu tak mengandung pon... Dia dapat anak lelaki. Tibe mase aku nak bersalin, aku tak rase ape2 pon sebab CZER. Sedar2 baby da ade kat sebelah. Aku dikurniakan baby girl. Tibe2 rase macam tak puas hati pulak. Kenapa baby girl? sedangkan da 3x scan doc kate baby boy. Aku suruh doc picit2 perut aku kot2 ade lagi sorang tertinggal kat dalam....hehe.. 

Sampai takat tu je aku mimpi. Alarm aku tu memekak je, membantutkan mood aku nak sambung bermimpi.. Tapi ape2 pon, aku harap reality biarlah bercanggah dari ape y aku mimpi....


Aku berharap nak bersalin awal sikit dari due date aku. Aku harap tak berlaku ape2 komplikasi so aku boleh bersalin secara normal. Aku harap2 baby aku biarlah baby boy walaupun dulu aku pernah berharap untuk dikurniakan baby girl.. Aku berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan aku.. InsyaAllah.. Amiiin.


Comel tak ibu hamil 36 minggu....Padat baju. hehe...

 

Nota kaki :- Syurga bagi seorang anak lelaki adalah di bawah telapak kaki ibunye sehingga ke hujung nyawa.

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

1 comment:

dira said...

boy or girl ... kurniaan Allah yg x ternilai... \o/....