Nuffnang Adds

Saturday, November 13, 2010

Just Married


 Salam semua…,


Da lama rasenya aku tak update blog ni….Bukan tak de topic nak dicoretkan.., cume kesempatan nak menaip tu tak da…, Almaklumla.., selalunya aku update blog time bekerja….Kalau tak update tu bermakna aku memang tengah banyak keja la….

Berbalik pada topic entry aku kali ni…malam Rabu baru ni aku tengok cerita Just Married tayangan TV2 pukul 10 malam…Sebenarnya aku da tonton cerita ni banyak kali.., sebelum kahwin dulu la….Setiap kali tengok mesti aku ketawa…yela.., macam kelakar je cerita tu..Tapi bila da kahwin, ni la baru sekali aku tengok cerita tu balik…

Pada sesiapa yang belum pernah menonton filem arahan Shawn Levy tu.., meh aku kasi summary sikit tentang filem yang ditanyangkan pada awal tahun 2003 ni…(da sangat lama movie ni...tapi baru sekarang movie menyentuh perasaan aku yang baru bergelar isteri ni)

Kisahnya macam ni…, ada sepasang kekasih, Tom Leezak lakonan Ashton Kutcher dan Sarah McNerney lakonan Brittany Murphy yang membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada usia remaja…kire perkahwinan atas dasar cinta la…Lepas berkahwin tu.., macam2 perkara terjadi sepanjang honeymoon pasangan ni….kesian kat dorang….Tapi mungkin masing2 pun xmatang lagi kot…ehehehe…Muncul pulak ex boyfriend si isteri ni memburukkan lagi mood honeymoon dorang ni….Tapi lastly..,macam biasalah happy ending.. 

Ada beberapa words dalam cerita ni aku yang berjaya mencuri perhatian aku…Terkesan rasanya sampai ke jiwa raga aku..ececeh..


“Mungkin cinta sahaja tak mencukupi….”

-memang pun…dalam perkahwinan, cinta saja tak mencukupi….Dalam sebuah perkahwinan, macam2 perkara perlu dititikberatkan…tanggungjawab, toleransi dan….banyak pada menjaga hati pasangan….


“Bulan-bulan awal dalam perkahwinan memang agak sukar…”

-yang ni aku akui…. Mula2 memang agak sukar la nak menyesuaikan diri…yelah.., baru nak belajar berkongsi hidup kan….selama ni buat apa2 untuk diri sendiri je…sekarang ni nak buat apa2 kena la fikirkan pasangan pulak…dan aku bersyukur dapat suami yang banyak membimbing aku…


(◕‿◕✿) 

X.O.X.O.


No comments: