Salam semua,
Hari ni baru masuk kerja setelah 3hari bercuti….Cuti-cuti Malaysia je….Kali ni destinasi pilihan- Langkawi….
Percutian kali ni sponsored by Boss Hubby…hihi..Dari tambang pergi dan balik, tambang ferry dan segala macam tambang pengangkutan (kecuali cable car), hotel & makan ditaja sepenuhnye oleh boss hubby...Syok nyeeeee…..Bawak duit untuk entrance mne2 tempat yang dilawat dan yang paling penting duit untuk shopping….hehehe…Syok habis la…, lagi syok sebab aku xkeluar duit sesen pun….ni lah dinamakan ‘REZEKI’ orang kawen….huhu..tapi term rezeki ni untuk para isteri sahaja ok….untuk para suami…, ini dinamakan ‘NASIB BADAN’…hik3…..
Okelah.., entry kali ni aku nak cerita tentang Agenda sepanjang kami berada di Pulau Bersejarah ni….
Isnin….
8.30 a.m : Awal2 pagi lagi da keluar rumah.., xsempat nak sarapan…terus g sekolah tempat berkumpul…
10.00 a.m : Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan ke Kuala Perlis…
12.00 a.m : Da sampai Kuala Perlis…Aiyooo.., ferry pukul 2p.m ok…so, ade mase untuk lunch….perut memang da lapar gile time ni…
2.00 p.m : Beratur nak nek ferry..huh.., memang ramai orang walaupun hari Isnin sebab cuti sekolah…
3.30 p.m : Menjejakkan kaki ke Pulau Bersejarah ni…ferry gerak pukul 2.30, tu yang lambat sampai tu.
4.30 p.m : Da sampai tempat penginapan…agihan bilik dan taklimat sikit….dapat je kunci bilik terus ‘booooom’….terase penat pulak…
6.30 p.m : Mandi dan get ready untuk dinner…
8.00 p.m : Makan sampai lebam…hihihi….
9.30 p.m : Memulakan edisi pertama bershopping…yeah…
11.00 p.m: Masuk2 bilik je xsedar ntah pukul bpe tertido….rase2nye sebelum tido tv masih terpasang….
Selasa….
8.30 a.m : Pagi2 sarapan dulu sebelom memulakan perjalanan...
9.20 a.m : Destinasi pertama – Gedung Kain Batik...masa ni kami tak membeli lagi…
9.50 a.m : Destinasi kedua – Kilang minyak gamat keluaran Nusantara…Banyak jugak y ktorg borong….boleh bukak kilang ubat…huhuhu
11.00 a.m: Destinasi ketiga – Kota Mahsuri..banyak sejarah kat sini…
12.30 noon: Destinasi keempat – Cable Car…tengok pemandangan dari tanah tinggi….~
2.40 p.m : Destinasi kelima – Pantai Pasir Hitam…10min je singgah..sekadar amek gamba pasir pantai tu je…
2.50 p.m : Destinasi keenam – Idaman Suri –Pekan Kuah…shopping time ok….
3.30 p.m : Destinasi ketujuh dan terakhir – Haji Ismail Group – sambung shopping lagi..yeahhhhh…..
5.00 p.m : Pulang la…..huh.., sampai2 bilik je tuka baju n terus ke pantai…mandi sampai maghrib…..hehehe….
8.30 p.m : BBQ n cabutan bertuah…ktorg dapat hamper…..jgn jeles ye… ;p
10.00p.m : Malam masih muda…, sambung shopping lagi…hehehe…
11.30 p.m : Balik bilik tido…hehehe…
Rabu…..
Sepanjang hari sampai pukul 12.00 free n easy…So, ktorg menghabiskan mase g jenjalan ronda2 kedai…memandangkan hotel ktorg tu dekat sesangat ngn Underwater World.., so ktorg berjalan kaki jelah ke sane tu…
12.30 p.m : Bertolak ke jetty….ferry pukul 2.30 pm..so, ade mase lagi nak sambung shopping kat sini..hehehe…
4.00 p.m : Da Selamat tiba kat jetty Kuala Perlis….Da tak de ape nak dishoppingkan kat sini..sob..sob….
7.00 p.m : Selamat tiba di bumi Penang…huh..berakhirlah perjalanan Cuti2 Malaysia aku untuk tahun 2010 ni….sob..sob..sob….
(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
No comments:
Post a Comment