Nuffnang Adds

Monday, December 27, 2010

Langkawi - Part 2


Lagenda Gunung Raya & Gunung Mat Cincang

Salam semua,

Masih teringat2 lagi kenangan masa kat langkawi beberapa hari lepas….Sebenarmya ini bukan kali pertama aku ke Pulau Lagenda tu.., tapi ini merupakan kali pertama aku pergi bersama hubby tercinte..hehehe…tu yang excited lebih tu..yela.., sebelum ni pergi kene jimat-jimat je belanje…, tapi bile pergi kali ni aku bebas menunjuk ape yang berkenan kat mate…semuanye dari poket hubby aku..ni yang aku sayang hubby sesangat ni..hik3..opppss….terover pulak…

Boss hubby ada upah sorang tourist guard sepanjang percutian kat sane tu….Yela.., at least ade la cerita2 pasal sejarah sket….And at least ktorg pun tau la tempat2 yang menarik kat sane tu….xdelah menonong je g tempat tak de hala tuju….

Entry kali ni aku nak share la sikit ilmu tentang sejarah yang aku dapat sepanjang kat sane tu….ceh…., dulu2 cikgu suruh belajar sejarah malas…hehehe…

Mula2 aku nak share tentang mitos asal usul nama2 tempat dalam Langkawi….
Pada suatu masa dahulu, terdapat dua gergasi yang handal di Langkawi, iaitu pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Cincang. Mereka sama tangkas dan sama handal. Masing-masing pahlawan ini mempunyai seorang anak yang sudah remaja. Anak Mat Cincang perempuan manakala anak Mat Raya lelaki. Mat Cincang dan Mat Raya telah bersetuju untuk mengahwinkan anak meraka tanpa mengetahui bahawa anak lelaki Mat Raya telah berkenan pada perempuan lain. Sewaktu persandingan kedua mempelai itu bermasam muka kerana terpaksa mengikut kehendak keluarga. Tetamu yang datang cuba mencungkil rahsia disebalik kemurungan kedua-dua mempelai itu..maka kisah cinta tiga segi pun terbongkar..Mat Cincang pun mengamuk tanpa menghiraukan tetamu yang hadir…Habis bertaburan semua hidangan..tertumpahnya kuah ke suatu kawasan, makan kawasan itu dinamakan KUAH…meresapnya air ke suatu kawasan lalu dinamakan kawasan itu KISAP. Tercampaknya kuali lalu pecah di suatu kawasan, maka dinamakan kawasan itu BELANGA PECAH. Pengantin perempuan yang kecewa apabila mengatahui hal sebenarnya telah mencampakkan cincin ke suatu kawasan yang kini dinamakan TANJUNG CINCIN. Akhirnya kedua-dua pahlawan itu lari untuk bertapa di dua buah gua yang berasingan. Mereka mati di sana. Gunung pertapaan Mat Raya disebut GUNUNG RAYA. Manakala gunung pertapaan Mat Cincang disebut GUNUNG MAT CINCANG.

Sekian untuk hari ni…hehehe..Tak tau la cerita ni betul2 wujud ke x…Mungkin orang-orang Lagkawi lebih arif soal lagenda pulau yang penuh bersejarah ni….~



View from the top of Gunung Mat Cincang

nah....tgk sdr....hehehe...

Posing b2..hehehe


Tinggi...Gayat~


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

No comments: