Nuffnang Adds

Saturday, February 25, 2012

Andai Ibu Diberi Pilihan....

Entry ini ditujukan khas untuk Alif Haziq Bin Sulaiman....

Assalamualaikum anak ibu...,

Haziq,

Sewaktu ibu belum mengandungkanmu,
ibu berjumpa doc utk rawatan kulit muka ibu.
Doc menyarankan ibu memakan sejenis pil yang akan melemahkan hormon ibu.
Ibu tidak dibenarkan untuk mengandung dalam tempoh rawatan 3bulan.
Sayang, andai ibu diberi pilihan untuk licinkan kulit atau mengandungkanmu,
Ibu telah memilih untuk mengandungkanmu...

Haziq,
Sewaktu ibu mengandungkanmu,
berat badan bertambah sebanyak 21kg.
Ibu tau, 21kg tu terlalu berat. Mungkin da sama beratnya dengan sekor anak lembu.
Sayang, andai ibu diberi pilihan untuk berbadan langsing atau berbadan gemuk kerana mengandungkanmu,
Ibu memilih untuk mengandungkanmu...
Biarlah ibu kehilangan bentuk asal badan ibu,
kerana ibu tau, betapa nikmatnye menjadi seorang ibu,
38minggu Haziq bersama ibu,
menemani ibu ke mana sahaja ibu pergi,
Kite berkongsi makanan, berkongsi perasaan...
Malah Haziq dapat mendengar degupan jantung ibu barangkali..

Haziq,
Sewaktu ibu menahan kesakitan daripada kontraksi,
ibu menjadi tak keruan..Ibu tak tidur sepanjang malam dari malam sebelum ibu bersalin sampai ke maghrib keesokannya.
Sayang, andai ibu diberi pilihan untuk tidur lena atau bertarung melahirkanmu,
ibu memilih bertarung melahirkanmu.
Kerana setiap kesakitan yang ibu rasakan sewaktu melahirkanmu adalah nikmat sepanjang hidup ibu yang tak dapat luahkan dengan kata-kata kepada sesiapa.
Saat ibu mendengar tangisan pertamamu itu adalah saat paling bahagia ibu bergelar wanita.

Haziq,
Andai ibu diberi pilihan untuk tidur atau berjaga 2-3 kali semalam untuk menyusuimu,
Ibu memilih menyusuimu,
kerana setiap titisan susu yang mengalir di kerongkongmu itu adalah kasih sayang yang akan mengenyangkan perut kecilmu itu.
Sayang, maafkan ibu kerana tidak dapat memberikan Haziq susu ibu sepenuhnye..tapi ibu sedang berusaha sayang.., agar ibu dapat menyusukan Haziq selama yang ibu mampu.

Haziq,
Andai ibu diberi pilihan untuk hidup mewah tanpamu atau hidup sederhana bersamamu,
ibu memilih hidup serba kekurangan asalkan ibu tak dipisahkan darimu...
Percayalah sayang, ibu akan sentiasa mengutamakan Haziq dalam segala hal..
Ibu sayang Haziq....sangat2....  =)



Nota kaki : Sayang Umie sangat2...


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Monday, January 30, 2012

Boboi Boy Ibu!

Salam semua,

Orang tua2 kate, kalau nak buat sesuatu, buat dengan tekun. Jangan hiraukan sesiapa yang cuba mengganggu...Focus on what you did!

Alkisahnye, petang semalam si buyat ni asyik nangis2 je. Sampai tak tau nak buat ape. bile baringkan die marah. Terpakse la aku dudukkan die kat peha aku. Ish, memang potong stim betul la aku nak layan Boboi Boy. Tau2 tibe2 je si buyat tu diam. Eh, da tdo ke? Aku aku tunduk pandang die, mate die tengah tenung tv.


Tak berkelip pon mata tu tengok tv


Jangan kacau saya, Ibu!


Tekun tengok Boboi Boy

Tenung awek cun jap..hehe


Layan cite Boboi Boy same2 ngan aku rupenye...Aku sergah pon die wat xtau je...Tak toleh pon kat aku....Ceh. Haha, lepas ni ibu da de gang nak tengok boboi boy...Tak de can la Abah nak tukar channel lain bile ibu tengok Boboi Boy pas ni.


Nota Kaki :- Haziq cepat besar ye sayang...Lepas ni temankan ibu shopping pulak. Baju ibu sume da sendat2 belaka ni!

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

SuperISTERI!

Morning yaw.....Ish, silap plak.. Salam semua,

Erm...ape yang aku nak aku da dapat walaupun makan mase hampir 2tahun menunggu....
Aku nak meja makan y macam ni...Alhamdulillah, da dapat....



Aku nak susun atur rumah y macam ni..., Alhamdulillah da dapat jugak. Hrm...Puas da tokar posisi sofa tu. Almaklumla, ruang rumah tu 'besar' sangat....




Pas ni, makin kena semakin rajin mengemas sebab budak busyuk tu da ade tande2 memusing badan. Tunggu sikit hari lagi nanti da pendai merangkak, abis semua khazanah bawah carpet dicungkilnye...


Nota kaki :- Hrmm...bab mengemas aku, bab anak aku, bab memasak aku, basuh baju pon aku, buang sampah n kerja2 luar Hubby...Klo tak, mmg tak tertanggung dek bahu. Penat taw jadi ibu yang bekerjaya~


(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Friday, January 20, 2012

Cokelat Hati~

Salam pagi Jumaat...










Nota kaki :- Hati sangat berbunge2....Badan makin gemuk. hik3....

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Thursday, January 19, 2012

HAZIQ dan DINOSAUR IJAU

Salam semua,

Ini kejadian minggu lepas. Haziq bucuk2 ibu tu da pandai main dengan binatang hijau ni....Dinosaur....Nak bagi name die Dino..hehe..


Mule2 kembangkan ketiak macam ni~


Pas2 peluk~


Ok, Tenung Dino...~



Pas2 cium n gigit Dino~


Uish...da keletihan~


Jom tido Dino~

 Nota kaki :- Semoga cepat membesar ye sayang ibu... Ibu sayang Haziq sangat2...

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Thursday, January 5, 2012

HARI YANG BARU DA BERMULA...~

Salam semua,

Tahun 2011 da berlalu. Hari ni aku da melangkah ke tahun baru dengan status baru aku...Alhamdulillah, ape yang aku hajatkan untuk tahun 2011 da pon Allah makbulkan. Syukur Alhamdulillah. Aku harapkan kehadiran tahun 2012 mendatangkan 1001 Rahmat & Berkat dari Allah S.W.T.

Banyak yang aku da lalui sepanjang 2011. Bermula dengan surat kenaikan pangkat  & gaji+ bonus yang agak memberangsangkan. Sebulan lepas tu aku disahkan hamil. Bermula fasa baru dalam hidup aku. Keinsafan tu mula bertapak sikit demi sikit dalam hati aku. Baru aku tau macam mane susahnye mengandung. Baru aku tahu betapa nakalnye baby dalam perut aku sehinggakan aku sering terjaga dari tidur. Baru aku rase nikmatnye menjadi seorang wanita. Baru aku tau bukan mudah untuk melahirkan. Baru aku rase kesakitan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata ketika melahirkan. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah. Kau telah menyempurnakan hidupku..Aku sentiasa mengharapkan Rahmat dari-Mu.



To my hubby, aku akan berusaha untuk jadi yang terbaik di mata kamu....

Gamba di awal perkenalan- 9 tahun lepas


Nota kaki :- Selamat tinggal 2011 & Selamat datang 2012.



(◕‿◕✿)


X.O.X.O.

Friday, December 16, 2011

Tekanan!!

Bahagia ke aku???





Hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui....



Nota kaki :- berhentilah dari bertanya...

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.