Nuffnang Adds

Thursday, June 16, 2011

Along Kesayangan Ibu

Salam semua,

Ade satu kisah aku nak kongsikan bersama pembaca blog aku ni...Kisah dari pengalaman aku yang baru 5 bulan mengandung ni. Aku tak tau kenapa sejak mengandung aku kerap sangat menitiskan air mata. Aku yang sensitif sangat atau pembawakan budak. Setiap pengalaman yang aku lalui, pasti diiringi dengan titisan air mata. Tak kisah la, air mata gembira atau sebaliknya.

9 June 2011 - 7.15 am : First 'terajang' yang aku rasekan di bahagian dalam perut aku ni. Terkejut aku, hampir menjerit time tu. Kalo sekadar sepakan2 manja, da selalu aku rase da."Amboi..., Along da pandai terajang Ibu ye. Tak pe la sayang, banyakkan lah latihan sepakan ye. Untung2 bila keluar nanti boleh temankan Babah main bola (kalo lelaki la..)." Sepatutnya 7 june tu aku ada appointment dengan Dr. Nur Fardlina untuk scan di Klinik Kesihatan Kubang Semang. Tapi memandangkan tarikh tu aku masih berada di Kuang, terpaksalah aku tunda tarikh lain. Nurse kat situ plak kata jadual doktor penuh sepanjang 2 minggu tu. Nak tak nak, aku pon buat ultrasound sendiri di klinik swasta. Lagi better kot, sebab boleh pergi malam. Tak ganggu waktu kerja aku. Hubby pon boleh masuk tengok perkembangan Along. Malam tu jugak aku ajak Hubby pergi klinik panel kat Alma. Tak yah keluar sesen pon. Aku kan nak berjimat. Aku tengok, sepanjang doktor scan perut aku tu, Hubby asyik tersenyum je. Bahagianya aku time tu. Rugi tak snap muka dia time tu. =)

11 June 2011 - 9.50 pm : Aku tak tau kenapa perut aku rase tegang semacam, kejang. Duduk tak selesa, baring pon tak kena. Tak tau kat mana silapnya. Banyak ke aku makan sampai macam tu jadi nya? Rasa2 nya aku makan macam biasa je. Sempat jugak Hubby tolong sapukan minyak zaitun kat perut aku sambil dia berfacebook. Dalam pukul 10.15 pm aku da mintak izin nak tidur dulu walaupun mata aku tak mengantuk lagi waktu tu. Cuma aku rasa aku perlu berehat. 2 jam lepas tu aku terjaga, perutku rase tak selesa. tak tau nak buat macam mana. Aku duduk, merenung Hubby yang masih lagi mengadap facebook. Tak sedar bila masa mata aku tertutup. Aku tersedar bila Hubby cuba membetulkan kedudukan aku.

12 June 2011 - 2.00 am : Aku sekali lagi terjaga dari lena. Gelisah. Sempat jugak aku goncang badan Hubby, bgtau yang perut aku sakit. "Nak pergi klinik?" Soalan spontan yang keluar dari mulut dia. Terharu pulak rasa. Walaupun mengantuk, dia masih menawarkan diri nak bawa aku pergi klinik. Tapi aku pulak yang tak nak. Jangankan nak bangun pergi klinik, kalo suruh aku jalan pergi toilet pon belum tentu aku mampu. Aku cuba sambung tidur balik, walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa. Tiba-tiba aku rase macam ade sesuatu kat tekak aku. Cepat2 aku duduk, belum pon sempat aku nak berdiri, selambak muntah da keluar dari mulut aku. Lagi dan lagi. Tersentak Hubby dari tidur. Cuak. "Ya Allah.." Itu yang keluar dari mulut dia sambil menepuk-nepuk belakang aku. Kesian agaknya tengok keadaan aku. Berlari Hubby ke dapur mencari besen besar. Kesian plak kat dia. Terganggu tidur dia sebab aku. Hampir semua yang aku makan malam tu keluar balik. Aku tgk jam, hampir 6 pagi. Hubby tolong aku bersihkan tempat tidur kami yang terkena muntah. Nak tak nak, terpaksalah sambung tidur kat ruang tamu je, beralaskan toto. Pagi tu Hubby pergi kerja macam biasa. Tinggal la aku keseorangan kat rumah. Nasib baik hari Ahad. Sempat jugak Hubby keluar belikan aku Horlick ice kegemaran aku tu. Sepanjang hari sampai ke malam aku melepakkan diri atas toto depan TV tu. Nak bergerak ke toilet pon terase lemah sangat. Aku tak dapat rasakan pergerakan Along time tu. Da pukul 10 malam baru Along bergerak. Tu pun rasa lemah je. Mungkin dia pun tak sihat macam aku jugak. Dalam hati aku berdoa supaya tiada yang buruk berlaku pada Along. Serik da aku nak makan murtabak yang aku beli kat pasar malam tu. Cukup la sekali aku siksa badan dan Along.

13 June 2011 - Sepanjang hari Along dok diam-diam je. Aku risau. Tak sihat ke dia? Hanya Allah je yang tau perasaan aku waktu tu. Cuak. Janganlah jadi apa2 pada Along. Aku sanggup gantikan dengan nyawa aku asalkan Along selamat. Pukul 4 ptg barulah aku dapat rasakan Along bergerak. Lega sikit perasaan gelisah aku tadi tu. Malam tu Along sangat aktif. Sampaikan tak tau berapa kali aku terjaga dari tidur. "Along buli Ibu ye.. tak pe la sayang.. Ibu tak marah. Asalkan Along sihat dan cergas da cukup buat Ibu senang hati.." Akibatnye besoknya aku da macam ayam berak kapur je kat office. Sekejap2 aku tidur kat meja. Cover balik tidur aku yang terganggu tu..



Nota kaki :-  Pengalaman mengandung setiap orang tak sama....  =) .


(◕‿◕✿)



X.O.X.O.

4 comments:

ana said...

Rs nk mnitis gak bc sbb pkirkan mak yg ngandungkan kita dulu..bl nk rskan pngalaman camni jg.hopefully dpt gak d beri peluang.amin~

Siti Fatimah said...

Ana, mengandung ni memang pengalaman yang menginsafkan. Tapi ada sesetengah orang mengandung senang je. InsyaAllah satu ari nanti akan tiba jugak waktu tu...Amin..

dira said...

Ujian dari Alah tu datang dari pelbagai sudut... jauh lagi perjalanan untuk kita tafsirkan kesudahannya.. Just enjoy your beautiful moment...
Amin

Anatel Ameen said...

Agree pengalaman mengandung semuanya tak sama. Saya ni takde alahan muntah2 semua tu, tapi dengan tekanan darah tinggi, kencing manis dan uric acid tinggi membuatkan kandungan saya jadi kes kritikal kat Hospital Sungai Buloh. Apa-apa pun, semoga kita selamat melahirkan. Amin.