Hari ni mood aku agak baik walaupun da banyak kali aku ke toilet pagi ni. Ntah la, lately asyik ade rase nak 'terkucil' je... Dan ramai yang tegur perut aku macam 'jatuh'. Aiyo.., selalunya 7 @ 8 bulan baru perut jatuh. Tak pela, bukan dalam kawalan aku. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang berlaku kat 'dalam' tu.
Semalam lepas habis kerja aku tergerak hati nak singgah Kamdar, cari kain padehal waktu tu cash dalam tangan tak sampai RM 20. Ada hati pulak nak menyinggah. Hehe. Tak pela, demi Along. Berhabis biar tinggal 20 sen pun aku sanggup. Sampai Kamdar je, aku memulakan operasi memilih material kain dan warna yang sesuai untuk baby. Hati ni asyik tergerak nak amek kaler soft pink & soft purple je. Aik, baby girl ke? hihi. Tak pela, kaler ape2 pun xkisah bagi aku. Total harga kain yang aku beli RM 11.80. Duitku masih berbaki..Hehe..
Setibanya di rumah, terasa berat sangat badan ni. Ingat nak rehat2 jap sebelum maghrib. Tapi Along ni asyik tendang2 je. Rasa tak selesa sangat2. Terpaksalah aku bangun dan termenung sekejap. 'Ape nak buat ye?' Aku belek2 kain yang aku beli tadi tu. Hrmm.., sayang pulak nak gunting. Pas2 aku selongkar balik baju2 lama yang aku ade dulu. Terjumpalah sehelai dua yang aku da tak muat. Ingat nak buat cover bakul untuk dijadikan bekas minyak telon dan bedak untuk Along nanti.
Aku habiskan 1 1/2 jam menghadap jahitan aku tu. Mencurah2 je idea untuk menjahit tu. Along baik sangat masa aku tengah tekun menyiapkan cover bekas ubat untuk dia - seolah-olah memahami apa yang aku sedang lakukan. Tendangan yang sedari tadi rancak dah kembali tenang.
'Terima kasih Along sebab tak ganggu Ibu. Baik anak Ibu ni..'
Tak sedar jam da menunjukkan 9.15 p.m. Akhirnya siap jugak cover bekas ubat untuk Along ni. Taraaaa.....
Nota kaki :- Pas ni nak buat cover untuk bakul baju Along pulak. Banyak projek jahitan akan menyusul selepas ni... InsyaAllah. =)
(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
No comments:
Post a Comment