Nuffnang Adds

Monday, May 27, 2013

:: Makeover Small Furniture ::

Salam semua,

Lenguh2 badan mengecat tak hilang lagi ni..Da 3kali sabtu aku mengecat. Sakit badan ooo..Baru aku tau kerja cat mengecat ni bukan mudah. Bukan takat cat dinding je, pintu n perabot2 kecik pon aku nk catkan jugak...bia nampak sedondon..Ngengade hokei. Sikit pon aku xmintak tolong hubby. Sebab baru nk bg pendapat je, die cakap "watpe nk cat, kan semua tu elok lagi"..OK. Malas nk cakap banyak yang akan mengakibatkan pertelingkahan (sb da masak sangat ngan pangai mr. hubby), so aku diamkan aje la...Lagi pon hubby da bg green light. Semua die serahkan kat aku.. Bab deko-mendeko ni hubby memang failed.

Hujung minggu baru ni aku aim nak make over perabot2 kecil. Alhamdulillah, terlaksana jugak...Buat sikit2 sebab aku tau tahap 'kemanjaan' badan aku ni. Buat 15 minit, rehat sejam..haha. Manja kan?

Ok, aku nk mulekan dengan ampaian sejadah ni...Sesetengah orang panggil Towel Hanger. Tapi disebabkan aku gune untuk ampai sejadah, aku panggillah ampaian sejadah. Hehe. Hanger ni Abie yang buatkan untuk aku mase memula aku pindah penang, dok rumah sewa masa belajar dulu2. Abie buatkan hanger ni, meja jepun untuk study dan meja dapur untuk masak. Tapi kesemua meja2 tu aku tinggalkan kat rumah sewa sebab tak muat mase nak angkat pindah rumah. Hanger ni je yang aku angkut. Da berapa kali aku pindah randah kat penang ni, hanger ni mesti aku angkut same. Sayang sangat sebab abie yang buat sendiri. Walaupun tak berapa cantek dipandangan mata orang, tetap cantek kat mata aku.


Ni la rupe nye setelah dicat. 

Hek2, aku pon nak enter-frame jugak. Harus la kan.

Saja aku cat kaler biru sikit. Nak nampak sedondon. Hanger ni aku letak dlm bilik Haziq.

 Pastu aku cat plak rak buku ni. Korang mesti ade rak ni kan? Rak ni da lame sangat hayat die. Dari zaman aku belajar kat Shah Alam dulu. Macam biasa la, nk save budget, aku usung la ke Penang. Da berpindah randah pon aku angkut jugak rak ni.

Selepas di make over. Aku gune kain untuk background. Memula ingat nak decoupage gune tisu. Tapi aku ni kan amatur, nmpak xcantek plak. Sudahnye aku decoupage gune kain. Uma aku kan ade banyak kain. hehe.

Biru - hijau - turquoise, match dengan warna bilik. Pon nak letak dalam bilik Haziq.


Ni la hasil tangan aku hujung minggu baru ni. 100% buat sendiri. Bile da siap Hubby senyum sampai telinga..Selamba aku sound.. 'Ape senyum2!' Padehal aku tau ape y terlintas kat hati die...hehe.

Towel hanger

Utilities rack



(◕‿◕✿)



X.O.X.O.
 

11 comments:

JaJa_NoRLiza said...

saya pon penah cat almari baju n utilities rak ni kaler putih...tp tak terfikir plak kat background tuh nak letak kain..saya biarkan cam gitu jer..buruk. lepas ni nak tiru idea..kain tu lekatkan camana yer??

Fizah said...

huiiyoh budak rajen nih...hihi bagus2..akak is SUKA!!! =D

akk pulak, bab2 mengecat ni pnh cuba dulu..cat baby cot...perghhh penat yg ammatt!! skrg lum ada benda yg nk dicat..jadi hibernate dulu energy tuh...^^

UMIE SUE said...

su pun ade impian nak cat semua perabot warna putih tapi tak terlaksana pun lagi.sebab hari minggu tak pernah lekat kat rumah.huaaaaaa...

Asma said...

Cantik la, kabinet tu, dari biasa terus jadi wow. Makeover yg berbaloi..

UMIE SUE said...

JOM TEMPAH HEADER BLOG DENGAN SAYA
JUST RM5 DAN RM3 SAHAJA

NI LINK BLOG SUE
http://suesukasusun.blogspot.com/2013/05/header-murah-rm3-dan-rm5-sahajacepat.html

shamsarini said...

kesian sy first time jumpa blog pasal kemas mengemas..cat balik furniture..lawa lak tuu..segannya sebab rumah sendiri semak gilaaa tak berkemas..huhuu..blog akak boleh dibuat inspirasi :)

Fizah said...

dear..awak menang GA akak..tak dpt emel eh? ce cek

adianiez AIDA said...

aida ada almari 3 tingkat tu. tempat buku anak-anak. tak bleh nak deko sebab diorang akan re-deko hi hi hi...
aida tgh concentrate deko tang lain. lom sukses misi...

Siti Fatimah said...

Tq semua.. Benda lame, klo makeover memang nmpak menarik.. =p

JunAina said...

Orang kreatif ni semua boleh jadi. Cantik pulak tu...

zarith said...

cantiknya.... buat lah pos macamana nak DIY rak buku tu. especially part kain tu.
Boleh lah saya DIY pulak rak buku saya..