Nuffnang Adds

Friday, August 2, 2013

Popia Cornflakes

Salam Ramadhan semua,

Da hujung2 Ramadhan ni mesti korang tengah kalut kan, persiapan raya lagi, nak kemas rumah lagi. Hoho. Rumah aku, bukak2 pintu balik keje tu rase kemas je, tak sampai sejam, hall da bersepah dengan mainan Haziq. Sesungguhnya Haziq tak pandai main sorang dalam bilik die. Masuk bilik, cari2 mainan yang berkenan angkut kat hall.. Sambil mulut dok pok pek bahasa Jerman die tu. Aku, balik2 keje mandi, dan terus masuk dapur. Prepare untuk berbuka, maklumlah berbuka sorang kan Da masuk tahun ke4 buke sorang - saya ok, saya da besar. hoho...

Tahun ni aku tak beli lagi kuih raye. Malam raya baru ingat nak ronda cari kuih2 lelong. Kenapa tunggu malam raye? Sebabnya........murah. Hoho. Gile kedekut tak aku? Lantak la nak kate ape, aku memang dalam kegawatan ekonomi sekarang ni.  =(

Panjang nau intro aku hah. Buat penat korang bace je...Saje aku tulis panjang, kate da lame tak update kan. Ngeh3.

Saje nak share resipi popia cornflakes ni nagn korang. Aku buat kek kukus baru ni, tapi kek aku tak naik. Nak buat biskut raye, oven tak de [sadis]. So aku buat jela popia ni hah. Senang dan jumat. Gune je bahan-bahan yang ade kat uma....


Bahan-bahan :-

  • Kulit popia
  • Cornflakes [separuh orang gune nestum] *
  • Gula *
  • Horlics *
  • Susu Tepung [aku gune susu tepung Haziq...lemak berkrim..hahaha] *
  • Bancuhan tepung gandum
*Semua bahan-bahan ni ko blend gune blender kering tu. Bahan-bahan takde sukatan. Men sedap rase je aku nak bubuh banyak mane. Hoho..Yang pasti, gule jangan banyak sangat..

Jom layan cara-cara nye pulak..:-

Mule2 gulungkan dulu kulit popia tu satu-satu. Gamkan bahagian hujung kulit popia tu dengan 'gam ajaib'. Kalo tak gam nanti gulungan tu terbukak balik, jdi tak cantek la...



Ni la 'gam ajaib' tu - bancuhan tepung gandum. Tepung2 lain tak boleh. Aku pernah try ritu sebab tepung gandum aku da abis, bedal jela tepung jagung- xmo lekat. Tepung pulut - pon xmo lekat. Tepung beras - pon xmo lekat jugak. Ngeh3...


Lepas tu gunting serong-serong mcm ni..Kalo tak nak serong, nak potong straight pon bole..ikut suke korang la...Asalkan cantek di mata korang..Lepas tu boleh la goreng.


Bile da siap goreng, tuskan dulu..da kering, barulah korang sirakan dengan bahan-bahan yang korang da blend tadi tu. Masukkan dalam bekas bertutup, tehen goncang dengan penuh kasih sayang ye. Jangan ko goncang sekuat ati plak, kang hancur pulak popia ko tu, da tak cantek...

Ni la rupenya bile da siap..Comel tak Kak Ton...? Ngeee.. Baru siap satu kuih. Tapi rasenye belum sempat nak jamu kat tetamu, da abis kat aku dulu...haha.


Nota kaki :- Bekas kuih raye aku sebijik macam bekas kuih raya Aty. Lepas bace blog die semalam, terus g Jusco cari. Heh, meniru je aku ni. Har3...  =p



(◕‿◕✿) 
 
 
 
 
X.O.X.O.

4 comments:

cik hani said...

Sedapnya..

cikpingu said...

sempoi je kan.. mesti krup krap bunyik mkn popia ni.. ishh xsbr nk balek kg..

IFA Athirah said...

sedapnyerrrrrrrr..dah lama teringin. bru tringt pasal dia tgk post ni. :)

CikNaa said...

suami komen, apasal buat pendek2.. dia suh buat panjang cenggini baru puas mkn agaknye..