Nuffnang Adds

Wednesday, July 31, 2013

:: Organizing My Little Studio - Bekas Butang

Salam Ramadhan semua,

Sunyi sepi je kan blog aku ni..Sikit lagi nak bersawang da. Sibuk sikit. Nak raye ni, macam plak la kerja yang datang, konon kene siapkan sebelum raya. Macam la lepas raya tak leh sambung buat. Macam la company aku bagi cuti raya seminggu. Macam la baki cuti aku banyak sangat kan. Haish.

Rini saje aku nak update cara aku simpan butang-butang baju. Sebenarnya aku nak hold dulu entry ni..niat hati nak up sekali pasal 'Little Studio' aku tu..Tapi ntah bile la pulak projek 'Little Studio' aku tu nak siap. Buat sikit2, pastu tinggal. Ikut mud. Lagi-lagi bulan pose ni, semua mud da kelaut. Jemur baju pon tak rajin - panas. Bole gitu? Ngee...

Dulu aku ni gile beli butang. Ntah pape. Seminggu sekali mesti g AtuZ (kedai kelengkapan pengantin dan jahitan). Setiap kali pergi, ade je butang yang aku nak beli. Mau tak nya, buy 2 free 1. Aku ni pantang tengok perkataan FREE ni..Terbeliak je bijik mata. Hoho.



 
Dulu belikan bekas ni untuk Hubby. Konon nak tunjukkan rase perihatin yang super tinggi, si bini ni beli la bekas ni, untuk simpan alatan memancing macam mata kail ke, umpan tiruan ke, batu ladung ke. Biar nampak tersusun je ikut size. Sudahnya, si laki pulak yang sedekahkan balik bende ni kat  bini sebab die tengok butang bini nye banyak sangat, simpan dalam balang je semua..Bile nak cari 3-4 biji butang, kene la tonggengkan satu balang tu...Kais2 sikit [ala-ala ayam mengais tu], da jumpe sumbat balik dalam balang. Time mengais tu, mulut pon laju je pok pek pok pek ntah pape...Laki aku kate da gaye mak nenek..Saba jela.






Bekas ni pon belas ehsan Hubby. Ni pon bekas alatan memancing die jugak. Tapi die da tak pakai sebab die da beli lain. Hoho.


Ni la hasilnya. Ni pon Ade lagi butang-butang yang masih dalam plastik. Tak de ruang nak letak, jadi bia jela dulu dalam palstik tu. Dok la diam2. Ngee..



Nota kaki :- Beli je lebih, jahitnye tak pon.



(◕‿◕✿) 
 
 
 
X.O.X.O.
 
 

4 comments:

cik hani said...

Cik hani pun simpn dlm bekas mcm tu.tp satu bekas je la.butang xbyk mne pun

NAS said...

banyaknya butang!

Fizah said...

haah laa..kemain byk butang..pengumpul butang ni hobinya...hee =)

MamaDaniel said...

waa..byknyer butang dia.. akak x byk beli butang.. baju lama2 yang nak recycle akak kasi potong dan simpan butang2nya..hihihi... ;)