Nuffnang Adds

Wednesday, September 18, 2013

Ukur Baju Di Badan Sendiri : Episod 2

Salam semua,

Wah, tajuk entry tak boleh blah kan? Siap berepisod bagai. Huhu...Entry ni kesinambungan daripada enrty ni. Sebab tu la aku letak episod..Kot2 lepas ni ade episod 3 dan seterusnya pulak ke. Kui3.

Bukan semua orang berduit. Aku bukan macam ko, nak ape sebut je. Ting...! da ade depan mate. Aku kalo nak pape pon bunyi 'ting' tu mungkin bertahun jugak kot panjangnya...Bia betul ko bertahun? Hrmmm..nak buat cmne kan. Aku ni bukan orang 'ada-ada'. Ngeee...

Telinga aku ni macam da lali je dengar, 'apsal ko beli uma tu tiem? kecik la.' Huarrggg...Sentap. Rase muke aku ni macam kene tampar berkali2. Kecik rumah aku tu, kecik lagi ati aku tau ko cakap macam tu. 'Rumah kecik tu je yang aku mampu. Bape kali nak ulang..Sedih la ko ni pon tanya banyak2 kali.' Kalo ngan kawan2 boleh la aku jawab mcm tu...tapi kalo dengan orang yang lebih tua dari aku, nak jawab cmne? 'tak mampu kak oiii...gaji aku kecik. lain la ko, gaji ko sorang je da 5angka. nak beli bungalow sebijik pon apedehal..' bole gitu?

Berangan memang da ke bulan aku ni. Nak itu, nak ini..Selera tinggi. Kalo boleh semua nak nampak mewah, semua nak nampak cantek..Dan hakikatnya semua itu perlukan duit. Makin dekat mimpi ko tu ngan bulan dan bintang, makin tebal jugaklah duit yang perlu ko sediakan...Kan2?

Namun aku tetap bersyukur, kalo tak beli rumah ni pon, andai masih menyewa pon..., sekurang-kurangnya aku masih punya tempat untuk berteduh. Aku masih punya tilam untuk tidur. Aku masih punya pinggan untuk makan. Aku bukan lahir-lahir terus senang. Dengan ape yang aku ade sekarang ni aku da bersangat..sangat..sangat BERSYUKUR..


Atas - sebelum
Bawah - selepas (beberapa bulan lepas, guni pasir pon xbuang lagi time tu...)

Tak banyak perubahan, sebab duit aku pon tak banyak..Tapi sekurang-kurangnye selesa buat kami 3 beranak...

Nota kaki :- Emosi aku xstabil.....Asyik nak nangis je ni. ='(

 

12 comments:

ayahmamilisa said...

jangan sedih2 ye..
betul tu, yang penting ada tempat berteduh, makan pakai cukup..
syukur dengan semua rezeki ALLAH..
transformation umah awak sangat cantik tau :)

Fizah said...

emosi preggy mommy ni dear...bykkn berzikir..insyaAllah hati tenang...ecehhh pandai jek ckp ek..tp akk doakan yg terbaik utk awak...klu dgr org ckp pape diamkan aje...chill okk! :D

ANAK MAMA SAYANG said...

Peduli la kat org yg tak habis nak cari pasal...hehe..yg penting kita bahagia....bukan duit dia pun beli rumah kan...kalau dia byr tak pe la nk komen lebih2...yg penting tu syurga kita ..

Unknown said...

ok wat....
asal kita happy dah ler..
rezeki takkan datang menggolek...tapi andaikata Allah nak bagi tu siapa sangka kan?
Insyallah pasti ada punya untuk family n ank2 kelak....

MamaRizqin said...

Tumpang sedih :-( Insya Allah ada rezeki yg lebih besar utk anak yg bakal lahir nanti..jangan sedih2 ok...

humble.yat said...

slam..takpe biar je org cakap ape..rumah dah ok dah..comel je..

landed property lagi..bukan senang tu..:-)

NAS said...

Alhamdulillah, kecik-kecik pun rumah sendiri.

SUHAIDA said...

sama macam rumah sue kak.tapi su masih sewa tak mampu nak beli lagi kak.akak doakan sue ye.

kadang su ade jgk terasa dengan family..sebab dapur su kecik..bilk air su kecik..mmg betul dapur n bilik air su mmg sangat2 kecik..tapi su nak buat mcm mane..ni je su mampu..

adik su rumah semi D besar..itu rezki dia..baru-baru ni beli kereta lanser pulak..

su takut sangat family compare su dengan adik..

maafkan termengadu dengan akak pulak..su pun sedihhhh

Ayu Rashid said...

Alaa jgn la mcm ni... just remember:
"Di saat kita berkeluh kesah kerana tiada kasut berjenama mewah, ketahuilah bahawa masih ada yg menangis kerana hya mampu berkaki ayam".

Syukur apa yg kita ada, Kerana bila kita bersyukur hati kita akan tenang dan rasa segalanya cukup :)

Nnti pelan2 hias umah, mesti cantik

Ayu Rashid said...

Alaa jgn la mcm ni... just remember:
"Di saat kita berkeluh kesah kerana tiada kasut berjenama mewah, ketahuilah bahawa masih ada yg menangis kerana hya mampu berkaki ayam".

Syukur apa yg kita ada, Kerana bila kita bersyukur hati kita akan tenang dan rasa segalanya cukup :)

Nnti pelan2 hias umah, mesti cantik

Ayu Rashid said...

I penah gak org ckp dpur i kecik (*org tu family terdetkattttt hehe)

So i jwb:

" umah org kaya mmg dapur kecik, sbb org byk duit ni makan kay luar"

#tu bukan jwb, tapi MENJAWAB HAHAHAHAHA

alin said...

umah kecik pn rumah jugak ape.. umah kecik takpe. kalau pandai deko bleh nampak besa..