Nuffnang Adds

Friday, July 25, 2014

Jaundis - Jaundice - Demam Kuning

Salam semua,

Allah uji setiap hamba-Nya dengan cara yang berbeza.
Aku mungkin mudah bersalin, tapi lepas tu, hari ke-4 baby Arif kene admit wad sebab bacaan jaundis die tinggi. Ni aku buat bacaan sikit tentang jaundis....

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan. [sumber]


Apakah puncanya?
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. [sumber]


Adakah jaundis berbahaya?
Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. [sumber]


Kesan-kesan buruk jaundis yang teruk.

1     Kecacatan otak
2     Kecacatan anggota (Cerebral palsy)
3     Masalah pendengaran, termasuk pekak
4     MAUT sekiranya berlanjutan  [sumber]


...
...
...
...
...






Hospital kerajaan yang paling dekat ialah Hospital Bukit Mertajam. Satu malam je aku n Arif admit, tapi aku rase tersangat la stress. Baby Arif tak mau duduk bawah lampu tu diam2.

Aku admit tengah hari. Dari pukul 3 petang sampai la 4pagi Arif tak henti2 menangis bile letak dlam tu. Mungkin tergamang sebab tak berbaju...Bile aku peluk, die diam sekejap..bile letakkan balik die nangis. Da tu, katil kat hospital tu katil lame, xde pengadang kiri kanan tu. Aku tak berani nak susukan Arif sambil baring. Ko bayangkan...dari pukul 3ptg sampai 4pg aku duduk nyusukan anak aku. Airmata ni laju je keluar. Hospital kerajaan kan, nak tak nak ko kene la jage anak ko sendiri walaupun ko sendiri tak cukup rehat.

Tak cukup dengan tu, ade sorang nurse ni buat 'kerek' lak ngan aku. Nurse shift malam. Kot la die nak kesian tgk aku y dari td duduk menyusukan anak. Sempat plak die 'sekolahkan' aku bile anak aku nanges. Dihemburnye macam2 kat aku. Ko tak nampak ke dari tadi aku nanges sebab tak dapat rehat?? Ko tak nampak ke dari tadi aku duduk menyusukan anak aku?? Ko bute ke?? Ko layan aku macam aku xde duit je kan! kalo bukan sebab klinik da telefon banyak kali suh pergi hospital ni cepat2, mesti aku da g admit KPJ @ lain2 hospital swasta yang ade kat sini. Sampai sekarang aku takkan lupekan nurse tu. Nasib ade nurse lain yang perihatin dengan keadaan aku. Dan nurse shift pagi esoknya sangat baik. Sampai sekarang sumpah, kalo aku ingat balik peristiwa tu airmate aku laju je mengalir.

Macam ni keadaan hospital ni. Ni hospital lama. Katil aku yang paling hujung. 


Nota kaki :- Baby Arif jaundis selama 3 minggu. Huh. [lap peluh kat dahi]


(◕‿◕✿)
  
  
X.O.X.O.

2 comments:

Mar Mansor said...

dugaan masing2..bersabarlah ye..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

NAS said...

Sabar ya .
Selamat hari raya , maaf zahir & batin