Alhamdulillah..sudah 3 bulan Baby Arif menyusu susu aku sahaja. Masih berjaya setakat ni walaupon awal2 dulu baby Arif kerap menangis. Tapi aku kuatkan semangat.
Dari ape yang aku baca, bayi menangis bukan sebab lapar semata-mata..Bayi menangis sebab mahu didakap, sebab die masih terlalu asing dengan dunia luar. Dia mahu didakap dekat dengan jantung ibunya [posisi menyusu], die mahu mendengar degup jantung ibunya yang selama ini menjadi peneman die di dalam sana. Die perlukan pelukan ibu supaya die berasa selamat dengan persekitaran yang terlalu baru baginya.. - ini konsep yang kite kene faham. Perut bayi terlalu kecil di saat kelahiran nya. Jadi die tak perlukan susu yang melimpah-ruah, cukup sekadar dua sudu susu ibu sudah memadai untuk mengenyangkan perut kecilnya.
Aku akui, aku gagal menyusukan Haziq dengan susu aku sepenuhnya. Hari ke2 lahir, aku da bagi susu tepung sebab aku tgk die macam tak puas menyusu. Dan aku akui, aku terlalu cetek ilmu berkaitan penyusuan. Namun aku masih berbangga sebab aku mampu membasahkan tekak kecil Haziq selama 1tahun 5 bulan. Lame jugak la kan, walaupon selang seli dengan fm.
Okey, sebelum aku nak cite pasal milkbooster...penting untuk kite tahu basic dulu iaitu konsep demand vs supply. Macam mane air nak mengalir kalo pilinya tidak dibuka..Jadi kerapkan menyusu dan sambung pula dengan pump supaya breast betul2 kosong...Errr..aku xlarat nak hurai panjang2..aku bukan jenis pandai susun ayat ala2 karangan. huhu..Korang boleh rujuk [sini] ye..
Seminggu aku berpantang di rumah sendiri [mak mertua aku datang jaga] lepas tu aku balik Kuang [Umie datang amek]. Sepanjang tempoh berpantang dengan umie, aku tengok umie tak senang duduk. Ade saja makanan yang dimasakkan untuk perbanyakkan air susu aku. Terharu rase.
Ni antara yang aku amalkan...
sawi + lobak putih + lobak merah [tumis air, memang sedap]
Shaklee Meal shake + pati delima
Shaklee Meal shake + pelam masak [siyes sedap]
Ateka Beauty - ASI, ni first time aku pump dapat 6oz.
Qaseh Gold - campuran kurma, madu dll...
Ade lagi yang aku amalkan :-
- Horlicks
- Ulam pegaga
- Ulam pucuk betik
- Peria
- Susu HL
- Durian
Aku sendiri pon xtau yang mane satu milkbooster aku. Semua makanan kat atas ni aku makan selang seli. Tapi hasil perahan aku tak la semeriah mane. Tak pe, aku tak pernah rase down tentang jumlah yang aku dapat. Tak pe kalo tak melimpah-ruah asalkan cukup untu baby. Itu yang penting.
Jangan lupe amalkan jugak doa2 kat bawah ni :-
Sambil mengepam @ menyusukan tu basahkan lidah lidah dengan berzikir ye..
Nota kaki :- Dulu aku selalu cakap susu aku kurang..Tapi hakikatnya ilmu tentang penyusuan aku yang kurang.
(◕‿◕✿)
X.O.X.O
No comments:
Post a Comment