Esok cuti.. Yeay!! (Company aku kedekut cuti). Plan nak balik Kuang sebab tak tau bile lagi dapat balik. Bulan depan da puase, confirm aku tak balik. Perut da besar time tu, tak larat kot nak duduk lame2 kat seat kereta yang keras tu.. Sakit pinggang dibuatnye. Tunggu pas bersalin nanti baru aku balik. Huh, 3 bulan lagi. Tapi kan......hubby tak ikut aku balik sebab ahad die da masuk kerja balik.. Dari Penang ke KL aku tumpang officemate aku sebab die nak g Vietnam, naik flight from KLIA. Tapi dari KL ke Penang aku kena pandai2 sendiri nak balik macam mane. Hubby kate.. '..kalo naik bas jangan berangan Abg kasi...'..gurlp.. Gugup aku. Cepat2 aku roger kengkawan yang boleh tumpangkan aku dari KL ke Penang plak. Huh, nasib baik da dapat kawan. Hahaha.. Niat harus diteruskan... =)
Bangun pagi tadi, sempat jugak aku mintak izin Hubby sekali lagi untuk balik Kuang sorang2. Takut kang bile die balik kerja tengok aku takde canggung pulak kan. Hubby macam berat hati je. Tapi die tak halang. Tengah2 aku packing baju terase macam nak nangis pulak. Berat hati nak tinggalkan Hubby sorang2 kat rumah. Sian kat die. Ape die nak makan malam ni? Ape die nak buat sepanjang 2 hari ketiadaan aku. Adush.. Airmate, sile berhenti mengalir! Sikit2 nak nangis! Tak pela, kasi die rindu sikit kat aku. Waduh..., takut aku yang separuh gile rindu kat die kang. Hik3...Gedik!
Semalam sempat jugak aku siapkan baju untuk Aleesya (anak buah aku yang sombong, kedekut nak senyum tu..). Boleh bawak balik sekali. Tak sabar sebenarnya nak tunjuk hasil jahitan aku kat Ummie. Uish, ni da kategori riak ke? haha. Tak kisah la. Janji nak tunjuk jugak kat Ummie n Abie.
Nah nilah hasilnya.. Baru nak cuba2. Lain yang aku lukis, lain pulak yang aku jahitkan... Tak reti sebenarnya..Balik ni terpakselah dengar komen dari Ummie.. Ummie tu bukan nak puji aku, selalu nak komen je. Tapi tak pela, aku terima sebagai pendorong untuk aku perbaiki lagi mutu jahitan aku. Aku kan sentiasa berfikiran positip. Hehehe...
-Baju untuk Aleesya- |
-Lapik dada untuk Along- |
-Beg tangan aku, siapkan pagi2 sebelum g kerja- |
Nota kaki :- Minggu ni tak de mood sangat menjahit, sebab tu hasil tak banyak~
(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
No comments:
Post a Comment