Nuffnang Adds

Thursday, March 14, 2013

:: Tip Membeli Rumah 2nd ::

Wah2....orang yang baru beli rumah ni nak kasi tip sikit..(bole caye ke tip aku ni?)..ngeh3.

#1 - Tempat
Memule ko kene decide kat mane ko nak beli rumah tu. Tempat tu strategik tak dengan laluan utama dan kemudahan yang sedia ade. Atau pun mungkin tempat tu berdekatan dengan stesen2 KTM, LRT, MRT &  yang sewaktu dengannye. Bagi yang di luar Lembah Klang, pastikan tempat tu dekat dengan laluan utama yang menghubungkan jalan2 besar. Penting jugak ambil kire kemudahan2 seperti pasaraya, bank @ ATM, stesen minyak. Dekat tak ko nak ulang alik laki bini nak g keje.
  • Rumah aku tu, nak kate strategik sgt tu mmg tak la..10 minit nak g bank. Tu pon yang terdekat Ambank & Maybank. Bile dpt gji, time nak bayar hutang tu, merate2 bank aku kne g, merate2 tempat jugak la. Haish. Bazir minyak hokei! 10 minit ke highway PLUS. 5 minit ke highway BKE. Rumah aku terletak kat tengah2 antara tempat kerja aku n hubby. Tapi yang tak adil nye, cume 10 minit ke tempat kerja hubby, tapi 25minit ke tempat kerja aku. Haish!
#2 - Harga
Ok. Harge ni pon berkait rapat dengan tempat. Klo tempat tu kawasan kilang @ kolej @ university, harge mungkin mahal sikit la kan. Dan jugak klo rumah ko kat tengah2 bandar @ pekan harge pon mungkin berbeza dari rumah yang kat ceruk2 kampung.
  • Rumah aku tu harge memang murah la compare ngan harge rumah yang aku pernah survey. Sebabnye area uma aku tu xde university ke ape, kilang jauh sekali. Tersorok sikit ke kawasan kampung, tapi masih di laluan utama yang menghubungkan Bertam-Bukit Mertajam.
#3 - Jenis Rumah
Jenis rumah adelah bergantung pada harge. Biasenye klo kat KL nk cari landed house harge RM100K memang agak susah la. Area uma mak aku pon (Selangor) sekarang da naik RM400K. So, klo ko ade bdget @ mampu RM100k, maka ko akan dpt flat. Klo ko teringin nak bersemi-D @ teres haruslah sediakan ongkos yang tebal ye...ngeee...
  • Alhamdulillah, aku mampu memiliki landed house, walaupon tersangat sangat sangat la kecik uma aku tu. Janji rumah kan..ngeee..Tak larat aku nak nek tangge..kussss semangat..kuruss badan.
#4 -  Nak duduk @ nak sewakan
Ko kene decide jugak, ko beli untuk pelaburan @ ko nak duduk sendiri. Ni kes untuk orang nomad yang terpakse kesane sini mengikut projek-macam aku. Klo tu rumah pertame ko, ofcos la ko nak duduk rumah tu sendiri kan. Da ko beli, mesti la ko nak duduk, unless ko memang da ade uma lain, memang tak heran la klo xduduk pon kan. Bek ko sewa je dr terbiar kosong.
  • In-case aku kne transfer KL (mmg tak la), uma tu aku nak sewakan. Sebab kawasan rumah aku tu pantang ade rumah yang kosong, mesti ade je orang yang tanya, samada nak sewa @ nak beli. And even rumah aku sekarang pon, klo aku tak beli, da ade jiran2 aku yang berkenan. Jadi aku kene la renovate sikit supaya aku bole naikkan harge sewa rumah.
#5 - Kelengkapan Dlm Rumah
Aku rase bende ni jugak penting. Banyak aspek ko kne cerewet bile ko nak beli rumah. Melainkan ko banyak duit nak renovate itu ini. Klo bagi aku yang tetibe banyak bunyik pasal rumah ni, bende pertama yang aku nak adelah kitchen cabinet. Pastikan rumah yang korang nak beli tu ade kitchen cabinet. Tapi klo design cabinet die old school aku sure mesti ko akan kumpul duit nk pecahkan..kan3? Haish, jangan membazir. Klo ko rase old school, jadikan kitchen renovation tu pilihan terakhir. Banyak lagi bende yang lagi penting. Lepas tu pastikan rumah yang ko nak beli tu da dilengkapi dengan grill & pagar. Ni untuk keselamatan ko dlm rumah tu nanti. Pastu car porch. Klo bole muat 2 kete lagi bagus. Klo bole sumbat 3 biji kete lagi cun (kaye ko).
  • Rumah aku basic unit, xde kitchen cabinet, car porch pon separuh je, xde awning, xde grill, xde itu, xde ini..(patut la rumah ko murah tiem oiii) hehe. Pening kepale aku + hubby nak kumpul duit. Banyak betul yang kene renovate ni.
#6 - Condition Rumah
Penting..penting..penting..Ko kne tanya dulu rumah ko tu tahun berape. Ni bertujuan untuk ko estimate keadaan rumah yang ko nak beli tu. Klo da puluhan tahun, mesti byk yang kene tukar. mesti ade kerosakan. Pastu ko kene tahu jugak berape ramai owner sebelum ko. Ringan2 kan mulut sikit, borak ngan jiran sebelah rumah yang ko nak beli tu. Tanye kawasan rumah tu banjir ke tak klo hujan lebat. Tgk jugak kot2 ceiling bocor ke ape. Pastu cek pulak keadaan bilik air dan toilet nye.
  • Rumah aku da 19 tahun (huh, lame hokei). So far tak de banyak sangat yang nak kene tukar. Keadaan toilet pon mase aku mule2 masuk dulu ok je. Tapi toilet mmg lame jugak aku xmasuk, sebab geli padehal tak kotor pon. Aku ni amek mase sikit nak sesuai ngn toilet orang. Aku merupakan owner ke2. Rezeki kot. Tapi aku ni penyewa yang ntah ke berape. Mungkin penyewa yang ke-4 kot.

Ok. Cukuplah setakat ni aku membebel. Penat da jari jemari aku nak menaip. huhu. Nanti2 aku sambung lagi.


Nota kaki :- Banyak nak renovate, banyak keluar duit..Kopak3!


(◕‿◕✿) 
 
 
 
X.O.X.O.

No comments: