Nuffnang Adds

Wednesday, March 16, 2011

diA…-si cHenTa hATiku..-



Dedicated to my Butuk2.. 





“aku lemah tanpa kamu, ku ingin mu dampingiku”




Da masuk hari ke-3 berjauhan. Sangat tak suke bile cuti sekolah. Adalah sangat bosan bile sorang2 kat rumah. Adalah sangat xbest bile tak pandang mate, tak tatap wajah kesayangan sebelum tido. Tak tenteram bile xdapat solat Jemaah waktu Maghrib. Rase tak senang duduk bile tak dapat gaduh dan jeling-menjeling, pas2 gelak2 balik. Sangat xsyok bile tengok tv sorang2, xde rebut2 remote. Memang sangat tak aman bile dapat conquer baring kat sofa sorang2. Hrmm….adalah sangat TAK BEST bile sorang2.


Aku faham.., tanpa halangan aku membenarkan kamu meninggalkan aku selame seminggu. Hatiku sikit pun xberat untuk melepaskanmu. Aku sangat bahagia bile dengar reason mu itu. Sikit pon tak de rase curiga @ cemburu. Aku adalah sangat memahami kamu.



Nota kaki :- untuk kamu  si chenta hati, ..kamu banyak2.



(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.

Monday, March 14, 2011

It's Monday Again!!



Salam Semua,

Isnin datang lagi..Huarrghh..

Pernah tak korang rase macam xsuke hari Isnin? Kalo bole nak cepat2 je hari Sabtu sebab Ahad boleh spend mase sehari suntuk kat rumah.

Atau pernah tak korang rase bile da sampai hari Ahad tu, kalo bole biarlah jam tu berhenti pada pukul 11 malam je tanpa terus berdetik lagi. Jangan la pagi..

Atau lebih dahsyat lagi.., pernah x bile bangun pagi Isnin tu korang rase yang korang ni boss @ anak boss kat tempat keje korang tu? So korang bole suke2 je nak masuk office lambat atau kalo da malas sangat xmo masuk office pun hari Isnin.

Pernah tak korang g keje hari Isnin dengan mate yang separuh tertutup? Dengan harapan sampai office nanti mintak2 la boss keluar g meeting, bole la sambung tidur kat office pulak.

Atau pernah tak korang rasekan kesemua yang kat atas tu bukan hanya pada hari Isnin je, tapi tiap2 hari pon korang rase macam 2 jugak? Haha..tu memang da tahap bahaya da tu..

Hari ni aku sangat mengantuk..sebabnye pagi tadi aku da membaham nasi lemak 2 bungkus tanpa segan silu. Sebabnye semalam aku makan sikit je, then habis semua aku muntahkan balik sampai da xde ape nak keluar. Pagi2 lagi perut aku da berdondang sayang sebab da lapa. Haha...bile da kenyang adalah sangat mengantuk. Menunggu pukul 12 untuk aku memejamkan mata kat dalam surau..


Adalah gamba lame...~





Nota kaki :- Tengah berangan, bile lah aku dapat jadi boss ni, supaya aku boleh suke2 g kerja ikut mood aku..~

(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

Saturday, March 12, 2011

Kongsi La Sikit..Ples ~~


Salam semua,

Pagi tadi mood aku sangat ok. Aku nak senyum je sepanjang hari. Besok ari bersejarah buat aku dan hubby. Tapi xtau kenapa, lepas kenyang membaham nasi kandar kat Kapitan tadi, aku tetibe je touching teramat sangat. Tibe2 teringat Umie n Abie kat Kuang. Rindu teramat kot. Nak balik, badan macam xlarat nak jalan jauh je (aleee.., macam la jalan kaki).. tak, maksud aku xlarat nak travel untuk satu2 mase yang agak lame.

Tibe2 rase terharu.., da setahun aku kahwin.. Da setahun Abie serahkan aku pada insan yang die percaya boleh menjaga aku sehingga hujung usia. Da setahun aku beratkan bahu hubby dengan dosa2 aku. Da setahun aku xpegang mic (huaarrrggghhh...teringin nak karok). Hehehe. Da setahun aku berkongsi hidup, berkongsi rumah, berkongsi bilik, berkongsi segala2nya. Cume ade 2 perkara aku masih xboleh terima untuk berkongsi..

#1
Aku xsuke berkongsi kasih. Attention to lovely hubby : aku tak suke berkongsi ok. Harap maklum!

#2
Sampai sekarang, aku masih belajar untuk cuba berkongsi cuti. Kalo dlu, asal cuti je, tak fikir banyak terus cabut balik Kuang. Tapi sekarang...? huh..


Saat Abie 'Menyerahkan' Aku Pada Hubby



Nota kaki :- Tengah cuba menjadi yang terbaik. Memang agak sukar..~


(◕‿◕✿) 


X.O.X.O.

1st Wedding Anniversary



Salam semua,

Setelah 2 hari aku mencari idea, akhirnye inilah yang tercipta hasil daripada idea aku yang xseberape creative ni...

Malas nak mengomel banyak sangat, korang layan jela gamba kat bawah ni eyk?


Proses melakar dan menggaris


Setelah Kertas 'ditebuk'


Bile dilipat, macam ni lah hasilnye


Setelah selesai Menampal


Bile bukak, die jadi macam ni


Little closer


Amacam, creative tak? Jangan jeles ok. Ni hasil tangan amateur. Akan ku asah lagi supaya lebih better for the next card.. hahaha..

Shhhh..card ni masih lagi dalam tangan aku. Menunggu hari esok untuk aku serahkan pada Si Chenta Hati aku tu.. Ermm..tak saba nak tunggu besok.


(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.




Yeay...da setahun~


Salam semua,


Hari ni tak mo centeng2 banyak sangat. Sikit2 je suda untuk expres perasaan aku ni..  :-

Kadang2 sayang, kadang2 benci, kadang2 gado, kadang2 majuk, kadang2 manje.., kadang2 comel, kadang2 bengang, kadang2..?


Hrmmm…banyaknye kadang2. Dah kahwin ni, macam2 perasaan ade. Setiap yang tawar ada manisnye..setiap yang duka ada sukanya..setiap yang kecewa ada yang bahagianya…

Happy 1st Anniversary My Sweetheart….



(◕‿◕✿) 




X.O.X.O.



Tuesday, March 8, 2011

Kena Suke Semua Orang!!!

Salam semua,


Semalam boss aku tanya, kenapa aku tak muntah2..die pelik kot..Selalunya perempuan yang mengandung akan muntah2. Aku muntah2 jugak kat office, cume mungkin masa aku muntah tu die tak de kat dalam bilik die kot, sebab 2 die tak dengar. Tapi bagus la, kang die pulak yang kembang tekak dengar aku muntah2 kang. Silap2 ari bulan, die pun join aku muntah skali.

Boss pesan..., masa mengandung ni aku kena suka semua orang. Jangan sesekali benci sesiapa, kalo tak nanti kenan kat baby aku tu. Ni samelah macam kes Umie. Masa mengandungkan aku, Umie benci ngan sorang Cha Ya Nun Alif tu. Adelah yang die wat sampai menimbulkan rasa benci Umie kat die tu. Alih2 lahirlah aku yang bermata sepet ni. Kalo nak di compare kan, adik beradik aku bermata bulat, aku je yang bermata sepet. Kalo lepas nangis memang mata aku ni tak boleh tipu.

Kalo macam tu, aku kenalah benci orang2 yang cumhel2 kan? hak3...


Adikku Yang Chumelll....

(◕‿◕✿) 



X.O.X.O.

It's 8 Weeks... =)

Salam semua..,


Masuk minggu ni baby aku da berusia 8 minggu...Alhamdulillah. Setakat ni aku masih mampu lawan rase2 loya, pening, mual n segala macam la... Memang sekali-sekale kepala aku ni berdenyut macam nak tercabut otak..., tapi aku masih mampu gagahkan tulang 4 kerat aku ni g kerja - drive sendiri ok.. Sangat tak mau menyusahkan Hubby.




Alahan aku tak teruk sangat setakat hari ni.. Kadang-kadang aku muntah2 dan sakit2 kepala pun masa aku kat rumah, dengan Hubby. Bila kat office, aku cergas. Mungkin semangat aku kuat kot (yela, hidup diperantauan, knelah berdikari) atau mungkin belum masa lagi alahan yang teruk sampai tak larat bangun tu kot. Apupun, aku bersyukur sebab aku bakal bergelar ibu..






(◕‿◕✿) 





X.O.X.O.