Nuffnang Adds

Saturday, August 14, 2010

Ikan Cencaru Goreng Sumbat Belakang


Salam n selamat pagi semua...

Ni first time aku masak ikan cencaru goreng sumbat ni...
Kakak aku ckup terror masak ni. tp resipi die lain sb die wat bersambal...
konon2 aku xnak tiru die, so aku wat ikut tekak aku sendiri...ehehe..

Bahan2 :-
-Ikan cencaru 3 ekor
-Cili kering 5 tangkai (direbus terlebih dahulu)
-Cili Merah 2 biji
-Bawang merah sebiji
-Serai 1 batang
-Limau nipis setengah biji
-Kunyit serbuk 2 sudu teh
-Serbuk kari 1 sudu teh

Cara2 nya :-
-Siang ikan dan belah bahagian belakang ikan cencaru tersebut. Bersihkan dan gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam.
-Kisar cili kering, cili merah, bawang merah dan serai sehingga lumat.
-Perah limau nipis dan tambahkan sedikit garam.
-Gaulkan dan sumbat pada bahagian belakang ikan tadi.
-Panaskan minyak dan goreng ikan tadi.
-Bila sebelah bahagian da garing, balikkan.
-Bila kedua2 bahagian ikan sudah garing boleh la matikan api dan angkat.
Sedia untuk dihidang.
Ikan ni sangat enak dicecah air asam.

Selamat mencuba. (◕‿◕✿)

No comments: