Nuffnang Adds

Monday, September 20, 2010

Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak

Salam semua...,

Hari ni aku nak share resipi ikan patin masak lemak tempoyak...sebenarnya, aku xpernah pn masak lauk ni.., tapi saje nak cuba2....ehehe....menjadi plak...bole la...Hubby susah sikit nak puji masakan aku.., tapi aku tgk die makan bertambah2 je... x terkata aku...ehem3..faham-faham sendiri la ye...  =)  sedap la tu kot~

Bahan-bahan :-
  • Ikan Patin (siang & basuh bersih...perapkan dengan tepung @ lumurkan dengan asam supaya hilang lendir dan hanyir)
  • Cili padi 10 biji (ikut citarasa klo nak pedas/tak)
  • Bawang Merah sebiji
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Tempoyak 2 sudu makan
  • Daun Kesum
  • Daum Kunyit

Cara-cara :-
  • Kisar cili padi, bawang, kunyit hidup dan tempoyak sampai lumat...
  • Masukkan bahan-bahan kisar tadi dalam periuk.
  • Tambah air 1 gelas.
  • Masukkan daun kesum dan daun kunyit. Biarkan sehingga cili masak...Kalau rasa-rasa macam da pekat sikit, tambahkan air sikit supaya tak terlalu pekat (ikut suka...klo nak pekat, xperlu tambah air).
  • Bila cili da masak boleh la masukkan ikan patin yang sudah dibilas bersih tadi....
  • Garam secukup rasa.
  • Bila ikan da masak, bolehlah dihidangkan....
** Pastikan api tak terlalu besar supaya cili betul-betul masak.



Selamat mencuba....              (◕‿◕✿)




X.O.X.O

No comments: