• Mengekalkan Kesegaran Sayur
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.
• Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi
Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

• Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria
Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

• Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.

• Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

• Menyegarkan Sayuran Berdaun
- Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
- Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.
• Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis
Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jeruk Sawi Buatan Sendiri
- Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
- Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
- Keesokkan harinya, tuangkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.
• Segarkan Tugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
• Memilih Sayur - Sayuran

- Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
- Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
- Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
- Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
- Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
- Bendi : Pastikan hujungnya lembut.
(◕‿◕✿)
X.O.X.O
No comments:
Post a Comment