Salam Semua,
Haha…, aku tau ramai yang suka makan kailan ikan masin ni kalau pergi makan kat kedai tomyam kan…Nah, aku nak share resipi…senang je…5 minit da siap….
- Sayur kailan
- Ikan masin dipotong dadu (aku guna ikan talang)
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang kecil sebiji
- Cili padi 2 biji diketuk
Cara-cara :-
- Tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga kekuningan.
- Masukkan ikan masin. Goreng sehingga keemasan.
- Masukkan cili dan kailan.
- Masukkan air suku cawan dan garam sedikit.
- Matikan api dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
No comments:
Post a Comment