Nuffnang Adds

Wednesday, October 20, 2010

Wanita & Airmata


 
Salam semua,


Wanita ni memang pelik...Kena marah menangis, dapat hadiah menangis, tengok drama kat TV sambil makan kuaci pun boleh menangis..haha...Macam-macam kan? Tapi ada sesetengah kaum lelaki yang tak faham mengapa situasi ni boleh terjadi...Sebenarnya.., aku sendiri pun mengalami situasi macam ni...Ntah la.., aku pun tak tau kenapa airmata aku ni laju je yang jatuh...kolam takungan da penuh kot...hihi...

Wanita dan airmata memang tidak boleh dipisahkan...Siapa kata wanita yang menangis adalah wanita yang lemah.  Tak semestinya....Wanita memang dianugerahkan dengan pelbagai sifat dan sikap yang unik..yang kadang-kala tidak mampu diterima akal..Ada 1001 alasan mengapa wanita menangis...tapi aku cume nak rungkaikan beberapa sahajalah...Tak termampu aku nak senaraikan kesemuanya....(ehehe)..


  • TERKENANGKAN SESUATU
Errmm..teringat zaman silam pasti memberi reaksi yang berbeza-beza mengikut mood ketika itu. Waktu gembira tentu mereka akan tersenyum ceriakan. Begitu juga di kala terkenang waktu sedih, air mata pasti akan mengalir.

  • INGIN MEMANIPULASI KEADAAN
Keadaan ni selalu terjadi bila pasangan bergaduh..Laju je airmata jatuh kan? haha...Ni dinamakan strategi..Perasan tak, selalunya bila lelaki nampak je airmata yang jatuh tu, terus tak jadi nak marah @ teruskan pergaduhan..Kan3? haha...Masa ni lah sesi pujuk memujuk bermula...  =)  Sikap ini seperti kebudak-budakkan tetapi hanya inilah sahaja jalan bagi memohon kemaafan atau sekadar untuk bermanja-manja dengan pasangan. Airmata kan senjata wanita..ahakz...

  • FAKTOR HORMON
Waktu menstruasi wanita memang menyebabkan mereka cenderung untuk rasa sensitif, marah-marah dan sukar mengawal perasaan apatah lagi dengan perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Kadang-kadang hanya kerana hal kecil sahaja seperti terlupa beli barangan yang dipesan, wanita ini terus terasa dan menangis.

  • PERASAAN EMOSI

Jika pasangan mendapati wanita menangis bukan disebabkan perubahan hormon atau memanipulasi keadaan, barangkali factor emosi pula yang menyebabkan mereka jadi seperti itu. Banyak faktor yang menyebabkan wanita emosi seperti kekecewaan, sakit hati, kesedihan atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Ketika emosi wanita sedang memuncak dan tidak bertemu  tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaannya menangis adalah jalan penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.

  • AMARAH
Ada pelbagai cara wanita mengatasi rasa marah seperti menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri dan boleh jadi juga hanya mampu menangis. Tangisan ini kadang-kadang akan membuat orang di sekeliling terutamannya pasangan menerima tempiasnya. Melalui cara itu ia mampu meredakan rasa amarahnya kerana wanita akan berasa kuat dari orang sekeliling yang mampu memahami situasi dihadapinya.


  • KEGEMBIRAAN

Wanita menangis bukan ketika sedih saja...Bila kegembiraan pun airmata wanita juga boleh mengalir..Menunjukkan rasa bersyukur, terharu dan bahagia yang tidak terhingga...Ada sesetengah wanita yang menangis apabila dirinya dilamar....apabila dirinya dinikahi (ececeh..tu macam aku je)...Bukan sedih, tetapi airmata yang mengalir tu airmata kesyukuran pada Maha Kuasa.





Nilah buktinya perbezaan lelaki & wanita



~The world stops at the moment when women cry~


 (◕‿◕✿)


 X.O.X.O.

No comments: