Nuffnang Adds

Friday, October 15, 2010

Makna Disebalik Nama




"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)


Salam Semua,

Aku bagi intro dulu la..Umie (mak aku ye) merupakan seorang guru Bahasa Arab.. Kalau mengaji, kadang-kadang aku nampak airmata umie jatuh. Umie memang faham makna ayat-ayat suci Al-Quran yang di bacanya walaupun Kitab yang dibacanya Al-Quran, bukan terjemahannya...Errmmm...cukupla sekadar intro, kang aku puji umie melambung-lambung kang, korang kata aku bangga diri pulak (tapi memang aku bangga pun..hehehe).

Semua adik beradik aku (kecuali aku) umie yang berikan nama. Dan semuanya bermula dengan huruf 'S'. Nama aku je yang abie (ayah aku le) kasi.
  1. Shahrul Akram- Bulan Yang Mulia
  2. Shahriyatul Izzati - Bulan Kemuliaanku
  3. Shakira Wahda - Satu Kesyukuran
  4. Siti Fatimah - ??
  5. Syahid Abdul Basit - Hamba Allah yang Melimpah Nikmat Yang Mati Syahid
5 orang kesemua adik beradik aku ni..ehehe..




Teringat lagi lagu A. Ramlee yang cukup popular satu ketika dulu- Oh Fatimah? haha..Abie kata, oleh kerana abie terlalu minat lagu tu, so abie pun kasi la nama aku Siti Fatimah - dengan harapan anaknya akan 'ayu' macam dalam lirik lagu Oh Fatimah tu kot..hehehe... 









Maksud Siti Fatimah : Siti Fatimah:  Wanita Yang Tidak Menyusu Lagi 
Aku tafsirkan istilah 'yang tidak menyusu lagi' sebagai dewasa, matang, berdikari..errr...ape lagi ye? - boleh ke puji diri sendiri macam tu..hehehe...~

~Semoga sifatku seindah namaku...Amiin~

(◕‿◕✿)


X.O.X.O.


3 comments:

dira said...

hak hak... siti fatimah refer tu anak nabi muhammad tu....
yang ranum2...

Siti Fatimah said...

hehehe....Maksudnye? da masak? oooo....same maksud matang jugak la kan? ehehe... =)

aienurz shuhaimi said...

thnx for being my follower..:)