Nuffnang Adds

Saturday, October 23, 2010

Sup Ekor Lembu


Salam Semua,

Hari ni aku nak share resipi sup ekor…Sebenarnya sup ekor ni bukan aku yang masak ye.., ni hubby yang masak. Tapi sepanjang die masak tu, aku tengok jela die kat dapur…nak curi resipi..ehehe…






Bahan-bahan :-
  • ·         Ekor lembu (aku beli kat tesco…)
  • ·         Serbuk rempah sup 3 sudu
  • ·         Daun celery ½ batang
  • ·         Bawang putih 3 ulas
  • ·         Bawang kecil 2 biji
  • ·         Halia 1 inch
  • ·         Cili padi 3 biji – diketuk
  • ·         Limau nipis sebiji
  • ·         Buah pelaga 3 biji
  • ·         Daun bawang - hiasan


Cara-cara :-
  • ·         Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  • ·         Masukkan serbuk rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan buah pelaga.
  • ·         Masukkan daun celery…
  • ·         Masukkan 2 gelas air…Biarkan mendidih.
  • ·         Masukkan ekor lembu yang telah dibersihkan.
  • ·         Biarkan selama 5 minit dengan api yang sederhana.
  • ·         Akhir sekali perahkan limau nipis, masukkan cili dan garam secukup rasa.
  • ·         Bila daging da lembut, bolehla matikan api.
  • ·         Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba…
 (◕‿◕✿) 

X.O.X.O.

No comments: