Nuffnang Adds

Wednesday, June 12, 2013

Frame Hiasan

Salam semua,

Penting ke ade gambar pada dinding ye?

Aku tak tau pendapat korang, mungkin korang suke dinding yang kosong supaya tak nampak serabut dengan perabot yang besar. Tapi macam rumah aku yang kecik tu, perabot pon setakat ala-kadar je, dengan tak rajin nak ber feature wall bagai, jadi agak perlu la hiasan kat dinding tu. Cukup sekadar frame gamba.

Tapi memandangkan aku da lame tak bergambar, aku sendiri pon tak de gambar terbaru [sebab nya da gemok-malu nak bergambar], jadi aku prefer untuk letak gambar yang bercorak abstract aje...

Saje aku nak kongsikan macam mane aku hiaskan dinding aku yang kosong tu.

 Memula sediakan frame gamba yang besar. Yang ni ukuran A4.

Aku beli tiga biji / buah (x sure penjodoh bilangan yang sesuai..hehe). Baru nampak penuh dinding.

Sorry, gambar tak jelas. Biasa lah gune handphone je. Yang paling best nya adelah....MURAH. Material bingkai plastik, tapi cermin kaca. Memang suke sangat sebab kebanyakan frame yang aku jumpa murah mesti material cerminnya adalah plastik. Dan saje aku pilih frame hitam sebab nak sedondon dengan warna perabot kat hall aku yang kebanyakannya hitam.

Then aku Google je gambar yang menarik kat mata aku. Aku paste dalam Autocad untuk buat border putih keliling tu. Aku print 2 set supaya boleh pilih set mana yang berkenan dan sesuai.

Set 1 - Bubble Pink [sebab dinding warna pink]

Set 2 - Rainbow In The Dark [aceceh-suka hati je nak letak name]



Ni la hasilnya..Aku pilih Set no 2. Masih belum boleh kongsikan full view. Nanti da settle deco satu hall pasti akan ku update..Sabar ye.


Nota kaki : - Deco..deco..deco...


(◕‿◕✿)



X.O.X.O.
 

8 comments:

Unknown said...

Tak pernah terfikir pun. Asik dok nak letak gambar famili je... Suka..!!! Nak ciplak bo;eh ?

JaJa_NoRLiza said...

hahhaha kita sama bab nak carik brg yg bajet2 nih!

dan kita jugak sama sbb saya pon duk meng DIY hiasan frame kat dinding!!

nati saya share..ehh..saya suka idea ni..senang dan ringkas..tp cantik dan kemas..

mode : cam nak tiru jer..boleh??
[sambil angkat2 kening] ;)

Fizah said...

katne kedai longman tu dear? haruslah ahkak suka frame dgn cermin but rega gitu..hari tu borong frame kat daiso cermin plastik jek...herot berot plak tu ..tp sbb nk murah redah je...

Siti Fatimah said...

Mama Lynd & Jaja : bole2....sharing is caring.. =)

Kak Fizah : Longwan. Memang murah kedai ni..Kat penang memang banyak jugak kedai Longwan ni. Yang penting - MURAH. hehe

Asma said...

Ni minggu frame ke ape, sebab akak pon baru je beli frame A4 size kat Mega Home Electrical & Home fair 2013 kat Mitc. Frame kayu pine dapat rm14/pcs masa last day from living country. Kalo ada event2 mcm ni pergilaa terjah, kdg2 kita tak tau apa yg kita boleh jumpa :)

Siti Fatimah said...

A'ah kan..Minggu ni kite cite pasal frame. yeay.. bertukar pendapat n idea. Best!
Harus terjah. Kekadang bile pergi tempat2 mcm ni, ade je idea nak mendeko. hehe

mun said...

kreatif sungguh....de gak penah terpikir nak buat camtue tp malasnya haiii asiklah duk tangguh sudahnya keadaan rumah cenggitu jugak

Used PC Distributor said...

Nice Blog Post !