Nuffnang Adds

Thursday, June 27, 2013

Playroom Haziq : Part 1

Salam semua,

Da lame sebenanye bilik Haziq ni siap, tapi tak sempat nk update..Tak sempat nak amek gamba [yeke?]. Broadband aku pulak slow macam siput sedut je da, nak upload satu pics pon berjam.Tapi aku gagahkan jugak la menunggu walaupon sempat aku bancuh kopi 2 kali. Ape bole buat..dari aku biarkan blog aku bersawang..huh.

Asalnya bilik Haziq ni adalah bilik jahit aku. Aku ade cerita kat SINI. Satu bilik untuk kitorang laki-bini-anak tidur, satu bilik jahit [yang sememangnye confirm penuh ngan gobok kain, meja menjahit, patung da segala bagai keperluan menjahit], dan satu bilik lagi aku korbankan untuk dijadikan stor. Aku [yang dulu] memang fail bab susun atur and deco rumah..sampailah aku berjumpe dengan blog2 mereka yang disebelah kanan ni..Thanks bebanyak uolls..[airmate tetibe plak meleleh-touching lebih la aku ni]

Korang nampak tak ape problem aku? Aku cume ade satu bilik je yang berfugsi. Bile sedare-mare atau kawan-kawan datang, aku bagi dorang solat dalam bilik jahit aku yang sempit tu. Kesian ek. Pastu aku pon berangan-angan la nk transform bilik jahit tu jadi bilik Haziq, dan bilik untuk aku menjahit aku pindahkan ke bilik belakang. Misi berjaya. Aku ade cerita kat SINI. Later on aku cerita detail tentang bilik jahit aku ye..

Huh, panjang intro aku. Ni kalo buat karangan confirm cikgu tulis lari tajuk. haha. Ok, berbalik pada tajuk asal, aku nk cite pasal playroom Haziq.

 
Memula aku kosongkan bilik ni dulu.

Pastu prepare untuk cat. 

 Aku gune cat yang murah je. Jadilah.

 
Baru siap satu dinding. Warna kurang jelas [hp murah kan]. Warna sebenar ala-ala tiffany blue.

 Rase2 bosan, roll kan aje roller tu kat tapak tangan-pastu tepek macam ni. Hehe...Yang ni selingan je.. Sebelum aku birukan semua dinding.

Pastu aku cat pulak feature wall. Ni pon aku gune cat yang murah jugak. Budget pon ciput je. Aku match kan dengan warna hijau turquoise. Fuh, berdebar jugak bile nak tanggalkan masking tape tu.

Bile da tanggal..comot hokei walaupon aku da lekatkan masking tape tu betul2. Hubby cakap mungkin sebab permukaan dinding yang kasar tu. Cube korang tengok betul2, nampak dinding tu berbiji-biji kan? Sebab tu cat tu boleh lalu di celah-celah permukaan yang berbiji tu. Memang dinding ni kesat gile. Aku memang la bukan contractor, tapi bende2 ni pon aku tau la serba sikit. Selalunye untuk plaster dinding orang gune pasir halus. Mesti Indon/bangla yang buat rumah aku ni dulu main hentam je gune pasir kasar. Haish! Apekan daya-nasi da jadi bubur, bubur tu pon da basi..Jenuh nak touch up balik.

Niat hati aku nak buat feature wall macam salah satu pilihan kat atas NI. Baru buat satu line pon da rase sakit hati, terus terbantut niat aku.

Ni la rupe feature wall untuk playroom Haziq. Ni je yang aku mampu nak buat, yang tak memerlukan tenage yang banyak. Semua ni - kecuali angkat barang mase nak kosongkan bilik ni, aku buat sorang2. Balik keje, masak siap2, pastu baru aku start ngecat sikit-sikit. Penat jangan cakap la, seminggu tangan aku lenguh.


Nota kaki :- Langsir bilik Haziq ni tak jahit pon lagi.


(◕‿◕✿)
X.O.X.O.
 



5 comments:

JaJa_NoRLiza said...

ala..cepat la up entry..tak sabar ni...

yg pasti siti nih mmg rajin giler! chaiyook!!

UMIE SUE said...

cepat update kak.xsabar nk tgokni

Fizah said...

gigih siti ni..bagus! =)

tang cat tu, dari jauh tak nmpk sgt pun..buat je stripes, atau cat satu kaler je, lain kali plasterkan dinding ni dulu then cat stripes balik..huhu..jenuh plak kan..hmm tapi mmg tak sabar nak tunggu hasilnya ni..!! =)

ANAK MAMA SAYANG said...

Cantik biru ni

Siti Fatimah said...

Kak Fizah, gamba yang dr jauh tu lepas di touch up..kalo tak dr jauh pon da boleh nampak cat yang comot tu.