Nuffnang Adds

Monday, July 8, 2013

Katil Queen Da Tak Muat Untuk Kami Bertiga

Salam semua,

Da lame rasenya aku tak tido atas katil. Hoho, sedih kan. Sejak Haziq da pandai meniarap dulu [4m], sampailah sekarang [1y9m] aku tidur kat bawah je. Alkisahnye, pernah sekali mase hari pertama Haziq belajar memusing badan, die pusing 360°. Sudahnye tergolek la die jatuh dari katil. Seram ooo time tu. Takut kepala die bergegar. Mase die jatuh tu aku n hubby hanya mampu pandang je. Berlari  kitorang nak sambut, tapi die lagi laju bergolek. Dan yang pastinya, punggung die yang cecah ke lantai dulu. Mujur tak jadi ape. Tapi aku tetap seram dengan kejadian tu.

Kami pon ambil keputusan untuk tido di lantai saje. Disebabkan bilik aku yang tak besar tu, kami angkut la tilam lame tido kat ruang tamu. Ruang tamu aku pon kecik je, ngam2 je untuk bentang tilam queen tu. Tilam ni nipis je...Senang nak angkut sebab ringan. Situasi ni berlarutan selama 2 bulan. Lepas tu aku rase macam semak plak tido kat ruang tamu. Jadi kitorang pon rombak balik susunan perabot dalam bilik supaya boleh muat nk bentang tilam. Tapi memang da lame, lebih setahun rasenya kami tak tido bertiga. Tak muat untuk 3 orang, tambah2 lagi si Haziq yang tido lasak tu. Kadang2 bangun pagi tengok die tido berbantalkan betis aku. Alahai anak. Aku dan Haziq tido kat bawah je, Hubby yang bermaharajalela tido kat tilam empuk atas katil tu...Hoh, sedih hokei. Tak pela, demi anak kan. Bulan pertama rase sakit2 satu badan aku ni, tido pon atas tilam nipis je. Tapi bile da setahun lebih, da tak rase ape. Da lali agaknye. Kire ok la ade tilam kan, orang susah tu tido atas tikar je-sejuk menggigil lagi. Jadi tak payah la banyak bunyik sangat kan, macam la lahir2 terus duduk uma batu berekon segale kan. [Teringat dulu-dulu duduk uma papan je kami sekeluarga - berpelita minyak tanah lagi].

Kenapa tak ajar Haziq tido dalam cot? Hoh, banyak kali aku dengar soalan ni. Sebabnya dulu Haziq menyusu badan. Penat wey, nak angkat-letak Haziq. Susukan die, pastu letak dalam cot. Die menangis nanti angkat balik, pastu letak balik. Baru letak 5min, da menangis. Seolah-olah tau yang aku letak die dalam tu [nak berpelok je die pon]. Sudahnye besoknya aku ngantuk yang teramat nak g keje. So, aku decide untuk letak je Haziq kat tengah2, tido antara aku n hubby. Kekadang malam die bukan nangis nak nyusu pon, cume nak kite pelok2 je. So, letaklah kat tengah. Kalo aku buat2 tak dengar Haziq nangis, hubby ade untuk tolong dodoikan.

Balik rumah mak mertua minggu lepas, Aku bentang tilam queen + tilam single untuk kami bertiga Tido kat ruang tamu je sebab bilik kosong tak de, adik beradik hubby ramai. Terasa lapang sangat. Puas nak bergolek. Huhu.

Aku : Agaknye kite kene beli katil size king kot bang.
Hubby : Size king pon xcukup lebar. Kene beli katil single la, tambah sebelah katil kite.
Aku : Bilik kite sempit la bang.
Hubby : Tak pe, Haziq da besar sikit nanti da boleh tido dalam bilik sendiri.

Tetiba aku rase mcm ade betulnya cadangan hubby tu. Beli katil single, nanti Haziq da besar sikit da boleh asingkan die dengan katil die sekali ke bilik sebelah. Hrmmm...senyum sambil berangan.  =)


Kalo aku la kan, aku prefer beli katil mcm ni untuk Haziq. Ala2, baby cot - siap ade pagar. Bahagian yang tak berpagar tu aku rapatkan ke katil aku. Rase2 Haziq da besar sikit, da tak pakai katil ni, boleh jadi day bed pulak kan. Susun cushion kecik2 tu banyak2. Letak la kat ruang tamu no2 ke -da mood berangan beli rumah lain la tu. Jauh sangat da tu ko berangan oi...hrmm..

Ok, sekian la aku berangan ari ni. Bosan ko tau, da 5 tahun aku kerja sini..semua cuti pon company aku ni langgar je. Rini sepatutnye Penang cuti, cuti ape ntah, aku da lupe plak. Petang ni siap ade briefing ape ntah kol 5.30. Hish, geram hokei!



Nota kaki :- Carikan aku kerja area KL..Dekat sikit nak g Ikea.  =) 



(◕‿◕✿)
 
 
 
X.O.X.O.

5 comments:

nurulhuda said...

same ler tp ktorg still tido atas katil, berhimpit pun himpit laa.. raisya tido lasak, jatuh katil takyah cakap laa..pastu duk tendang2 mak dia nii hal, lenguh sakit badan jadinya..kdng2 lari tido atas sofa kul 3,4pagi, he3.. baby cot ada pun tak guna jugak, dia tau kita letak atas babycot,lgpun dah besar nii dia pnjat keluar..lagi bahaya,huhuhu.. tak sabar nak tunggu dia besar cikit lagi, nk suruh tido dalam bilik sndiri =)

p/s: panjang pulak komen, mcm belog sndiri =) jgan mare!!

UMIE SUE said...

katil baby su bersambung ngan katil kitorang ,katil aqilah single bed
memang muat2 bilik je.aqilah menyusu malam belah kanan je.so memang set katil sebelah senang nak menyusu

Aty_Fared said...

Eerrr...saye ngn anak tidor atas..abajnyer tido bawah...hahaha...mcm tak sonoh jer kaannn...

Mama Lynd said...

katil single rapat ke dinding n katil queen. boleh tido 4beranak. tgh berangan nk deco2 bilik ala2 hotel tp kana ajar anak2 tido asing dlu. heee

JaJa_NoRLiza said...

errmm..akak nyer kes..katil queen jer..rapat ke dinding..anak umo 3 tahun..masih tido sekali..berhimpit2..dah la makpak nyer ni gabak2..

kalo mlm2 terhantuk kepala ke
dinding tu dah biasa..SEMPIT dan SEMPUT!

tgh carik idea...