Nuffnang Adds

Thursday, July 11, 2013

:: Organizing - Jom Balik Kampung ::

Salam Ramadhan semua,

Mood nak balik kampung jelas terpancar kat muke aku kan.. Kereta sudah di service. Anta kat depan office je. Semalam da pesan kat hubby suh service, tak pergi pon. Sudahnye rini aku anta sendiri jela. Hai- hubby ni memang tak kasi can langsung aku nk ngengade. Semua aku kene wat sendiri [nada macam tak ikhlas je kan]. Dah tu kene balik berdua je ngan Haziq, Hubby tak cuti. Ntah bole ke tak aku nak handle die sorang2 dalam kete. Jauh ni, 4jam perjalanan. Paling jauh aku pernah driving berdua ngan Haziq pon adelah dalam 30km pergi-balik. Ni 700km pergi-balik. Takut jugak. Kene gerak awal la supaya aku boleh sampai sebelum matahari terbenam. Paling lambat aku driving pon sekitar jam 8 mlm, sebab selalunye meeting abis kol 7.00-7.30 mlm. Lebih dari tu, memang terkebil2 la bijik mate aku ngadap jalan - silau. Sampai rumah je confirm terlantar sebab da pening. Dulu tak pernah pon macam ni. Tak de masalah pon kalo nak drive tengah2 malam bute ke, celik2 subuh ke..Tapi sejak bersalin ni, tu la perubahan yang ketare selain dari pelupa [banyak na urat yang putus].

Da melalut aku ni. Sebenarnya aku nak cite minggu lepas aku balik Perak, kampung Hubby. Sabtu malam [sabtu aku kerja - fullday lagi], lepas magrib bertolak, malam Ahad lepas isyak balik Penang balik. Dapat tido satu malam je. Jadila kan? Daripada aku ni, dapat balik Kuang 3-4 kali je SETAHUN [ade nada tak puas ati di situ..hoho..abaikan]. Di sebabkan balik sekejap je, jadi nak packing baju tu sangat la senang bagi aku. Bab packing baju ni, lagi-lagi kalo nak balik kampung Hubby 10 minit je da settle semua. Kalo nak balik kampung aku kene packing 2-3 hari awal. Haha, sangat2 tak adil kan? Da kate balik 3-4kali je setahun, jadi banyak la bende yang aku nak bawak balik. Nasib la kan..

Ok, mule2 aku nak cite pasal baju Haziq. Ini stok pakaian Haziq untuk 1hari 2malam. Pampers tu lebih sebenarnya. 5-6 keping je da cukup. Baju tu pon bukan nak pakai semua. Jeans tu saja standby, kot2 nak berjalan kan. So, baju tido die aku bawak 3 pasang [termasuk baju nak pakai untuk balik Penang]. Baju basahan untuk pakai kat uma 2 pasang dan baju jalan die aku bawak 2 pasang. Tuala mandi, tuala lap mulut, wet tissue, bedak, minyak rambut sume aku sumbat sekali. Oppss...yang tutup putih tu deodorant aku-tumpang. hek3. Ok, settle da baju Haziq.

Ni pulak pakaian aku n Hubby. Mule2 cari dulu baju yang nak bawak balik. Baju nak pakai tido malam tu, baju basahan kat uma, baju nak jalan dan jugak baju nak pakai balik Penang balik. Selalunya baju yang aku pakai untuk balik kampung tu aku recycle balik untuk pakai balik Penang nanti. Jimat. Tak payah bawak baju banyak2. Lagipon tak sempat nak masam pon baju tu. Pakai betul2 dalam kete je. Perjalanan pulak 1 setengah jam. aku memang suke longgokan baju kat ruang tamu bile nak packing. Jimat karen, xpayah on lampu dalam bilik kan. Lagipon bilik sekangkang anak kera je dari ruang tamu. Bukan kedekut, tapi jimat. haha.

Ritu aku ade beli luggage organizer ni dari Groupon. Tapi takat nak balik sehari je, tak payah la ber luggage bagai kan. Kang sia-sia je aku kene perli ngan Hubby.
 
Groupon

 Groupon

 Ni pakaian aku. Jeans aku tak bawak sebab berat n makan space. hoho..pakai palazo je suda. Ngeh3.

Ni pulak pakaian Hubby. Tuala tak payah bawak, sebab aku mamang da tinggalkan tuala spare kat uma mak mertua. Siap set comforter bagai aku tinggalkan. Senang. Tak payah angkut. Uma mak mertua Hubby tengah malam sejuk. Memang kene pakai comforter. Takat selimut nipis tu, menggigil ok.


Nota kaki:- Aku tgk luggage organizer set mcm ni kat Living Social & Street Deal murah lagi harga nya dari yang aku beli ni..Sila lah cuci mata ye...
 
 
(◕‿◕✿)



X.O.X.O.
 

4 comments:

Fizah said...

pnh nmpk benda ni..lum terbeli lagi stakat ni =) selamat memandu n hati2 ok! =)

Han Hanni said...

cantek luggage nya..mesti ringan sikit nak angkat berbanding luggage lain..

4 jam drive dengan anak je berdua mmg mencabar...hope all is well..
hope baby haziq tu tak meragam dengan mak dia ni.. baik2 je haziq tau..

takecare n safe driving..selamat balik kampung

ANAK MAMA SAYANG said...

Cantik luggage tu

SUHAIDA said...

NMPK BEST JE YG AKAK BELI TU.SU NAK BELI ASYIK TAK JADI..HEHE
KAIN DIA OK TAK KAK