Nuffnang Adds

Wednesday, July 17, 2013

Langsir Raya : Baru Nak Cari Kain?

Salam Ramadhan semua,

Arini baru hari ke-2 aku berpuasa. Alhamdulillah, masih bertenaga walaupon aku cuma bersahurkan air masak dan berbuka petang semalam pon hanyalah suku pinggan nasi. Suku pinggan ok. Dan tanpa moreh bagai. Gile betul aku nak berdiet. Ntah la, rasanya macam perut aku ni da merajuk je nak makan. Semangat nak raye, klo tak takut tak muat pulak peplum raya ku tahun ni. Over la ko Tiem oiii..!!

Baru seminggu Ramadhan kan, aku da pening nak fikirkan langsir raya. Ni memang over, baru je lagi rasanya aku tukar langsir ritu, tak sampai setahun pon...Tapi gedik nak jugak tukar baru. Aku survey kat catalog online Ikea tu macam best je langsir die. Murah pon murah. Tapi bile pergi sendiri hujung minggu lepas, tetiba rasa macam tak pekenan pulak. Ade yang cantek, tapi tak cukup ngan budget aku. Hoho. Kedekut!


Dulu aku pernah cerita pasal langsir kat laluan nak ke dapur kat entry ni. Harus la warna pink, sebab dinding asal [masa aku mula2 pindah] rumah aku ni warna pink. Memang tak de niat nak tukar cat - walaupon da ada calitan kat dinding tu. Tak de budget lagi buat masa ni.

Seminggu sebelum puasa aku pergi gudang langsir kat Lunas - dekat jugak la ngan rumah aku. Murah-murah jugak kain langsir die.

Ni tembok pagar gudang tu. Sikit pon xde tulis 'textile' kan. Kalo bukan pergi dengan kawan aku, confirm aku pon tak tau sebenarnya ni gudang langsir. Dah tu, terceruk jugak kawasan gudang ni.

Masuk-masuk je da nampak ni. Teruja ok! Laju je kaki ni melangkah. Tak sabar. hoho.

Mcm ni hah dorang susun stok kain. Pengsan. Tinggi rak ni tau. Mendongak mase aku amek gamba ni.

Rak sebelah kanan tu stok kain..Yang sebelah kiri tu plak rod langsir..


Day curtain bercorak baru RM4 semeter.Ada macam2 corak dan design. Semuanya aku rase macam cantek je..

Ni pon macam cantek je kat mata aku. Padankan dengan night curtain yang plain jenis kain tebal macam kain guni tu [tak tau ape name material tu]. Confirm naik kan..

Bersepah ngan kain. Warna coklat bulat2 tu menambat ati aku...

Yang ni design yang selalu kite boleh jumpa kat Kamdar tu..Tak tanya harga pon. Kat sini dorang tak letak tag harga. Kene tanya satu-satu, baru tokei tu jawab. Malas pulak aku nak tanya satu-satu kan.

Merah hitam ni macam WOW je kan..Baldu tebal. Ni kalo buat sarung cushion kecik2 memang cantek kan...Kalo nk buat balut sofa pon ok jugak sebab material die tebal [belum rosak lagi sofa aku tu, tak terfikir tak balut lain]. Harga RM18 semeter. Murah kan..


So, korang rase yang mana satu aku pilih?

..

Tak de Hasil pon aku kat sini. Sekadar cuci mata je. Hoho. Tengok la dalam minggu depan ke baru aku pergi lagi sekali. Nak beli langsir untuk rumah mak mertua. Tahun ni kan turn beraya kat rumah mak mertua. Tak pela keluar budget sikit. Kalo ikutkan mak mertua aku tu, tak tukar pon tak pe. Sederhana je katanya.


Sekadar perkongsian - langsir dapur aku. Jahit sendiri - tapi jahitan aku tak kemas. Kain aku beli kat Kamdar je. Yang gamba bakul buah tu RM8.90 semeter. Yang atas tu RM3 semeter [clearance stok].


Nota kaki :- Baju raya da settle padahal baru 2 hari aku puasa.




(◕‿◕✿) 
X.O.X.O.
 
 

23 comments:

khairul bariyyah said...

sis,kat situ dia ada dgn jahit sekali dak.

Siti Fatimah said...

Xsure la dear. Xtanya pulak sb niat memang nak jahit sendiri je.

cik hani said...

cantek2 la kain kat kedai tu..
macam ada yang murah..
cik hani punya langsir umah sewa pakai yang dah buat last month je.. sebab rumah ni tingkap tak banyak pun..

cikpingu said...

wahhh... byknye kain2 langsir..

ANAK MAMA SAYANG said...

Juling mata tengok kain kan...pandainya menjahit...nora ni tak ada kemahiran la..jahit seluar hasben pun asyik kene komen je..hehe..

IeRA said...

kalau boleh jahit sendiri memang jimat...

IeRA said...

kalau boleh jahit sendiri memang jimat...

ellysa emran said...

Salam kenalan dear...
Untung nya ada skills menjahit ni...macam2 leh buat...
Wah, rasa menggila kalau tgk kat gudang langsir ni kan? 24jam pun rasa tak cukup masa nak choose.
Apepun selamat meneruskan perjuangan menjahit langsir ye!

Aty_Fared said...

yang kain tebal ley balut sopa tu 18 hengget semeter memang murah sangat ar...:)

Anonymous said...

salam

Nak tanya
kat mana gudang tue?
kat jalan kilang lama ka
yang area dok juai kain2 murah tu ka? :)

baheera

Siti Fatimah said...

Wsalam Baheera,

Ni kat Lunas. Kawasan perindustrian...Masuk lorong, terpencil sikit dr pekan. Nak bg direction pon xtau sb baru kali pertama pergi, tu pon kawan yang tnjuk jalan.

Fizah said...

bulat2 itam putih mcm polka dot tu akak plg suke!

Sufi Al-Arshadiy said...

Xsangka plk ada gudsng langsir mcm ni...cantik2...stuju dgn kakfizah, yg kaler itam grey tu nice...

UMIE SUE said...

tahun ni xde buget untuk langsir baruuuuu...huaaa

Nur Syafinaz said...

Sis..Kat kilang tu Ada Kain untuk buat baju tak...

Siti Fatimah said...

Nur Syafinaz : Xingat da sebab da lame kan. Tapi rase2 nye xde kain untuk baju. Semua kain untuk langsir je xsilap...

raihanah said...

Terbaik

Anonymous said...

sis boleh bg tau gudang ni berhampiran apa

Siti Fatimah said...

xigt sangat la sis... sb da lame. lagipon pergi sekali tu je, tu pon ikut kawan. Kawasan die kne masuk lorong, mcm jalan kampung.

Unknown said...

sis nak tnye..nie kilang kat mane ye..

nurftnsyamimi said...

AWAKK NK TANYA..kilang ni jual kain langsir je ke?

Farah said...

Saya ada buat khidmat menjahit langsir murah2. Freelancer. Mak saya ada pengalaman 30 tahun menjahit dalam bahagian langsir. Boleh tengok account Carousell saya; user id "Farahsya". Thank you

Unknown said...

Hello!
Im from Vietnam, my company want to buy your product, do you export?